pn-iena
Pokok cili tak berbuah pun? kangkung okay terus menjalar. Pokok kacang pun okay terus menjalar juga, cuma tak kuar si kacang panjang. Daun kunyit habis kena makan belalang, nasib baik umur panjang. Si mata kucing semakin tinggi dan comel. Serai? ishkk! tak merebak pun, takat tang tu juga. Pokok tomato kecik2 lagi, baru nak hidup subur. Ulam raja? tamat dah riwayat dia. Tu lah tinggal lama sangat semua pokok2 ni tak ada siapa nak tolong siramkan. Baja? alamak! tak pernah baja lah semua pokok ni, agaknya tu pasal dia tak nak membuahkan hasil. Cuma dok pikir lagi kalau tinggalkan pokok2 ni sampai habis berpantang, agak2nya apalah nasibnya. Hidup? Mati? arrrg! sayang nya. Hai nasiblah badan wahai pokok2, ada umur panjang hidup lah kau. Takpa bos ada hari biasa, sebab weekend kompem balik jenguk si kecik & marissa. Buat masa ni gilir2 dengan marissa dok siram pokok2 ni setiap pagi. Nasib baik sekarang ni musim hujan jadi semua pokok sejuk saja.
pn-iena
Heyaaa! beberapa hari ni asyik dok kemas barang2 baby, cuci tilam, bantal, sarung2nya, lampin, barut dan baju(baru, lama) baby semua dll lagi lah. Siap packing semuanya dengan kemas. Tima kasih marissa coz bantu mmy. Tersentuh hati sangat bila marissa paling rajin tolong mmy dia buat semua kerja tu. Asyik dok tanya " ni baby punya ke?" tapi tangan laju saja buat kerja. Kebayakkannya kami pakai balik barang2 marissa yg masih baru time dia baby dulu. So jimat pun jimat tak payah lah membazir sekiranya masih boleh digunakan. Ada separuh dr tu dah agih2kan ke kg. Tapi takper lah syukur alhamdulillah rezeki masih ada so tak rasa kekurangan pun. Ni nak siapkan barang mmy pula, maklumlah hari semakin dekat nak bersalin..doakan semuanya selamat yer!
ps: dikesempatkan ni, minta ampun dan maaf pada semua2 kengkawan sekiranya ada kesilapan dan keterlanjuran kata selama ini yer!
pn-iena

Photobucket


yup!


Insya'allah.. Photobucketrasanya kami akan berangkat ke KB before bersalin. So kemungkinan besar akan bersalin di sana. Tok Nek marissa dah bookingkan tempat swasta untuk second cucu ni. Kalau ikut due 3 mei sepatutnya bersalin. Kalau awal tu tak tau lah kan. Kebetulan pula ayah cuti sementara company tu shut down utk beberapa hari. Dan kebetulan pula kena pada tarihk due tu. So ambil peluang ni lah utk berangkat ke KB. Kita merancang tuhan yg menentukan. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Kalau tak sempat hospital putrajaya lah jadi pilihan. Apa2 pun sama2lah kita doakan yang terbaik utk kami yer! amin..
pn-iena
Price :MYR 350.00
(harga di website leesa formula)

Alhamdulillah.. hari ni sampai di tangan ConfineMum set premium, leesa formula ni. Dapat diskaun the best!! price! lagi dr jiran yg sama2 order dengan kawan dia. Bermakna pakej yg sama tapi harga lagi murah dr ini. Syukur alhamdulillah rezeki anak. Yang penting pastikan barangannya asli dan bukan tiruan. Kalau tidak memang nak order by online saja.
pn-iena
1 week before annual berlangsung ke 'Palace Of The Golden Horses' bayar duit booking wanitaniaga.

After 1 Week, annual berlangsung di 'Restaurant Carousel'.

