

'Faidhi semasa berada di dalam kereta Mommy nya'
Video ini diambil semasa dalam perjalanan untuk membeli-belah di Tesco. Entah apalah yang dibebelkan Faidhi sampai terkeluar perkataan "Mamapeko!!!" ke "Papapeko!!!" memang tidak dapat di kenal pasti.. kelakar betullah Faidhi ni. Sepanjang perjalanan tak henti-henti membebel. Kesian pula sedang sibuk membebel tiba-tiba toy di tangan Faidhi yang dibeli dari IKEA tempohari telah terkena libasan ke matanya terus terdiam dia.. Dan rakaman pun terhenti setakat itu saja.
Sebenarnya ini adalah sebahagian dari kerja harian Faidhi Menemankan Abang dan Mommy menghantar Kakaknya ke Sekolah pada setiap hari. Macam itu jugalah gelagatnya setiap hari bila berada di dalam sangkar kurungannya. Apa yang penting langkah keselamatan telah diambil dengan memakai 'tali pinggang keledar'. Sungguh selesa bila dia dapat duduk sambil menikmati permandangan di luar. Harap Faidhi akan terus ceria dan tidak jemu supaya dia tidak melakukan tindakan yang diluar jangkaan.

Muhammad Faidhi
Memang sangat manja dengan mommy pantang nampak mesti nak ikut hehehe.. Ayah pun senyum saja senang dia nak buat kerja si kecik ta mengganggu. Tapi kadang-kadang Faidhi cari ayahnya juga nak bermain bersama. Bila melihat si kecik ketawa terbahak-bahak bersama ayahnya terasa sesuatu dihati ini, dan terpancar kegembiraan melihat anak beranak bergurau senda. Bulan 2 ni ada temujanji dengan doktor di klinik swasta untuk cucuk. Bulan 3 pula ada checkup di Hospital Serdang, sebab Faidhi masih di dalam pengawasan doktor untuk melihat kestabilan dan pembesarannya sebagai bayi yang tak cukup bulan. Pemeriksaan telinga dan otak akan dilakukan pada masa itu nanti. Doakan agar semuanya baik seperti biasa... ya! amin.

Yang tak best ada satu tabiat fadli tak boleh jumpa charger handphone atau benda-benda yang berkaitan dengan wayar, habis lah dia buat main. Macam2 boleh dia aksi boleh lakukan sampaikan rosak. Imaginasi dia juga kuat, sangat-sangat kuat, benda yang kita tak terfikir dia boleh lakukan. Contohnya bila di cantumkan sesuatu benda itu akan dijadikan mirip vacuum, spanar dan macam2 lagilah. Kalau di perhatikan dia macam suka bab-bab engineer seperti electrical n elektronic. Kenapa? Sebab habis pengisar, pembakar roti, dan berkaitan barangan eletrik dia jadikan mainan. HuhUuHuu itulah fadli....



Alhamdulillah... tak sangka dah ada anak dara berusia 7 tahun. Cepatnya masa berlalu. Marissa sekarang meneruskan pelajaran di alam persekolahan,Sekolah Rendah. Rasanya baru sahaja Sekolah Tadika. Tiba-tiba dah Sekolah Rendah pula. Ini bermakna kita dah semakin berusia. Lagilah besar cabaran nak membesarkan marissa. Dah tak boleh nak kelentong, sebabnya dia memang dah matang. Tahu yang mana betul atau salah. Yang penting marissa betul-betul berdikari. Menyusun sendiri buku-buku mengikut jadual yang diberi. Tapi mommy dia semakkan juga lah takut kalau ada tersilap buku. Hantar dia pun sampai depan pintu pagar sahaja. Ada sekali tu tengok dari jauh dia menikmati makanan di kantin, tapi hati seorang ibu bila nampak sahaja mesti terdetik nak melihat apa yang di makannya. Rupanya mee goreng pedas, kesian muka berpeluh, lagilah bibir merah menyala, sah-sah tengah kepedasan. Itu lah kali pertama dan terakhir marissa menikmati makanan di kantin. Lepas tu terus bawakan bekal hari-hari. Lagipun masa tu memang permintaan dia nak merasa makanan di kantin. Akhirnya terucap dari mulut dia "marissa tak nak beli kat kantin lagi lah.." hehehe tahu tak apa..

