Salam semua..
Mommy budak2 ni still berpantang sebenarnya.. kena habis kan bulan june ni barulah abis 44 hari. Pada 15 june ni birthday mommy budak2 ni, so hadiah yg tak ternilai ialah lahirnya insan cilik yg diberi nama muhammad faidhi yg kini baru mencecah umur 2 minggu lebih camtu. Memang comel lah anak mommy sorang ni maklum lah lahir tak cukup bulan kan. Sepatutnya 28 june baru bersalinnya. Semua tertanya2 kenapa lahir di rumah ya? sebanya baby memang dah tak sabar nak keluar, dan tak menyempat nak sampai ke hospital. Ayahnya jadi bidan tukang sambut. Apa2 pun call 999 mintan bantuan. Last2 ambulan datang menghulurkan bantuan bersama nurse2 yang profesional. Kesian ayahnya nasib baik tak pitam sebab maklumlah mabuk darah. Memang dalam sejarah sungguh kejadian ni. Doktor tanya tak ada rasa sakit ke? Erk! blur nak jawab. Dok fikir sejenak.. ada ke aku rasa sakit?? Ada kot tapi sikit2 tak rasa cam nak bersalin pun. Takder tanda2 nk bersalin pun. Ingatkan masa masih panjang memandang due 28 june. Yang teringat kul 11 malam tu betul dah sakit sangat. Tu lah dalam kelam kabut baru nak bergerak ke hospital... tiba2 air ketumban terus pecah dengan banyaknya. Lepas tu terus terbesalin dengan beberapa saat saja. Betul2 kul 11:30 allah telah mengkurniakan kami seorang baby boy.. alhamdulillah kami sihat sejahtera. Sebab tu jugak lah nama baby Muhammad Faidhi... "Faidhi bermaksud kurniaanku". walaupun ada 2 pilihan nama yg kami sediakan.. kami rasa nama ini adalah yg terbaik dan yg paling tepat untuknya. Syukur pada ilahi kerana memberi kenangan yang manis untuk kami sekeluarga.. amin
Tahniah iena!
Sebenarnya akak dah lama tak tengok blog. Tiba-tiba rasa gerak hati nak tanya khabar iena, kot-kot dah bersalin.
Terkejut akak baca cite iena ni. Apapun alhamdulillah iena dan baby Faidhi. Memang sesuai iena dan suami memilih nama ni sebabnya jarang-jarang juga baby lahir 34 minggu.
Akak doakan semoga iena sekeluarga lebih ceria dengan kehadiran Muhammad Faidhi ke dunia ini...
Buat Muhammad Faidhi, semoga menjadi anak yang soleh buat mama dan papa.
ibu emy efy eqy
Terima kasih ye kak...iena pun dah jarang online blog ni... nasib baik tergerak hati tu ya.. hehe
tu lah mmg ada hikmahnya disebalik kejadian ini.. Terima kasih juga atas doa yg baik2 utk kami sekeluarga..amin
tahniah! bestnyer dpt baby lagi. senang betul bersalin yea. syukur. tabik r kat suami pn iena...