Marissa paling seronok sebab dpt belon berbentuk bunga dr badut. Tak sempat bergambar badut dah hilang. Lagi seronok bila no bertuah marissa dipanggil dpt mcm2 hadiah bracelet(merah) berjuntai, buku cerita. Time marissa ke depan ambil hadiah tu rasa cam dia menang anugerah pulak. Tapi sayang tak sempat nak rakamkan saat2 indah itu. Tak ketinggalan wakil kan ayah no bertuah dipanggil dpt bracelet dewasa (biru) and beg kecil(buatan dr kayu) khas utk perempuan so mmy lah yg dpat. Dan sekali lagi nama mmy di sebut mengambil gift di hadapan as moderator. Best sangt dpt gift from Japan sebuah cermin 24kt gold (bulat) lady's accessory yg mempunyai peta japan (sgt2 cantek, sgt suka) and magnet tokyo. Selain tu dpt 2 pen gift utk setiap para tetamu yg menghadirkan diri.

Berposing Marissa After annual, fuh! penat sangat2.

pn-iena

~'Sebahagian yg bergambar beramai2'~

(Foto oleh amida_korea)

Pada 5 April 2008 '1st ANNUAL WANITA NIAGA 2008' telah diadakan secara gemilangannya, bertempat di Palace Of The Golden Horses. Perjumpaan ini membuatkan semua menjadi lebih akrab. Maklumlah selama ni hanya berchating di dunia maya saja. Alhamdulillah semuanya kira berjalan dengan lancar walaupun ada sikit kepincangan dari segi Aturcara yang telah dirancang. Paling seronok bila ada sesi jejak kasih secara spontan dr kalangan kami terutamanya my husband dengan kenalannya. Nak tengok gambar boleh layari di sini dan juga di laman web wanitaniaga. Nanti ada masa boleh masukkan secebis gambar yg sempat dirakamkan. Terutamanya gambar marissa yang sibuk berposing di palace.

Coretan dari klynn aka CEO/Admin Wanitaniaga.
[quote="Lynn"]Alhamdulilah... syukur kepada Allah, majlis berjalan lancar semalam walaupun ramai yg lewat. Delayed satu jam. Apapun syukur semuanya berlangsung dgn aman tiada masalah sgt cuma masalah remeh2 : mcm banner x gantung pdhal staff hotel tu dah ckp nak gantungkan, kek pulak dah lepas potong suruh sbyk 3 kali baru staff hotel tu, agih2kan pd tetamu padahal masa dah nak kul 5.. last2 kami bersurai pun lewat. Sesi ucapan pun saya skip sbb hanya sejam utk laksanakan semua xtvt yg dirancang. Tapi memang ok la dlm tak sampai sejam tu, semuanya berjaya dilaksanakan. Termasuk acara cabutan bertuah, saya tambahkan bilangannya sebab banyak hadiah dari pihak sponsor. Mula2 saya fikir nak buatkan grand prize 1,2,3 dan seterusnya.. tp bila tgk ramai anak2 dan family, so saya pecahkan hadiah2 sponsor jadi cabutan semalam menjadi 10 dewasa dan 10 kanak-kanak.

Pada Moderator selaku AJK/Urusetia yg dpt hadir semalam, terima kasih setinggi-tinggi terima kasih. Semoga Allah saja yg membls jasa korang semua. Pada yang tak dpt hadir, jgn sedih yer.. mungkin dilain ketika rezeki kita dpt bertemu dan sama2 ikuti aktiviti yg kita rancang kelak, termasuklah Pea yg jauh beribu batu sana tu... :)

Insyaallah, kita bolehlah fikirkan utk Hari Keluarga nanti.. berikan cadangan tarikh, tempat, acara dan sebagainya. Kali ni mungkin saya perlukan urusetia dr kalangan ahli biasa selain dari kalangan Moderator sendiri, sebab tak mau jd macam gathering semalam, saya kekurangan tenaga di saat2 akhir. Saya juga yg akhirnya kena jaga kaunter sambil susun door gift yg baru saya ambil dr Fezah (dah dijangka sebabnya semua dtg lewat tanpa dipinta atas alasan munasabah; saya tak marah sbb kemungkinan sebegini mmg kena standby dan ada backup, cuma bila cuma 5 org Moderators yg dpt hadir dan dr 5 org tu 3 org lewat, jd boleh kita bayangkan... :???: ), mujur Iena dah sampai dpt bantu saya sket2, dua2 dah memboyot dan r :-o upanya baju kitaorg serupa :lol: , mmg saya x perasan ... sampai staff hotel tegur, ni uniform korang ke hehehehe.. :-x :lol:

Actualy, ada staff hotel nak bantu susun door gift tp susah sbb dorg x fhm plan kita. Jadi, saya kata tak pe saya buat nanti pening nak cari. So, sambil susun beg, check hadiah/nama, sambut tetamu (mujur belum ramai), dan bawa dorg ke meja makan tunjuk tempat duduk. Gilir2 dgn Iena.. itupun Iena dah tak larat nak keluar masuk, sorry erk Iena.

