pn-iena
Susu Dugro 1 plus utk 1-3 tahun berperisa madu, menjadi pilihan marissa untuk cuba berjinak semula dalam dunia meminum susu. Dah lama marissa meninggalkan bidang meminum susunya sejak berumur setahun lebih. Sekarang umurnya telah mencecah 3 tahun. Selama ni pun kami banyak kali mencuba pelbagai jenis susu, namun semuanya sia-sia belaka. Susu Dugro (dumex) menjadi target utama marissa pun disebabkan pengaruh iklan yang disiarkan setiap hari di station tv3. Hanya dengan kata-kata "Pandai mama pilih dugro" membuatkan marissa berminat untuk mencuba keenakkan susu tersebut. Setiap hari marissa hanya mengambil satu sudu susu untuk untuk diminumnya menggunakan cawan dan menghirup melalui sudu plastik bubur MCdonald. Walaupun hanya satu sudu nampak gayanya susu tersebut masih tak dapat dihabiskan. Ianya mengandungi Maxi-Q sytem of nutrients DHA & AA. Iaitu Zat besi, SA, taurina, Inulin, Omega 3 & 6.
Berlainan pula dengan mommy marissa, yang kini pun sedang berjinak dengan susu Anmum untuk wanita mengandung. Kalau dulu sewaktu mengandungkan marissa adat meminum susu ni tak berapa suka tapi berbeza dengan sekarang yang amat menggemari susu tersebut. Kalau dulu suka minum susu perisa coklat berlainan dengan sekarang hanya suka susu berperisa susu sahaja. Anmum sesuai untuk ibu-ibu mengandung susu kurangg lemak. Ianya mengandungi nutri-Q plus EFA: precursor to DHA & AA, Hi-Folate, SA & GA.
pn-iena
Marissa bersama Spongebob Squarepants yang dibelinya semasa meronda di KB Mall kelantan, sambil menikmati Almond london & kuih Makmur. Paling dia suka Almond london tu lah, rasa coklat kan, biasalah budak-budak. Cuma badam dia tu jer marissa ketepikan tak suka makan. Harganya RM10 jer setiap satu jenis. Cuma yang ni dah pun dicampur masa nak bawak balik hari tu. Rasanya memang sedap, cuma nampak kurus tak montel dan gebus. Nampak gayanya memang perabis untuk makan sendiri saja ler.

pn-iena
"Tak nak! tak nak!"

"Jomlah marissa kita bergambar.."

Marissa yang tengah badmood waktu tu memang tak nak bergambar. Kebiasaanya kalau bab bergambar ni memang serah pada marissa sajalah. Entah kenapa di pagi raya tu moody pulak si marissa ni. Mesti gara-gara tidur lewat sebab bermain sakan dengan cousin dia si fatihah tu. Mereka berdua memang berkepit saja siang malam, like twins. Walapun umur sebaya namun size tak sama jauh beza macam langit dan bumi. Kekadang diorang ni suka main gusti perut, hah nak tau macam mana caranya? berlaga perut masing-masing, badan kecik juga yang terpelanting. Itu pun tak serik-serik masih nak main juga. Dipendekkan cerita hari tu memang serba serbi tak kena, nak bergambar punyalah main susah, muka monyok saja. Terpaksa ambik saja sebagai tanda kenangan.
Cuba tengok gambar ni, ni lah rupa marissa yang tengah lepaskan geram. Siap cubit ayah dia dengan sekuat hati. Nasib baik ayah dia bersabar, maklumlah raya eheh. Lepas tu tengok bekas cengkaman keras marissa tu merah gila. Tak padan kecik tapi kalau dah geram macam-macam boleh terjadi.

"grrrrr"

"Adoi! sakitlah.."

Ini lah akibatnya kalau gelakkan dia. Memang cepat panas hati marissa ni. Dia ingat kita ketawakan dia sebab dia buat silap kot, tu yang malu sangat kot.
pn-iena

Tahun ni kami bertiga, yg ke-4 tido kat dlm ni, menyorok ;) eheh. Insya'allah tahun depan kami berempat leh ambil gambar sebagai kenangan. Tak sabar rasanya menunggu saat bahgia tu.

