Marissa risau betul bila tau ayah dia demam. 2 Hari lepas macam tu, malam buta org dok tidur marissa xdapat lelapkan mata. Ayahnya tidur di bilik sebelah utk mendapatkan ketenangan setelah diserang demam. Kebetulan panas banget badan tu. Terkejut ayahnya bila terasa sejuk di dahi, baju pulak basah skit. Tapi ayahnya mamai lagi waktu tu, so letak tuala tempat lain, cuma kehairanan mana dtg nya tuala basah ni? kebingungan sekali..
Terasa tilam bergegar, rupanya marissa dok lompat2 sah lah tak tidur lagi. Sempat lak dia kata "mommy seluar basah!..mommy mommy.." marissa dok teriak. Terkejut betul tengok keadaan marissa yang basah kuyup tu. "Eh! marissa kencing ke ni? kenapa basah ni?" soal mommy kebingungan. "Tak..air kosong" jawab marissa selamba. Air kosong? dok perati abis alas tilam lembab..erk! terkencing ker marissa ni? "Tunjuk mommy air kosong kat mana?" "Tu hah..." marissa tunjuk ke arah toilet. Lorrrr main air rupanya terdetik dlm hati bahaya sungguh main sorang2 waktu2 macam ni. Cepat2 suh marissa bersihkan badan tukar baju. Takut dia lak terdemam.
Pagi2 cerita kat ayah, rupanya ayah pun nak bertanya ngan mommy gak pasal malam tadi. Bila dikaji selidik baru tau, rupanya marissa telah membasahkan tuala kecil lalu ditepeknya ke atas dahi ayah. Tapi oleh kerana marissa tak perah tuala tu, maka menitik2 lah air berjuraian keluar. Bila difikirkan balik itu satu kebaikan yang telah marissa lakukan. Ada juga perasaan tanggungjawab utk menjaga ayahnya yg telah demam. Ishkk baru 3 tahun lebih dah ada perasaan macam tu sungguh ku tak percaya. Syukur dpt anak yg baik bergini..
Semalam balik dr kerja ayah ada menceritakan kisah marissa ni. Tak sangka mereka tergamam dan mengatakan benda ni " so cute..." kecil2 dah tau jaga ayah demam..