Jadi, utk next projek saya nak kan kotmitmen ahli/urusetia yg betul2 dpt laksanakan tugas sebelum dan semasa program berlangsung. Kiranya saya kelam-kabut jugak semalam.. tak makan tengahari sampai dkt nak kul 5 selepas majlis nak habis baru la makan .. huhu.
Satu lg, saya rasa masa 2 jam memang terhad bila ada ahli yang datang lewat. Memang semalam, kebanyakkannya dtg dlm pukul 3.30 pm dan dah dkt jam 4.00 baru penuh tempat duduk. Jadi mana yg dtg awal kul 3 tu.. terpaksalah tunggu, mujurlah makanan dah sedia ada jadi tiada masalah ler.. dorg boleh makan puas2. :D :)

Banyak pengalaman yg saya perolehi dan insyaallah akan diperbaiki dimasa akan dtg. Secara keseluruhan mmg berjalan lancar.. cuma saya sendiri agak keletihan sebab pembahagian tugas tidak dpt dilakukan di saat majlis berlangsung. Namun, kerjasama dan tanggungjawab yang korang tunjukkan memang saya sanjung tinggi, dgn kerja percuma mcm ni.. tak mungkin dpt minta org lain lakukan. Terima kasih Sya yg jd MC wpun ada gangguan anak2, Dila yg dah siap sediakan door gift cantik2, Fezah siap dgn aturcara, no cabutan bertuah, nama2 tetamu siap tampal di beg, Iena dpt uruskan dgn hotel dan dpt diskaun, malah hotel pulak bg 2 hamper besar dan 2 voucher utk lunch dan hi tea... terima kasih semuaaaaaa..... :smile:[/quote]
dipetik dr forum wanitaniaga.com
pn-iena
pn-iena

Marissa risau betul bila tau ayah dia demam. 2 Hari lepas macam tu, malam buta org dok tidur marissa xdapat lelapkan mata. Ayahnya tidur di bilik sebelah utk mendapatkan ketenangan setelah diserang demam. Kebetulan panas banget badan tu. Terkejut ayahnya bila terasa sejuk di dahi, baju pulak basah skit. Tapi ayahnya mamai lagi waktu tu, so letak tuala tempat lain, cuma kehairanan mana dtg nya tuala basah ni? kebingungan sekali..

Terasa tilam bergegar, rupanya marissa dok lompat2 sah lah tak tidur lagi. Sempat lak dia kata "mommy seluar basah!..mommy mommy.." marissa dok teriak. Terkejut betul tengok keadaan marissa yang basah kuyup tu. "Eh! marissa kencing ke ni? kenapa basah ni?" soal mommy kebingungan. "Tak..air kosong" jawab marissa selamba. Air kosong? dok perati abis alas tilam lembab..erk! terkencing ker marissa ni? "Tunjuk mommy air kosong kat mana?" "Tu hah..." marissa tunjuk ke arah toilet. Lorrrr main air rupanya terdetik dlm hati bahaya sungguh main sorang2 waktu2 macam ni. Cepat2 suh marissa bersihkan badan tukar baju. Takut dia lak terdemam.

Pagi2 cerita kat ayah, rupanya ayah pun nak bertanya ngan mommy gak pasal malam tadi. Bila dikaji selidik baru tau, rupanya marissa telah membasahkan tuala kecil lalu ditepeknya ke atas dahi ayah. Tapi oleh kerana marissa tak perah tuala tu, maka menitik2 lah air berjuraian keluar. Bila difikirkan balik itu satu kebaikan yang telah marissa lakukan. Ada juga perasaan tanggungjawab utk menjaga ayahnya yg telah demam. Ishkk baru 3 tahun lebih dah ada perasaan macam tu sungguh ku tak percaya. Syukur dpt anak yg baik bergini..

