pn-iena



Huh! nakalnya Marissa di tesco malam tadi. Tak boleh nak bergerak pantas ada saja tempat persinggahan dia untuk cuci mata dia tu dengan permainan-permainan yang tersergam gah di rak-rak yg tersedia ada. Kami sebagai ibubapanya hanya mampu melihat tingkahlaku dan gelagat marissa yang macam2 tu. Sangat-sangat nakal tak nak dipimpin nak jalan sendiri melainkan belikan dia sesuatu baru dia duduk sebentar di troli sambil membelek barang apa yg dimiliki. Suka Marissa ayah dia belikan buku untuk colouring dan telah pun dirasmikan malam tadi di rumah bila dia tak sabar-sabar nak mengala. Akhirnya inilah hasilnya..


Teknik2 mengala..


Gambar baru jer ambik tadi ni, so bila buat demo semula dah jadi lain lak cara pegang kaler tu sampai dua batang, padahal malam tadi marissa guna sebatang jer tiap kali menukar warna2 pilihan hatinya..
pn-iena
Ayat Quran bersulam, satu-satunya di dunia

LAHORE: Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan, ditulis dengan tangan atas pelbagai jenis bahan, dan kualitinya meningkat dari generasi ke generasi.
Ayat-ayat al-Quran yang disulam membentuk satu teks al-Quran yang dipamerkan di Badshahi menjadi daya tarikan pengunjung. (foto Bernama)
~sumber: mstar.com.my~
pn-iena


Mou daijoubu shinpai nai to nakisou na watashi no soba de
itsumo kawaranai egao de sasayaite kureta
mada mada mada yareru yo datte itsu demo kagayaiteru
toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best FriendKonna ni takusan no shiawase kanjiru toki wa shunkan de
koko ni iru subete no nakama kara saikou no purezento
mada mada mada yareru yo datte itsu demo minna soba ni iru
kitto ima koko de yari togerareru koto sonna koto mo chikara ni kawaru
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
minna no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best FriendToki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai
zutto mimamotte iru karatte egao de
itsumo no you ni dakishimeta
anata no egao ni nando tasukerareta darou
arigatou arigatou Best FriendZutto zutto zutto Best Friend


I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry
You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best FriendThese plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength (change to strength)
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best FriendThings that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best FriendAlways always always my Best Friend

pn-iena



Image hosted at bigoo images


pn-iena
Habis lah marissa dok kerjakan bedak dia tu, habis carpet mommy dia. Nak buat macam mana tengah nakal yang teramat ni. Tepek jer lah kat sini biar besar nanti dia tengok sendiri :) Huhuhuhu..


pn-iena
Sukanya marissa dpt doraemon... "i love doraemon.. thanks ayah"! Balik dr keje tadi ayah dia bg..tersenyum lebar marissa..happy lah tu.. dia minat tang gambar doraemon jer.. hahaha setakat biskut tak ada pun tak per.. tak moh!
pn-iena
pn-iena
Kelakar tengok Marissa pakai baju dia utk dijadikan tudung. Patutlah dia dok senyap jer,sekali tengok2 dia dah siap ngan projek dia, huh ada2 jer lah marissa ni. Macam mana agaknya budak sekecik ini boleh dapat idea cam tu? Erm memang xterpikir langsung. Pandai pulak dia mengayakannya sambil memeluk handabag hitam dia tu. Bag tu ler yg marissa gunakan untuk menyimpan segala khazanah dia termasuk hset hijau kesayangannya tu.





pn-iena


Bahan2nya: Bawang merah&putih&goreng, ayam, sayur campur + kacang panjang, kicap, sos cili, kiub sup tulang, daun sup, tomato & timun.
pn-iena



Favorite ayah marissa ni..termasuklah anak kesayngan dia marisa ni... Sedap rasa dia tak pekat.. cuba lah beli pasti nak lagi.. ehehee 2 kotak sekali beli tu..
pn-iena