Lompat2 tinggi
cubit2 pipi orang
garu2 kepala telinga
keluarkan bunyian dr mulut
kenal sangat suara mommy dia
terpandang mommynya kompem nak ikut
suka cium kakak dan abangnya
kuat nenen
tiru akak membaca menulis
suka barang2 keperluan lelaki dewasa buat kerja
semakin berani nakal
bila buat salah mula tunjuk muka cute sambil senyum sampai ketelinga
pandai mengayuh basikal
lagi kuat dr kakak
selalu belasah kakak
berebut barang2 kakak
sayang baby faidhi
conteng2 dinding
suka tgk cosmos kat youtube
botol susu tak tinggal asyik susu saja
tak sabar2 nak masuk darjah 1
sibuk ngan fb dia..
membaca menulis mengaler aktivitinya
ceria rancangan kegemarannya
sayang adik2nya fadli n faidhi
suka bergambr dan tangkap sendiri
berlagak cun lawa cute miut lah konon
syik nak tukar2 subang2..
(koleksi: subang tumit tinggi, girl pakai gaun n bunga..all pink colour)
Assalamulaikum..- Pandai gelak2 sakan bila di agah2, lagi kalau dengar mommy dia buat2 bersin suka giler
- Berdiri tegak..sambil tangan lurus kebelakang bak superman
- Bercakap2 tak henti2 pot pet pot pet, biasalah kuar bahasa baby..memang peramah
- Mula berjalan gerakkan kaki kehadapan.. ni kena pegang lah kang gedebuk jatuh
- Angkat kepala setinggi boleh..semasa baringkan dia.. maknanya dia nak bangun..
- Meniarap sendiri... ni memang kena ambil perhatian...
- suka hisap jari tangannya... cop cop cop! bunyinya.. abis basah
- suka buat buih kat mulut tu.. penuh buih abis basah baju
- keguguran rambut sampai botak kepala tu..ni baru tumbuh anak rambut
- Cam biasa taik sawan eh orang kata..tu pun dah bersih..
- Checkup doktor kata pendengaran telinga kiri 3 bib(bunyian) boleh dengar. sebelah kanan 4 bib (bunyian) amat bagus... Doktor cakap lulus ujian... tapi next year bulan mac 2011 checkup otak n telinga lagi..
- Pernah makan ubat tdo.. sebab nak checkup telinga kena tdokan bby dulu.. n pastkan bby tidak demam, selsema n batuk
- Dan nampak orang, kepala pusing2 kalau nampak bayangan org
- Budak baik..duk diam dalam kereta time mommy dia memandu dok angkut kakaknya balik tadika..
- Manja ngan abang dan kakaknya.. kalau nampak kakak dan abang bergaduh dia dok gelak2, kalau nampak kakak dan abangnya berkejaran dia dok gelak2 jugak... maybe dia pikir kakak dan abangnya buat lawak kat dia..huhuhu..
- Beratnya last timbang 5.8kg.. sekarang kompem 6kg dah ada...
- Belom lagi susu botol.. sepenunhya susu badan hehehe...
- kasi sapa saja pegang dia okay saja.. senang



Gambar terkini Muhammad Faidhi.. Alhamdulillah semakin membesar dan sihat sejahtera. Geram tengok dia semakin comel sangat2. Setakat ni urusan berkaitan faidhi.. mommy dia yg uruskan sendiri lah.. Heheh memandikan, menukarkan pampers, memakai kan pakaian, menyusukan badan.. hehhee sangat2 gembira dapat lakukan semua tu sendiri. Berpantang2 juga pa yg penting benda yg kita nak lakukan tu takkan memudaratkan kita sudah.. heee jumpa lagi nanti ya perkembangan seterusnya tentang faidhi.. akan datang kita cerita pasal abang dia fadli dan kakaknya marissa pula... daaaa



Muhammad Faidhi (kurniaanku)
11:30 mlm
*Syukur Alhamdulillah sudah selamat bersalin.. Doakan kami sihat sejahtera. Penuh dengan sejarah dalam hidup kami sekeluarga..
Aksi Fadli sedang meniup lilin dengan tidak sengaja hehehe... Kak Marissa yang tak sbar nak makan kek birthday Fadli.. sabar sabar semuanya
Tergelak keriangan dia bila berjaya meniup sebatang lilin.. tapi sebatang lilin lagi Fadli tak tergamak untuk meniupnya.. hahhaha hanya dia yang tahu isi hatinya.. sedangkan kita dok terpikiR awat Fadli tak mau tiup lagi tu.. heheheheh
Sumber from:
children islamic center
cic blog: http://www.cicleader.blogspot.com/
CIC Educational Trip Date : 6th March 2010
Venue: Muzium TUDM, Sg Besi
Total of participants: 323 students and 40 teachers
Trip TUDM Created by Adzleen Adzhar on March 9
Lovely ps: Esok khamis pagi balik ke jb, sebelah petangnya kami naik flight ke kuching sarawak.. yahoOOo... marissa direhatkan sekolah 2 hari..kuikkuikui.. ayahnya direhatkan bekerja 2 hari juga... kami pergi bukan suka2 ada sebab dan berhajat... adik ke-3 akan bertunang dengan orang kuching... sabtu petang flight pulang ke JB... Ahad tu barulah kami berangkat balik ke rumah