Semalam balik dr kerja ayah ada menceritakan kisah marissa ni. Tak sangka mereka tergamam dan mengatakan benda ni " so cute..." kecil2 dah tau jaga ayah demam..

pn-iena
Menanti hari ni menunggu masa saat2 melahirkan second baby ni. Cepatnya masa berlalu dan harinya akan tiba. Hari2 baby bergerak dlm perut ni, sampai senget benget perut ni dibuatnya. Sukalah tengok dia bergerak aktif. Cuma balik dr Johor hari tu, 2 hari dia mengeras diam saja. Badan mmy dia pun jadi tak sihat, lemah semacam. Nama baby dah tersedia ada, cuma bila bab nak memilih tu yg sakit kepala. Si ayah selamba kata buat apa nak pening kepala nama tu dah oklah tu. Si marissa pulak mmg dah panggil dengan nama tu setiap kali tegur adik dia dlm perutnya. Hendaknya semuanya berjalan dengan lancar..amin
pn-iena

pn-iena
Chek in

Marissa tidur dan bersiram


Swimming pool


Pantai


Suasana di waktu malam

pn-iena
Marissa tertidur semasa dalam perjalanan ke rumah penginapan pengantin perempuan untuk menghantar rombongan ke rumah pengantin lelaki pada 15mac sabtu.

Nor Shuhaili & Mohd Maliki

Berselera manjamu lauk pengantin
Kami pun tumpang sekaki makan di meja pengantin lauk pauk dia mmg sedap, pandai orang Jerantut masak.
pn-iena
Hari ni 12 march sampai masanya checkup di klinik. Ayah & Marissa sibuk temankan mmy pi checkup sebelah pagi. Doktor buat last scan untuk confirmkan sekali lagi jantina baby. Syukur alhamdulillah nampak jelas kali ni jantina dia. Rasa berbaloi list nama tu walaupun 3 nama jer jadi pilihan. Ayah dah tengok nama tu semua rasanya dia ok saja.. Tak kisahlah yang mana satu jadi pilihan tiga2 nama tu mmy berkenan. Tapi tak nak lah letak nama panjang2 nanti panggil nama pendek juga. Selain tu boleh jimatkan ruang kosong isi borang masuk university nanti..eheh saja lah melawak.
Tup tap tup tap..wah dah masuk lapan bulan ni, nak bersalin di mana yer? Rasanya hospital yg sama masa lahirkan marissa pastu berpantang lah kat KB. Masa marissa berpantang di JB kira kasi adil dan saksama lah yer. Ni nak berpantang 44 hari berjauhan ngan ayah confirm marissa rindu. Nasib baik leh buat video call so tak terasa lah kot janji tempat tu ada 3G.
pn-iena

Marissa = Seorang Yang Bersopan Santun


Kebetulan sibuk mencari nama2 untuk second baby ni. Apa lagi terjah sana sini terjumpa website ni. Makna2 nama tersebut boleh didapati di website Himpunan nama2 indah dalam islam. Bagi yang sedang mencari2 nama baby tu bolehlah sama2 berkongsi mencari nama di sini.

pn-iena


Gedebuk!! mata kami mencari2 apa yang terjatuh tu? Ayah berteriak "mommy!! marissa tu!" tengok keadaan muka ayah yang panic. Hah?Marissa, cepat2 toleh ke atas sofa. Marissa tak ada kat situ tapi dah terjatuh ke bawah. Tiba2 marissa meraung menangis kesakitan. Bibir bawah bibir marissa mula berdarah. Kami berdebar2 cuak gila. Cuba perlahan-lahan suruh marissa buka mulut, lapkan darah semua tu. "Allah" hati berdetik. "Dalamnya luka. Macam mana ni? nak bawak klinik ke ni? Tak apa mmy cool relax. Tengok ayah buka peti atas cari ais, pastu macam blur terus beredar. Malas nak byk tanya terus saja pergi ambil ais lalu lapikkan dengan tuala. Terus tekapkan kan dlm mulut marissa tu. Kemudian tekapkan dibahagian luar pula tengah2 antara dagu dan bibir. Tak lama darah mula beku, alhamdulillah reda seketika. Marissa takdapat lelapkan matanya, kerana semasa kejadian dia tertidur atas sofa. Tanggannya memegang sendiri tuala berisi ais yang masih menekap, rasanya kesejukkan itu membuatkan hilang rasa sakit. Pagi2 tengok dah ok. Alhamdulillah luka tu bercantum semula dan kering. Tapi kalau tengok diluar kelihatan birat dan lebam.

pn-iena
""Author: liz772 Time: 27-1-2005 04:45 PM
Amirah - Puteri
Marissa - yg penyantun dan penyabar
ni org tua yg kasi dia carik lam al-quran...""