Diam tak diam dah besar marissa ni. Kejam celik kejam celik tak lama lagi umur mencecah 3 tahun bulan october ni. Tup tup berangan nak jadi model lak tu. Ambik gambar dia siap berposing2 tu.. tiap kali nak klik dia pi tunju idung lah pipi lah..waduh pandai bergaya betul lah anak bertuah ni.. cuba teka apa melekat kat hidung marissa tu... tu lah dok makan biskut cream pun melekat kat hidung.. dulu ada gak gambr marissa lebih kurang gini...ni dia..ehehe sama tak?
pn-iena
"Suka Marissa ayah dia belikan kaler pensil untuk dia mewarna.Setakat dia guna untuk menconteng-conteng kat buku tu dulu, weekend ni nak beli buku mewarna pulak, bolehlah marissa mengasah bakat dia nanti. Hari2 dok mewarna xder perasaan jemu langsung! nak tdo pun peluk kaler pensil.. marissa marissa nakal sekarang ni, garang pulak tu.. tak padan kecik!.."


pn-iena

pn-iena



First time marissa pakai baju sendiri ni. Mommy dia dok sarongkan jer dulu pastu pi ke lain jap, tengok2 dia dah siap pakai. Fullamak seksi2 jadi lain lak cara pemakaian dia marissa buat. Kreatif betul lah anak mommy ni..ehheee...boleh lah utk kali pertama..lain kali cuba lagi.. chaiYo!!..



chak!..
pn-iena
Web 2.0 ... The Machine is Us/ing Us


Re: Web 2.0 ... The Machine is Us/ing Us
pn-iena



Beruntungnya tuan punya badan dapat merakam saat-saat indah melawat Akashi Kaikyo National Government Park ni. Entah bila ada peluang untuk melihat sendiri keindahan musim bunga tulip di japan. Insya'allah dan doakanlah agar kami sekeluarga dapat bersama untuk merasa sendiri kenikmatannya. Terima kasih orang kobe kerana sudi berkongsi melalui gambar-gambar ini. Kalau marissa ni habislah bunga tulip ni kena petik. Di rumah ni ada juga gambar kenangan hubby masa zaman dia bertapa kat japan dulu dikelilingi bunga-bungaan.

pn-iena


Ni gambar terkini marissa hari ni, tengok dia syok jer tidur apa lagi ambik jer lah. Nampak letih benor, penat bermain agaknya. Hari ni mommy dia masakkan bubur daging semalam bubur ayam. Yang lukisan tu beberapa hari yg lepas time tu ayah nye sibuk buat keje depan laptop, mommy dia lak dok layan marissa sama2 melukis ntah apa2. Yang kura2 tu saja jer jadi model ahaks!.. lama dah tu marissa simpan sejak kecik lagi..kaki sebelah pun dah tempang. Alah mainan free tukar point kad jusco tu kan.. free ker?

pn-iena
Gila-gila pizza...hah ni dia pizza dtg lagi dah.. sanggup jadi mesin uli suami dan anakku. Huh kali ni terus buat dua biji pizza.. sambung terus hingga ke malam. Tanya hubby nak pizza ke? tanya marissa nak pizza tak? dua2 dok angguk2 senyum simpul yer lah tu suka!.. Wokay ni dah kali kedua buat... try buat topping dia lain lah pulak, kali ni tambahkan lada bergala hijau tu then terung jer.. kira permakanan seimbang lah tu kan. Uhuh!.. biasalah seperti biasa buat apa yg ada di dapur tak yah nak susah2 kan diri mari kita menyenangkan diri, janji beres.
Wokay lah ekk walaupun rupanya mu tidak menawan.. namun rasamu tetap menjadi pujaan hati ku.. makan panas2 fuh! hot hot hot!!.. dah dah stop buat pizza..sambung lain tahun pulaks..ahaks! igt slogan ni "tingkatkan prestasi, jaga kesihatan..". Stock bahan pizza pun dah habis... Mozzarella last dah tabur kat pizza tu kena bhg dua so skit2 ler tabur..kalau letak banyak lagi khaw khaw bau dia..
pn-iena
Tak habis lagi baca buku ni.. asyik tergendala jer. Bila nak sambung baca kena start semula dr awal tak tau kenapa kusut nak pikir. Buku ni hubby yang punya time zaman study kot. Nak ikutkan hati sehari jer leh abiskan tu kalau novel hehehee, tapi kalau buku yag cam gini kena byk berfikir berat lah nak abis cepat. Insya'allah kalau ada rezeki boleh abiskan tu, biar lambat asal betul2 paham! Banyak faedah baca buku jenis gini..cuma manusia ni malas nak berfikir, berdenyut2 rasanya kepala ni gara2 nak berfikir..huh!
pn-iena
Date picture taken : 2/17/2006 11:02 AM
~>Lama dah simpan terlupa pula nak tepek kat blog ni.. ;)




