Susu Dugro 1 plus utk 1-3 tahun berperisa madu, menjadi pilihan marissa untuk cuba berjinak semula dalam dunia meminum susu. Dah lama marissa meninggalkan bidang meminum susunya sejak berumur setahun lebih. Sekarang umurnya telah mencecah 3 tahun. Selama ni pun kami banyak kali mencuba pelbagai jenis susu, namun semuanya sia-sia belaka. Susu Dugro (dumex) menjadi target utama marissa pun disebabkan pengaruh iklan yang disiarkan setiap hari di station tv3. Hanya dengan kata-kata "Pandai mama pilih dugro" membuatkan marissa berminat untuk mencuba keenakkan susu tersebut. Setiap hari marissa hanya mengambil satu sudu susu untuk untuk diminumnya menggunakan cawan dan menghirup melalui sudu plastik bubur MCdonald. Walaupun hanya satu sudu nampak gayanya susu tersebut masih tak dapat dihabiskan. Ianya mengandungi Maxi-Q sytem of nutrients DHA & AA. Iaitu Zat besi, SA, taurina, Inulin, Omega 3 & 6.
Berlainan pula dengan mommy marissa, yang kini pun sedang berjinak dengan susu Anmum untuk wanita mengandung. Kalau dulu sewaktu mengandungkan marissa adat meminum susu ni tak berapa suka tapi berbeza dengan sekarang yang amat menggemari susu tersebut. Kalau dulu suka minum susu perisa coklat berlainan dengan sekarang hanya suka susu berperisa susu sahaja. Anmum sesuai untuk ibu-ibu mengandung susu kurangg lemak. Ianya mengandungi nutri-Q plus EFA: precursor to DHA & AA, Hi-Folate, SA & GA.