Tahun 2007 kami sekeluarga beraya di kelantan. Sebelum beberapa hari raya aidilfitri menjelang kami telah pulang ke johor terlebih dahulu di bulan puasa. Insya'allah raya haji tahun ni kami di johor. Niat di hati nak beraya di johor cuma saat ni rasa tak larat pula.

Sambutan raya aidilfitri tahun ni sangat meriah. Ramai sanak saudara berkunjung,dan ramai yg buat rumah terbuka. Duit raya marissa pun boleh tahan. Bolehlah buat tambah untuk gelang tangan baru dia nanti.
pn-iena

pn-iena
Birthday Myspace Graphics
~11 Oct 04 05 06 07~
Mommy & Ayah LOVE u So Much!!
pn-iena

babies
11 oct ni umur marissa genap 3 tahun. Wah nak dapat adik suka benar dia. Hari2 dok cakap ngan baby dia ni. Alhamdulillah harap tiada cemburu antara mereka berdua. Dah jadi kakak dah marissa ni...tukar panggilan..kakak. Alhamdulillah pandai berdikari sangat2 sekarang ni, memang menyenangkan hati.

pn-iena

having a baby

Syukur alhamdulillah..akhirnya Allah bagi rezeki kami sekeluarga di bulan yang mulia ni. Semoga dengan kehadirannya akan membawa kebahgiaan dan rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah ada lah teman marissa untuk bermain nanti. Kami tunggu kelahirannmu tahun 2008 nanti...dua date maybe 3 mei.


pn-iena
Syukur Alhamdulillah hari pertama bersahur sekeluarga. Lebih kurang pukul 4:30am kami dikejutkan deringan telephone sambung menyambung tanpa henti. Gagahkan diri mengangkatnya, lalu terdengarlah suara family di JB. Erk! awalnya diorang bersahur. Setengah jam kemudian deringan ringtone hubby pula berbunyi, digagahinya utk menjawab, lalu kedengaran suara family di KB. Pun dah lepas bersahur.
Hari ni simple saja nasi ada nestum ada, makan ala kadar saja untuk alas perut. Teh panas menjadi pilihan utk hari ini. Menu marissa nasi + telur goreng, hanya jamah sikit saja. Mulutnya saja yang becok, cergas dan bersungguh nak bersahur. Dari umur setahun marissa dah belajar bersahur. Tak ada paksaan dengan relaan semata-mata. Memang dia terjaga sendiri, kalau tidak susah nak kejutkan, ataupun dia menangis tak cukup tidur. Lepas tu baca doa puasa sama2 dgn marissa, sambil menadah tangan dan amin. Terpancar jelas ceria di wajah marissa.
Hari ni badan tak sihatlah, tak larat rasanya nak masak untuk berbuka puasa. Insya'allah akan digagahi diri ini untuk buat sedaya upaya. Kalau tak pi pasar ramadan saja lah yer jawabnya. Mesti hubby kata mengada-ngada.. huk huk huk betul lah tak sihat...
pn-iena

pn-iena
Balik dari makan seafood singgah jetty sebentar. Dari sini boleh beli tiket naik bot untuk tengok kelip-kelip @ kunang-kunang tp tak larat dah kekeyangan. Lagipun marissa mengantuk.

pn-iena

Isikan masa cuti di Palace Of Golden Horses 2 hari 1 malam, 2 bilik. Dinner & sambut birthday hubby.

Sebelah siang sebelum check in di palace bawa marissa ke Mines Cruise. Memang seronok sangat. Cuma marissa dia seram sikit nak naik bot ni. Gayat agaknya.
pn-iena

Air terjun memang sejuk sangat, paling seronok bila berendam lah..

pn-iena

Aksi-aksi marissa di pantai sepat...
pn-iena


Detik-detik indah sewaktu melawat binatang kesayangannya di Zoo.

