Gedebuk!! mata kami mencari2 apa yang terjatuh tu? Ayah berteriak "mommy!! marissa tu!" tengok keadaan muka ayah yang panic. Hah?Marissa, cepat2 toleh ke atas sofa. Marissa tak ada kat situ tapi dah terjatuh ke bawah. Tiba2 marissa meraung menangis kesakitan. Bibir bawah bibir marissa mula berdarah. Kami berdebar2 cuak gila. Cuba perlahan-lahan suruh marissa buka mulut, lapkan darah semua tu. "Allah" hati berdetik. "Dalamnya luka. Macam mana ni? nak bawak klinik ke ni? Tak apa mmy cool relax. Tengok ayah buka peti atas cari ais, pastu macam blur terus beredar. Malas nak byk tanya terus saja pergi ambil ais lalu lapikkan dengan tuala. Terus tekapkan kan dlm mulut marissa tu. Kemudian tekapkan dibahagian luar pula tengah2 antara dagu dan bibir. Tak lama darah mula beku, alhamdulillah reda seketika. Marissa takdapat lelapkan matanya, kerana semasa kejadian dia tertidur atas sofa. Tanggannya memegang sendiri tuala berisi ais yang masih menekap, rasanya kesejukkan itu membuatkan hilang rasa sakit. Pagi2 tengok dah ok. Alhamdulillah luka tu bercantum semula dan kering. Tapi kalau tengok diluar kelihatan birat dan lebam.