~'Sebahagian yg bergambar beramai2'~
(Foto oleh amida_korea)
Pada 5 April 2008 '1st ANNUAL WANITA NIAGA 2008' telah diadakan secara gemilangannya, bertempat di Palace Of The Golden Horses. Perjumpaan ini membuatkan semua menjadi lebih akrab. Maklumlah selama ni hanya berchating di dunia maya saja. Alhamdulillah semuanya kira berjalan dengan lancar walaupun ada sikit kepincangan dari segi Aturcara yang telah dirancang. Paling seronok bila ada sesi jejak kasih secara spontan dr kalangan kami terutamanya my husband dengan kenalannya. Nak tengok gambar boleh layari di sini dan juga di laman web wanitaniaga. Nanti ada masa boleh masukkan secebis gambar yg sempat dirakamkan. Terutamanya gambar marissa yang sibuk berposing di palace.
Coretan dari klynn aka CEO/Admin Wanitaniaga.
[quote="Lynn"]Alhamdulilah... syukur kepada Allah, majlis berjalan lancar semalam walaupun ramai yg lewat. Delayed satu jam. Apapun syukur semuanya berlangsung dgn aman tiada masalah sgt cuma masalah remeh2 : mcm banner x gantung pdhal staff hotel tu dah ckp nak gantungkan, kek pulak dah lepas potong suruh sbyk 3 kali baru staff hotel tu, agih2kan pd tetamu padahal masa dah nak kul 5.. last2 kami bersurai pun lewat. Sesi ucapan pun saya skip sbb hanya sejam utk laksanakan semua xtvt yg dirancang. Tapi memang ok la dlm tak sampai sejam tu, semuanya berjaya dilaksanakan. Termasuk acara cabutan bertuah, saya tambahkan bilangannya sebab banyak hadiah dari pihak sponsor. Mula2 saya fikir nak buatkan grand prize 1,2,3 dan seterusnya.. tp bila tgk ramai anak2 dan family, so saya pecahkan hadiah2 sponsor jadi cabutan semalam menjadi 10 dewasa dan 10 kanak-kanak.
Pada Moderator selaku AJK/Urusetia yg dpt hadir semalam, terima kasih setinggi-tinggi terima kasih. Semoga Allah saja yg membls jasa korang semua. Pada yang tak dpt hadir, jgn sedih yer.. mungkin dilain ketika rezeki kita dpt bertemu dan sama2 ikuti aktiviti yg kita rancang kelak, termasuklah Pea yg jauh beribu batu sana tu... :)
Insyaallah, kita bolehlah fikirkan utk Hari Keluarga nanti.. berikan cadangan tarikh, tempat, acara dan sebagainya. Kali ni mungkin saya perlukan urusetia dr kalangan ahli biasa selain dari kalangan Moderator sendiri, sebab tak mau jd macam gathering semalam, saya kekurangan tenaga di saat2 akhir. Saya juga yg akhirnya kena jaga kaunter sambil susun door gift yg baru saya ambil dr Fezah (dah dijangka sebabnya semua dtg lewat tanpa dipinta atas alasan munasabah; saya tak marah sbb kemungkinan sebegini mmg kena standby dan ada backup, cuma bila cuma 5 org Moderators yg dpt hadir dan dr 5 org tu 3 org lewat, jd boleh kita bayangkan... :???: ), mujur Iena dah sampai dpt bantu saya sket2, dua2 dah memboyot dan r :-o upanya baju kitaorg serupa :lol: , mmg saya x perasan ... sampai staff hotel tegur, ni uniform korang ke hehehehe.. :-x :lol:
Actualy, ada staff hotel nak bantu susun door gift tp susah sbb dorg x fhm plan kita. Jadi, saya kata tak pe saya buat nanti pening nak cari. So, sambil susun beg, check hadiah/nama, sambut tetamu (mujur belum ramai), dan bawa dorg ke meja makan tunjuk tempat duduk. Gilir2 dgn Iena.. itupun Iena dah tak larat nak keluar masuk, sorry erk Iena.
Jadi, utk next projek saya nak kan kotmitmen ahli/urusetia yg betul2 dpt laksanakan tugas sebelum dan semasa program berlangsung. Kiranya saya kelam-kabut jugak semalam.. tak makan tengahari sampai dkt nak kul 5 selepas majlis nak habis baru la makan .. huhu.
Satu lg, saya rasa masa 2 jam memang terhad bila ada ahli yang datang lewat. Memang semalam, kebanyakkannya dtg dlm pukul 3.30 pm dan dah dkt jam 4.00 baru penuh tempat duduk. Jadi mana yg dtg awal kul 3 tu.. terpaksalah tunggu, mujurlah makanan dah sedia ada jadi tiada masalah ler.. dorg boleh makan puas2. :D :)
Banyak pengalaman yg saya perolehi dan insyaallah akan diperbaiki dimasa akan dtg. Secara keseluruhan mmg berjalan lancar.. cuma saya sendiri agak keletihan sebab pembahagian tugas tidak dpt dilakukan di saat majlis berlangsung. Namun, kerjasama dan tanggungjawab yang korang tunjukkan memang saya sanjung tinggi, dgn kerja percuma mcm ni.. tak mungkin dpt minta org lain lakukan. Terima kasih Sya yg jd MC wpun ada gangguan anak2, Dila yg dah siap sediakan door gift cantik2, Fezah siap dgn aturcara, no cabutan bertuah, nama2 tetamu siap tampal di beg, Iena dpt uruskan dgn hotel dan dpt diskaun, malah hotel pulak bg 2 hamper besar dan 2 voucher utk lunch dan hi tea... terima kasih semuaaaaaa..... :smile:[/quote]
dipetik dr forum wanitaniaga.com