Beruang ni dirakam sewaktu kami sekeluarga melawat Mini Zoo Taman Teruntum, Pahang. Ini kali kedua kami membawa marissa ke sini.
pn-iena
Bapa sepatutnya kena wujud suasana mesra supaya remaja tidak takut luahkan segala permasalahan
INTI PATI
Tanggungjawab bapa
  • Bapa perlu melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga supaya tidak hanyut dalam arus kehidupan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
  • Bapa patut wujudkan suasana mesra dengan anak sejak kecil lagi, bertanya khabar dan perkembangan anak supaya ruang perhubungan sentiasa terbuka antara anak dengan bapa.
  • Bapa yang prihatin akan sentiasa menjadikan pendidikan anak suatu keutamaan. Anak perlu didedahkan dengan contoh cemerlang seperti ulama dan orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
  • Anak perlu didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama serta budaya memberi dan menjawab salam. Anak akan mengikut asuhan solat sebagai cara mengajar dirinya menghargai masa
  • Tanggungjawab bapa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, termasuk penghayatan agama, keibubapaan selari dengan peredaran zaman untuk memimpin keluarga mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
  • Anak lelaki yang mendapat teladan baik daripada bapanya akan membesar menjadi lelaki berperibadi seimbang dan bakal menjadi suami yang baik serta mendoakan kedua ibu bapanya.

Penulis ialah Pegawai Penyelidik Pusat Syariah Undang-undang dan Sains Politik, Ikim

(sumber*Oleh Mastura Mohd Zain bhrian)

pn-iena
Semalam kami meluangkan masa berkunjung ke Palace Of The Golden Horses Hotel. Tempat lokasinya ialah di Seri Kembangan. Kami ke sana setelah mendapat undangan dari pihak hotel tersebut. Keadaan di sana memang terpikau dan memukau, maklumlah tempat persingahan celebrities dan orang kenamaan. Letih dan sangat penat meronda satu kawasan hotel tu, boleh lah dikatakan melawat sambil berlajar. Untuk jadi membership boleh join Palace Vacation Club byk tempat menarik untuk berholiday dan macam2 aktiviti disediakan. Alkisah Marissa! Pertama ketika marissa duduk di atas kerusi tiba2 saja terjongkong ke bawah dengan keadaan kaki sebelah terangkat. Nasib baik takder apa2, cuma bahagian mulut ada calar merah sikit, mungkin terkena meja sewaktu kejadian tu berlaku. Memang terkejut sebab tak menjangka akan berlaku macam tu. Cepat2 ayah dia angkat dukung pelok kuat2, tapi tiba2 marissa berlari ke arah pintu dan menjerit dengan sekuat hatinya. Sampaikan semua tetamu yang berada di situ terkejut besar. Dengan sepantas kilatnya terpaksalah bawa marissa pergi dari situ untuk menenangkan hatinya. Agaknya kenapa dia berperangai sedemikian? Hanya satu sebab iaitu 'malu'.
Kedua perkara serupa hampir terjadi apabila tiba2 salah seorang staff di situ menarik kerusi marissa yg sedang leka melukis sambil bersenggayut di meja dengan keadaan kakinya di tengah kerusi ketika itu. Dan membuatkan kakinya dihujung kerusi. Memang agak pelik dan kelakar, persoalan yang bermain di fikiran ketika tu, "kenapa tak nampak?"
pn-iena
Malam tadi kebetulan kami tidur lewat, termasuklah si kecik tu sekali. Masing2 ada aktiviti sendiri. Kebetulan baru saja nak terlena terdengar suara bercakap "cari handphone tak jumpa tadi" pastu dengar sambungan lagi "jumpa kat dlm bakul belakang basikal" tengok2 si ayah dok sengeh2. Terpaksa dia call berkali2 cari punca bunyi tu kat mana, akhirnya jumpa kat dlm bakul basikal marissa. Siapa punya kerja kalau tak si kecik ni. Tergelak gak sekejap, pastu teringat beberapa hari lepas pun ada terkena perkara yang sama. Dok puas cari handphone hambo ni tak jumpa. Try call gak dengar samar2 bunyi tu.. kebetulan bateri pun lemah, nasib baik nampak cahaya dr bakul basikal tu. Lepas ni kalau kehilangan brg kena check kat situ dulu. Macam2 khazanah dia simpan kat situ.