pn-iena
Alhamdulillah..PizzaHot! sempoi jer ni. First time buat pizza perisa sos pizza daging hancur(pandai2 sendiri jer). Nak buat sos pizza..tumis bwg merah putih then masukkan daging hancur then campak tomato, sos tomato,sos cili skit..jadi lah sos bila dia dah pekat skit.
Tambahkan sosej ngan tuna mayones pedas (dlm tin) tu ek utk topping pizza. Agak2 nak masak tu taburkan mozarella ikut suka nak letak byk mana pun.. Ni buat ikut bahan yg ada kat dapur jer, nak sedap lagi tambah lah bhn2 biasa org buat pizza tu..cth lada bergala hijau merah, nenas dan yg sewaktu dengannya lah.. Yang penting menjadi dan sedap di makan.. hot hot hot!!..
opss utk buat kulit pizza campurkan tepung yis garam castor gaul sebati the campak air minyak kemudian gaulkan hingga sebati menjadi doh. Uli hingga licin dan elastic perap 1-2 jam then barulah buat kulit pizza tu. Senang citer nk resepi pizza search lah mesti jumpa..chaiyo!
pn-iena
pn-iena
Sekarang ni marissa cuba berjinak-jinak memaksa diri untuk minum susu 'dutch lady 1 2 3 berperisa coklat' setelah sekian lamanya tak minum susu seperti kanak-kanak sebaya dia. Ianya mengandungi 'DHA SA & AA '. Nampaknya marissa sekadar jamah sedikit saja. Berbagai cara sudah dicuba untuk menambat selera dia tapi semuanya hampa. Try gak masukkan susu ke dalam bekas yg ada straw, kemudian campurkan dgn air sejuk & ais sekali. Tetapi marissa minum untuk beberapa kali sedut saja, lepas tu dia campak jauh-jauh. Tak tau apa sebabnya kadangkala selepas minum susu dia akan terasa hendak muntah. Berlainan pula dengan nestum 'nesVita' ni. Ianya berperisa madu telah berjaya menambat hari marissa. Pada mulanya mmg tak perasan yang dia menyukainya. Kebetulan dia ternampak 1 peket kecil nesVista ni, kemudian terus meminta supaya membancuhnya. Hah dengan tak disangka-sangka dan diduga marissa telah menghabiskan nestum satu cawan besar. Alangkah gembiranya hati aku ketika itu. Kemudian dia meminta lagi dan lagi... Sebenarnya baru semalam dia start minum nesVista ni.. tapi dah beberapa kali dia request sejak semalam tu. Before tidur pun dia minum lagi.
~gambar terkini pagi tadi sedang minum 'nesVista' ~
pn-iena
Another opportunity to win a FREE make over by Eric

To all friends and fans,

It was highly appreciated that all of you made the effort to join the "Deko Bersama Eric" audition at 1 Utama last Saturday and Sunday. Noted that not all of you had the chance for the audition because there was a limit to the number of people Eric could audition in a day. For your information there was approximately 6,500 people turning up for the entire 2 days of the audition.

Due to the overwhelming response, we are giving you another opportunity to win a FREE make over by Eric on "Deko Bersama Eric". All you have to do is be a ONECARD member with 1 Utama and submit your Deko Bersama Eric entry forms to 1 Utama's Customer Service Centre, Ground Floor, HighStreet. Please remember to attach a picture of the area that requires the makeover.

click here to obtain the entry forms.

For more information, please visit
http://www.ericleong.com.my/

Note: Submissions of the forms are from 1st April to 10th April 2007.

pn-iena

klik sini untuk mendapatkan resepi 'telur masak gurih'. Rasanya tak pedas lebih kurang macam masak lemak kuning tapi ada lagi bahan-bahan tambahan dia seperti daun limau purut, serai, asam dan ketumbar. Alhamdulillah memang kena dengan selera marissa maklumlah tak pedas. Lama tak makan telur puyuh hilang dah segala rindu bila pekana masak gurih ni. Cubalah pasti hendak lagi.

pn-iena

Distance

Being of close has nothing to do with distance,

It has everything to do with the heart,

We're never really far apart, You and I,

for we are kindred spirits and have enough,

memories to last for the rest of our lives...