""Author: marissa_irayu Time: 4-1-2006 01:40 PM
'QUOTE:
Originally posted by pinkeygurl at 12-7-2005 02:58 PM
marissa ade makna x...or arissa mira...please chek kan maknenyer....confuselah.... '
marissa maknanya yg penyantun dan penyabar ""

""Author: pinkeygurl Time: 5-1-2006 11:48 AM
r u sure ker?? marissa ada makna dlm bahasa arab or ur thinking only bcoz ur name??please confirmkan bebetul....""

""Author: marissa_irayu Time: 5-1-2006 12:16 PM
i am very sure .... i read somewhere masa i nak carik nama utk baby i (ingatkan baby i girl rupanya baby boy so tak jdlah nak kasi nama tu.""

Terjumpa artikel ni di forum3.cari.com.my

Kebetulan saja searching cari nama-nama baby, terjumpa pula makna Marissa tu.


pn-iena
Si kecik Marissa yang baru hendak mencecah 4 tahun umurnya pada October ini telah banyak membuat kejutan terhadap keluarganya. Bayangkan kanak-kanak sekecil ini sudah pandai on off laptop sendiri. Bukan itu sahaja malahan pandai on internet sendiri. Kebetulan ID & paswordd memang tersedia ada. Dia bijak mememilih icon di dekstop untuk on internet. Kami sebagai parents dia tak pernah mengajar cara-cara untuk membuka internet. Malahan dia boleh mencari icon untuk membuka lama web kegemarannya sendiri. Marissa tidak perlu meminta pertolongan dari parents nya.
Pada mulanya kami tidak menyangka si kecik ini bergitu minat dengan komputer. Syukur alhamdulillah setakat ini dia searching benda yang baik saja. Contohnya search website game dan pendidikan serta hiburan saja. Namun bergitu kebanyakan websitenya kami telah pun save as favorite atas nama folder marissa.
Apa yang Marissa Minat?
-melukis dan menconteng.
-belajar sendiri secara online.
-mengeluarkan bakatnya secara praktikal.
-mempelajari byk bahasa selain bahasa ibundanya.
-guna PDA untuk melukis dan bermain game (tau on off).
-lagu Apek (Aspalela),Aliff (Sayang-sayang)
& Che'Nelle (I fell in love with the DJ).
-mengajar sponge bob menyambungkan huruf.
-menyanyi dan menari.
-komputer
pn-iena
"Ibu bapa perlu membiasakan kanak-kanak dengan persekitaran sekolah yang selama ini menakutkan mereka."
PUNCA ANAK ENGGAN KE SEKOLAH
- Masalah dengan kanak-kanak lain seperti diejek atau dipulaukan.
- Masalah dengan guru.
- Ancaman kecederaan fizikal daripada pembuli.
- Malu atau takut setelah diejek atau dibuli.
- Masalah dalam pembelajaran.
- Masalah pergaulan seperti kemahiran bersosial yang rendah dan rasa rendah diri.
- Konflik keluarga.
- Masalah psikiatri seperti kemurungan, Anxiety Disorders, Attention Deficit Hyperactivity Disorder'(ADHD) dan lain-lain lagi.
Tip mengatasi anak enggan ke sekolah
- Fahami punca sebenar mereka enggan ke sekolah.
- Berikan gambaran yang positif tentang sekolah serta kepentingan sekolah kepada masa depan mereka.
- Dalam usaha mengatasi masalah ini, ibu bapa perlu bersikap tegas dan konsisten dalam menangani tingkah laku anak yang negatif.
- Dapatkan kerjasama daripada pihak sekolah dalam menangani masalah yang dihadapi.
- Dapatkan bantuan profesional jika masalah berlarutan.

sumber: Oleh Roslah Othman (roslah.othman@utusan.com.my)
pn-iena

pn-iena