Disiplin buat simpanan tetap tiap bulan, guna sistem sampul surat strategi penting untuk rancang kewangan, perbelanjaan.
MENABUNG: Pelaburan bijak serta mengikut syariah pastikan pendapatan diperoleh mendapat keberkatan.
"Merancang kewangan keluarga perlu dibuat dari awal dan bukan apabila sudah ada masalah timbul, baru hendak berbuat demikian. Sebaik-baiknya, wang yang ada perlu dilaburkan mengikut syariat dibenarkan Islam dan diuruskan dengan baik supaya kita berterusan mempunyai kuasa beli dan wang atau kekayaan dimiliki akan terus bertambah"
"Dalam kita mengejar kekayaan dan harta benda di dunia, jangan lupa tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Allah menyeru bahawa setiap harta diperoleh ada bahagian yang perlu dikongsikan iaitu perlu dibayar zakat dan diagihkan kepada memerlukan. Mengeluarkan zakat bukan saja menyucikan harta yang dimiliki, tetapi mengikis perasaan tamak dan mementingkan diri sendiri" kata Rohani Muhd shahir, Pengerusi Eksekutif Hijrah, Strategic Advisory.
FAKTA:
Elemen utama pengurusan harta secara Islam:
Berusaha mencari harta kekayaan.
Mengumpul harta kekayaan.
Melindungi harta kekayaan dengan cara menyimpan dan melabur.
Mengagihkan harta kekayaan ke jalan yang diredai Allah..
Membersihkan harta kekayaan melalui pembayaran zakat.
Berusaha mencari harta kekayaan.
Mengumpul harta kekayaan.
Melindungi harta kekayaan dengan cara menyimpan dan melabur.
Mengagihkan harta kekayaan ke jalan yang diredai Allah..
Membersihkan harta kekayaan melalui pembayaran zakat.
Strategi perancangan kewangan Islam:
Perbelanjaan pendapatan
Pengurusan hutang
Pensucian harta
Perlindungan
Pelaburan
Persaraan
Pengagihan harta
Perbelanjaan pendapatan
Pengurusan hutang
Pensucian harta
Perlindungan
Pelaburan
Persaraan
Pengagihan harta
(**sumber bharian)