pn-iena
Nasi lemak + sambal petai udang + ayam goreng (time rajin buat ayam goreng berempah) berselera makan panas-panas.... ikut selera tekak masing-masing lah yer..tepuk dada tanya selera
pn-iena

Chak!! Gambar-gambar ni semua ditangkap oleh marissa sendiri. Sejak beberapa hari ni dia kerap mengambil gambar. Pantang nampak kamera digital ayah dia cepat jer dia ambik. Paling best tengok gambar yang naik juling biji mata tu, eheh dekat sangat tengok kamera tu sayang. Eheh saja jer simpan gambar2 ni untuk tanda kenang-kenangan. Sekarang ni umur marissa mencecah 2 tahun 5 bulan 2 minggu 6 hari. Hmmm semakin nakal nampaknya dia sekarang ni. Setiap hari ada jer benda baru yang dibuatnya.
Alhamdulillah sekarang ni aku sedang melatih marissa supaya membuang air besar di toilet. Kebetulan setiap kali nak membuang dia mesti bagi tau, kadang-kadang tu baru jer nak kuar tuttt...kadang2 mmg dah penuh pun dlm drypers dia tu (*senyum). Sudah pandai tanggalkan seluar sendiri dah, setiap kali nak masuk toilet memang suruh dia tanggalkan sendiri, siap nak terjatuh nasib baik pandai seimbangkan diri selamatlah dari tertumbang.
Marissa ni time kerajinan dia ditahap gaban mulalah dia melipat kain baju dia sendiri kadang2 tu mommy ngan ayah dia punya baju pun dia tolong lipatkan sekali tengok macam roti peratah (*aku tergelak weh). Segala hset duit seringgit kertas2 dan apa sahaja barang kepunyaan dia yang boleh disumbat ke dalam beg kecik hitam dia akan terus sumbat. Ayat biasa marissa dok mintak duit " Singgit..singgit ..singgit.." tu jer lah dia kenal wang kertas seringgit jer. Bagi duit lain dia tak mahu..ishk pelik betul lah.
pn-iena

Anak kesayangan kami 'Marissa' kini sudah mengenali siapa itu Mr Bean. Setiap kali terlihat gambar Mr bean di mana saja samada di tv atau papan iklan di jalan raya pasti dia menegurnya. Ayat yang dia suka sebut bila terjumpa mr bean, "Mommy mommy al(mr) beannnn. Ayah ayah al(mr) beannnn. tu tu tu al(mr) beann..bean bean..bye bye.."

Nampaknya bertambah lagilah rancangan favorites marissa. Suka sangat dia tengok mr bean sanggup duduk senyap dok tengok cerita mr bean. Kartun mr bean pun dia suka tengok. So sekarang ni dia asyik igt mr bean mr bean.
pn-iena

pn-iena
pn-iena

Gambr zaman marissa kecik2, ni kat swimming pool hotel ker resort lupa lah, kira dekatlah dengan airport senai,waktu ni sepupu marissa menginap di situ, bercuti. Kebetulan kitaorg balik JB, so jengah sekejap kat situ sambil tu dapat lah marissa join mandi sekali...

Alah ni gambr marissa masa kecik2 suka lah dok dlm troli, bila dah besar sekarang ni asyik nak jalan sendiri. Masuk jer menjerit minta keluar, melainkan belikan dia apa2 lah roti ker kentang ker, apa saja yg boleh buat dia duduk diam makan dlm troli tu, kenyang makan kuar semula..bayar weh jangan buat2 lupa lak..

pn-iena








Oleh kerana kami sudah kelaparan,balik dari membeli-belah barang dapur di tesco, terus pi drive thru McD beli apa yang patut seperti yang tertera pada gambar2 tersebut. Disebabkan kereta ada pelekat VIG maka dapat free aiskrim McFlurry sorry gambar tak sempat nak tangkap dlm peti air sebab dok cair. Kentang pun nampak rongak2 pasal dok bedal masa dlm perjalanan pulang tadi.


Marissa mcm biasa lah kalau McD dia lebih selera makan Bubur Ayam McD. Cara dia makan buang dulu isi perut dlm bubur tu kecuali ayam, kemudian kacau2, rasa sikit guna sudu, agak2 suam2 kuku angkat mangkuk tadi kemudian hirup kuah bubur ayam tadi sampai licin, pastu baru makan nasi buburnya. Tiru gaya siapa agaknya... ishk ishk ishk!..
Biasanya kalau beli apple pai marissa makan 2 ketul sorang, tapi lebih byk makan isinya dari kulitnya.. HoOHHoooHoo itu lah marissa..
pn-iena
Bahan-bahan membuat laksam:
2 cawan tepung beras 4 cawan air 1/2 sudu kecil air kapur 2 sudu kecil tepung ubi secubit garam

Cara menyediakan:
Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit. Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk dalam pengukus. Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak (adunan akan terangkat menggelembung bila masak) Angkat dan gulung kemas-kemas. Buat hingga selesai semuanya. Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah ke atasnya secukup rata apabila dihidangkan.

Bahan untuk kuah:
4 ekor ikan kembung/selayang 1 sudu makan lada hitam 5 ulas bawang merah 1 biji kepala parut diambil santannya 2 keping asam gelugur sedikit garam

Cara membuat kuah:
Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak. Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat. Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga lumat. Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa. Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan untuk ulam:
Daun kesum secukupnya dimayang halus Kacang panjang secukupnya dimayang Timun dimayang Daun selasih/kemangi dimayang
ps: Pssst akhirnya terjumpa resepi laksam ni dr blog k.lynn..kebiasaanya kalau balik kelantan jer boleh dikatakan mesti beli original made in kelantan eheh ;) nak buat tak tau. Insya'allah nak cuba buat sendiri..terliur dah ni..
pn-iena

pn-iena
Disiplin buat simpanan tetap tiap bulan, guna sistem sampul surat strategi penting untuk rancang kewangan, perbelanjaan.
MENABUNG: Pelaburan bijak serta mengikut syariah pastikan pendapatan diperoleh mendapat keberkatan.
"Merancang kewangan keluarga perlu dibuat dari awal dan bukan apabila sudah ada masalah timbul, baru hendak berbuat demikian. Sebaik-baiknya, wang yang ada perlu dilaburkan mengikut syariat dibenarkan Islam dan diuruskan dengan baik supaya kita berterusan mempunyai kuasa beli dan wang atau kekayaan dimiliki akan terus bertambah"
"Dalam kita mengejar kekayaan dan harta benda di dunia, jangan lupa tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Allah menyeru bahawa setiap harta diperoleh ada bahagian yang perlu dikongsikan iaitu perlu dibayar zakat dan diagihkan kepada memerlukan. Mengeluarkan zakat bukan saja menyucikan harta yang dimiliki, tetapi mengikis perasaan tamak dan mementingkan diri sendiri" kata Rohani Muhd shahir, Pengerusi Eksekutif Hijrah, Strategic Advisory.
FAKTA:
Elemen utama pengurusan harta secara Islam:
Berusaha mencari harta kekayaan.
Mengumpul harta kekayaan.
Melindungi harta kekayaan dengan cara menyimpan dan melabur.
Mengagihkan harta kekayaan ke jalan yang diredai Allah..
Membersihkan harta kekayaan melalui pembayaran zakat.
Strategi perancangan kewangan Islam:
Perbelanjaan pendapatan
Pengurusan hutang
Pensucian harta
Perlindungan
Pelaburan
Persaraan
Pengagihan harta

(**sumber bharian)
pn-iena
Marissa balik ke JB semata-mata hendak melawat nenek kesayangannya yang terpaksa di masukan ke wad di Hospital Tun Aminah disebabkan kesihatannya yang terganggu buat masa ini. Sementara menungu waktu melawat seterusnya, inilah aktiviti marissa di 'Danga Bay' sambil menghirup udara yang segar yg juga dulu dikenali sebagai 'pantai lido'.
pn-iena

Habis dah drama ni, last sekali anak dia kena study gak kat dunia ahli sihir. wife dia terpaksa ikut anak dia. Tinggallah husband dia bertemankn MIL yg garang tu.. 2th jer kena tunggu xlama tu..

Cerita terkini drama korea, dulu dah pernah main gak kat tv, xper lah..layanz..tgk gak.setiap hari kul 3pm kecuali wekeend lah..

MaGic in youR Eyes

Lyrics: Tommy february

Romaji & English translation by: cori february2

Come on darlin' close your eyeskon'ya no yozora mo sutekiNow I'm fallin' love!koi no yokan "MaGic in youR Eyes" The night sky tonight is also wonderful A premonition of love "MaGic in youR Eyes" (Darlin'! If you're my boyfriend...) x4

Yeah we're walkin' down the street SHOPPU BAKKU kakaete SHOU UINDOU ni utsuru shuumatsu no watashitachi! Hold my shopping bag On the weekend, we're reflected in the windows of the shops

futari no deai wa suu shuukan mae no gogo kata to kata ga furetara kanjita no DESUTINI- Our encounter was a few weeks ago in the afternoon When our shoulders touched, it felt like destiny

* You! You! Only you! mata aeru no? koi no BERU narashite My darlin' call me any time... (...you want to!) Can we meet again? Ring the bell of love

Come on darlin' close your eyes kossori NO-TO ni kaitaNow I'm fallin' love! anata shika mienai I secretly write on my notebook I can see nothing but you

Oh my darlin' take my hand HA-TO ni furetarakiken! Can't stop fallin' love! mitsumenaide "MaGic in youR Eyes" When you touched my heart, it was dangerous--can't stop fallin' love! Don't stare [at me with the] "MaGic in youR Eyes" (Darlin'! If you're my boyfriend...) x2

yozora no DORAIVU KURASHIKKU KA- ni nottehikaru machi wo miorosu ryuusenkei egaite A drive in a classic car in the night sky I visualize the streamline overlooking the shining town

joshuseki de inoru onegai toki wo tometemou sukoshi kono mama de isasete kudasai In the passenger seat, I pray--please stop time Please let us stay like this a little longer

Please! please! Hold me tight! yume ja nai nara ai no uta kikaseteMy darlin' call my name & kiss me (I want you!) If it's not a dream, read me a love poem

** Let's go! darlin' close your eyes PINKU no GURASU ni utsusuSparklin' stars with you Jewel na sora no shita Reflected in the pink glass sparklin' stars with you under the jeweled sky

*** Oh my darlin' take my hand kirameku seiza ni mahou wo kaketaranukedasenai "MaGic in youR Eyes" If I bewitch the twinkling constellation the "MaGic in youR Eyes" can't slip away (Darlin'!If you're my boyfriend...) x2

* repeat

Come on darlin' close your eyes yozora no NO-TO ni kaitaNow I'm fallin' love! anata shika mienai I wrote on the notebook of the night sky I can see no one but you

Oh my darlin' take my hand HA-TO ga furuetekiken! Can't stop fallin' love! hitomi ni hoshi... in your eyes yeah My heart trembles, it's dangerous! Can't stop fallin' love! The stars in your eyes... in your eyes yeah

** repeat

*** repeat

pn-iena
Indeks Jisim Badan:
Ukuran BMICara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau:Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]
Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:23 x tinggi (meter) x tinggi (meter) Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka : Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.
Mengukur ukur lilit pinggang. Ukur lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) dan lelaki pula antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci).
Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki.
Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.

Cara berpantang masyarakat Melayu:
Urutan - bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.
Bertungku - bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.
Bertangas - bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.
Berbengkung - perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.
Mandi rempah ratus - bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.
Memakai param dan pilis - bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.
Minum jamu - bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.


Elakkan:
Keluar rumah
Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan
Makan dan minum berlebihan
Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit
Terdedah kepada cuaca sejuk
(*sumber: bharian.com)
pn-iena
Aktiviti sukan lasak marissa di rumah ialah menunggang motosikal police yg dibelikan oleh nenek dan atok kesayangannya tak lama dulu. Alhamdulillah pandai mengawal motor dia dah sekarang ni, kalau dulu asyik nak langgar dinding jer. Button utk undur ke depan pun dia tau guna, itu pun kena bg tau dia dulu lah, camner nak ke depan undur.
Mengelikan hati mommy!
Ni cerita lain lak pasal marissa. First time semasa mendengar marissa manyampuk, apabila jiran india bercakap atau berborak di belakang rumah aku ni, gelak besar aku waktu tu. Kalau lantang suara india tu maka lantang lah suara dia menyaut!. kalau lembut suara india tu maka lembut lah dia menyampuk!. Adakalanya dia seakan-akan meniru cara percakapan india tu, lagi lah aku nak tergelak. Biasanya jiran india ni suka memekik-mekik memanggil anak2 dia, marissa lak dok manyaut, 'ya!, hah?'. Camner tu?Sampai sekarang ni masih lagi berperangai mcm tu..huh ntah lah nak buat macam mana yer, takut gak jiran india terasa hati. eheh
pn-iena
pagi wajib naik kereta ayah dia.. pastu calling2 ayah dia..


aktiviti harian biasa lah dok main dgn toys dia..
pn-iena
Waduh gamat ni, mcm mana nak menjawab kat tuan umah nanti. Boleh pulak dia dok gasak menconteng dinding umah ni. Aku lak tak perasan bila masa dia dok conteng. Patut senyap jer, sunyi sepi rupa2nya ada projek besar. Itu lah marissa si nakal yang pintar. Mana dia dpt pen utk conteng dinding tu, rupanya dia ambil kerusi kecik dia tu then berdiri atas tu ambil dalam tempat berisi pen2 ayahnya.
Yang picture tapak tangan tu, ayah marissa saja photostat, kebetulan marissa dah pandai bilang jari jemari ayah dia satu persatu. 1-10 lah dia pandai. Satu persatu jari jemari ayah dia bengkokkan, yelah dok mengira. Mula2 satu-sepuluh, pastu one-ten. Setakat ni dia rajin mengira jari ayah dia dlm malay-english. okay lah lain kali kena kira dlm jepun-cina lak.
pn-iena

ps: klik pictures pastikan cursor tetap di situ..

pn-iena
babies



(fotoshoot today)


pn-iena
Your Japanese Name Is...

Misako Shimizu


Marina
Marissa

Your Japanese Name Is...

Mitsuko Suzuki


ps: Godeh-godeh dapat lah bender ni, saja suka-suka...entah betul ke tidak, layanzzz..bak kata melodi

pn-iena
Sekarang umur marissa dah hampir 3 tahun. Still single mingle lagi, cian dia tak ada kawan kat umah, harap mommy dia lah teman sepermainan. Nakal sesangat sekarang ni, susah nak kawal tingkah laku dia, geram pun ada, tapi time manja adui manja lah sangat, geram juga. Sekarang ni alhamdulillah dia dah start pot pet pot pet dok tiru jer orang bercakap, kita bercakap dia dok ulang ayat kita, ni pun geram juga. Tapi tak apa lah budak baru nak start lancar bercakap, asyik baby talk jer. Semua iklan dia dok hafal, tak kira dari segi perbuatan, percakapan dan bunyi-bunyian muzik @ lagu lah senang citer. Paling best dia suka tgk siaran tv3 time waktu berita kan ada kaji cuaca tu irama lagu dia marissa dok hafal dah, siap gubah lirik sendiri.
Time makan dia ikut mood juga, kalau okay dia makan sendiri guna tangan lah, time tak okay mommy dia kena suap lah. Makanan yg ala-ala pedas tu alhamdulillah dia boleh makan sekarang, so senang nak masak utk family, tak payah susah-susah nak asingkan. Perkataan yang sering dia sebut sekarang ni "jump jump jump" sambil melompat. Lagi 'embu(lembu)', 'bukak arrr', 'tidur', 'sakit', 'sayang', 'cantik nyer', 'baby', 'kucing/cat', 'ikan/fish', 'air', 'nasi', 'nak lagi', 'aiskimss', 'hujan', 'papa umi cik cu ayah mommy' dan byk lagi lah tak terdaya nak menaip eheh. Paling best dia reti sebut number 0-9 dlm bhs cina, dr mana dia belajar dr handphone aku tu (bila tekan no tu bunyi lah suara dlm languange cina).
Sekarang pandai dah main masak2. Tidurkan, pakaikan pampers, suap, cuci yak si baby(mickey) dia. Habis semua permainan dia bongkar berteraburan kat carpet dari bakul mainan dia. Siapa yg kena kemas mommy dia juga, tapi time rajin kita sih dia masukkan semula laju jer buat, time malas jgn harap dia buat tak tau jer. Wokay lah to be continue next time..
pn-iena




Gambar bento ni semuanya dipetik dari e-obento. Cutenya bento macam ni tak makan lah tengok jer pun dah kenyang, rajinnya nak mendesign. Ni kalau bagi Marissa sibuklah mulut dia bising tengok ada cat cute miut cam tu. Meow muah! kompem tak makan.

Memang sayang nak makan bento secantik ini, tapi kalau dah lapar terpaksa ngap jugak lah kan, bagi yg sanggup mengngap!. Kalau buat serupa binatang kesayangan macam ni mmg tak lalu aku nak makan, buat hiasan jer lah.

banyak lagi contoh bento, kalau teringin nak buat boleh cuba masuk kat e-obento ni, kompem byk idea bernas terjojol keluar nanti.

Kalau design macam ni okay lah nak makan, cuma yg arnab tu jer tak lalu lah nak makan. Apa2 pun semua terpulang kepada setiap individu tu macam mana nak design bento mereka. okay lah have a nice day! and tq terjumpa lak link bento ni.

pn-iena


Kepada teman2 shbt handai yang sibuk mencari ke mana menghilangnya aku pada FEB07 kompem nak tau sgt mana aku bertapa. Nak dijadikan cerita aku bertapa di Hospital Putrajaya selama seminggu lah before tu stay kat Hospital Medical Center Selangor utk ujian darah seketika itu aku kena posting ke HPutrajaya reasonnya tak cukup darah hp tu. Pelik tapi benar aku kena denggi, cukup lah tak nak masuk wad seksa nya masuk air sehari lebih kurang 5botol. Sehari 3kali ambik darah aku ni, lebam2 tangan aku dibuatnya. Before tu aku seram sejuk, sakit otot, sakit tulang belakang, sakit perut yang teramat, muntah2, fuh susut badan dibuatnya. Sempat gak gi klinik biasa igt kan demam kus kus biasa2 saja, doktor pesan 2 hari tak baik jugak kena buat ujian darah kat hospital kerajaan terus. Last2 pi klinik kerajaan kat situ lah ujian dilakukan then aku suspek denggi, glurp! betul ker macam mimpi.

Terpaksa berpisah dengan Marissa!
Hok alor malam tak dapat tdo asyik ingatkan baby aku ni bukan ayahnya yer! Serupa lah ngan baby aku ni malam terjaga cari mommy dia, dok menangis kesian ayahnya terpaksa bersengkang mata. Siang dapat lah kitaorang bersua, tiba malam terpisah kembali. Huh sedihnya bila berjauhan hanya tuhan jer tau.

Berehat di KB & Genting Highland!

Akhirnya setelah kuar dari wad hospital putrajaya (seminggu bertapa) aku trus naik flight ke KB (seminggu)bercuti di sana. Masa nak balik KL (naik kereta)tu singgah ke Genting
(1mlm 2 hari) sempat tdo di sana (hotel sri malaysia) kebetulan ada org tu meeting di sana, cuma tak sempat nak meronda atau merendek eheh. Hujan tiba2 lebat kat genting waktu tu, so kitaorang blah jer lah takkan nak naik atas gak. kat skyway kompemm ramai orang, almaklumlah hari weekend. Sejuk banget kat sana..dari hotel sri malaysia nak naik puncak genting (tmpt main2) lagi 8km naik kereta. Dengan hati tak best(sedih lah konon) pi blah KL.
pn-iena




pn-iena

The wife is a witch! But she likes humans and she loves her husband Arisa (Ryoko Yonekura) is fascinated by humans. So much so that she leaves the magic world. But the broom she uses is faulty and winds up in Japan. There she meets Joji Matsui (Taizo Harada) who works at an advertising agency. Joji has been assigned by his boss Ichio Suzuki (Naoto Takenaka) the difficult task of winning over Shiori Nomo (Asami Ishikawa) who is in charge of corporate communications at a client. However a little word from Arisa helps Joji win over Shiori and his agency gets the opportunity to pitch. Arisa and Joji fall in love and marry. Arisa swears never to use magic again as she and Joji begin their strange witch/human married life.However, Arisa's mother, Daria (Mari Natsuki) wants to take Arisa back to her world and uses magic to be a nuisance to the new couple. Arisa has to take care of Joji's boss Suzuki who s in all the time, the prying eyes of their neighbors (Manami Fuji & Shiro Maggy) and the interference of her witch mother.

Casts: Ryoko Yonekura, Taizo Harada, Naoto Takenaka, Asami Ishikawa, Mari Natsuki, Manami Fuji & Shiro Maggy
(dipetik dr 8tv)
Schedule
4:00pm
Japanese Serial Bewitched In Tokyo



ps: sekarang dah episod 7, masih belum terlambat utk menontonnya, cerita ni memang best! Jangan ketinggalan. nak tengok pelakon2 ni masuk sini