pn-iena
Hari ni sebelah petang hujan, tapi tak lebat pun. Cuma guruh je yang berdemtum-dentum kuat. Sejuk sikit cuaca macam ni. Yelah tengahari panas terik. Pokok-pokok pun kelihatan subur.. best tengok anak2 pokok pisang semakin membesar. Pokok limau purut baru nak segar. Kalau tak layu jer daun dia, serai pun ok subur merimbun, halia kunyit ok hidup juga. Tadi ni baru saja tanam kesum.. tak tau lah hidup ke tak tu. Semua tu tanam kat belakang rumah ni yg tak sampai sekangkang kera pun.
Pokok ubi lama dah cabut..hahaha dapatlah ubi yg kurus2 tak gebus langsung.. tapi boleh lah merasa juga. Yang paling best pokok mata kucing makin subur.. kalau lah berbuah alangkah bahgianya...hehehe tak sabar nak memetik, apa tak nya semai dr biji jadi pokok dah ni. Bukan pokok besar..tapi dah mula nak membesarlah ehehehe..
Eh! apa kaitannya gambr di atas dengan cerita ceriti ni? Saja jer nak tunjuk sama tak lukisan orang lidi tu dengan yg marissa lukis? Marissa memang suka melukis dr kecik lagi.. ni antara hasil2 ilham dia. Maklumlah belum sekolah tadika lagi. Pepandai sendiri dia melukis.. =)
Kalau kat rumah ni mulut marissa lah paling meriah, riuh rendah. Bila dia takda mulalah rasa sunyi. Nakal pun yer juga. Pandai betul menjawab kalau ditanya. Kadang2 dia pula yang kenakan kita semula siap cakap " pikir dulu..pikir dulu sebelum buat! paham?" sambil tunjuk2 kepala dia. " Hah! marissa tanya ni dengar tak? paham tak?" Amboi2 lawan tokei nampak. Adik dia lah selalu jadi mangsa.. terpinga2 si fadli tu bila kakak dia ckp macam tu.
Fadli ni pulak dah pandai panjat sana sini. Siap tarik kerusi kalau nak panjat meja ke nak buka almari laci habis dia punggah barang keluar. Fadli ni pun minat dengan komputer, kadang2 kita tengah leka guna tiba2 saja ada kat belakang kita dok peluk2. Tak pun dia heret tolak kerusi semata-mata nak guna tekan keyboard dan tekan mouse ni. Pandai pula tiru gaya cara nak guna tu. Kadang2 memang biarkan fadli bersama marissa guna komputer online study. Macam2 website marissa buka. Game pun ada. Yang penting semua tu kita dah save kat folder marissa, so tahu lah dia pilih mana nak buka. Fadli kan kalau dengar lagu2 kat tv..suka hentak2 kan kaki dia..comel betul tengok...ahahhaa setakat remote tv astro pun tau tekan dah..
pn-iena
Rajin betul "News @ ER!C" ngantar Email berita sensasi terkini pasal eric ni.. Kalau siapa2 berminat boleh lah terjah ke sana. Iklan free kat blog ni. Kalau dapat diskaun best ni.. ekekekek belum habak kat hubby kot2 dia berkenan boleh gak terjah sana...


pn-iena
The rules:

1•Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.
Amida@fida ni member cyber pernah jumpa semasa gathering WNC di Palace Of The Golden Horses. Dulu dok Korea, sekarang dok Dubai. Mempunyai sepasang pemata hati. Sangat2 terer memasak boleh tgk kat blog dia. Moderator WNC juga hehehe

2• Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.
Sila jenguk link sini :

3• Pick your ten (10) most deserving receipients and describe them.

4• Leave a comment on the receipients’ blog to tell them they’ve been tagged.

5• Paste the award badge in your sidebar.
pn-iena
NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Full name Marina.. makcik2 ada panggil ‘yang’(sayang) boleh tersama lak dengan si dia... xpun 'kak iena'. Time student dulu nama orentasi ‘minah’ sabar jer lah…nak kena senior2 ni..tapi ada gak panggil ‘maria mariana’ pepandai je kan. Time bersalinkan budak2 tu nurse panggil ‘puan’ ahahah tu jadi pn-iena…Eh berapa byk nama timang timangan daaaa..
ANDA SEORANG YANG :
Manja sangat2..ops! kantoi.. anak sulong tapi manja ngalahkan adik beradik, jeles diorang tu…Di sah kan oleh hubby sendiri selalu ckap “mommy ni manja lah…"Muahahha.. tapi tegas pada anak2.. suka pada kesenian juga
INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA
Nenek sebelah mak dari kecik melekat ngan dia..nenek seorang yg penyayang.. hubby anak2 istimewa sangat2 melengkapkan perjalanan kehidupan ini
LAGU KESUKAAN ANDA:
Dari dulu sampai sekarang…'First Love by Utada Hikaru’ nak tau ker ada ler…muahhaaha… tambah satu lagi lagu ‘Lelaki Ini by Anuar Zain…’ sebab ada ler muahahaha
MAKANAN KESUKAAN ANDA??
Segala masakan berkaitan Masak lemak cili api…perh…xkisah lah ketam, udang, ayam dan daging,..memang suka!
WARNA KESUKAAN ANDA :
merah, putih
SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Bila ada yg mungkir janji..mmg stress betul…
TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:
Benda penting! pampers,botol susu bby fadli punya..ahahah wajib ada…mentang2 beg gedabak..sabar jer ler.. N73 penting tu…
KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??
biarlah rahsia… ahaks ahaks
TAG 6 RAKAN ANDA:
serah pada kengkawan yg rajin jawab tag…sila-sila…
pn-iena

Lukisan yang diwarnakan oleh Marissa secara online

Menduduki tempat ke-3 Category
A ( 3-5 tahun ) dalam pertandingan mewarna kanak2 secara online di forum wanita niaga

Marissa sangat teruja sewaktu menerima hadiah. Tak sabar nak membukanya. Malahan si fadli pun teruja sama. Kesian tengok fadli menanti kakak buka sampul hadiah dan bungkusan dengan sabar. Lepas tu lunyai sampul dan bungkusan tu dikerjakannya. Macam lepas geram pula. Sejak dari hari marissa tahu dia mendapat tempat ke-3 dlm pertandingan tu, hari2 tanpa jemu marissa menanti pak posman hantar surat. Mesti tanya "surat marissa ada tak? hah hadiah buku ada tak?" marissa bertanya dengan penuh perasaan. Apa yag perlu dibuat hanyalah menjelaskan kedudukan sebenar yang hadiah tu lambat lagi sampai atas sebab2 tertentu. Barulah marissa diam tanda mengerti untuk seketika. Esok lusa tulat minggu2 seterusnya dia akan terus bertanya selagi tidak menerima hadiahnya. Syukur akhirnya terima juga hadiah dan sijil tu. Gembira sangat tengok marissa.

pn-iena
Petang2 hari minggu ada masa lapang kebiasaannya ajak anak2 main kat taman permainan kawasan perumahan sini. Belakang rumah saja taman permainan ni. Kadang2 tu lalu jalan belakang rumah. Lagi dekat,mengambil masa dlm 5 minit berjalan lenggang kangkung sampai lah. Kalau budak2 ni naik basikal biasanya marissa sampai dulu. Tapi Fadli lebih suka berjalan kaki, senang dia nak berlari sakan. Biasalah ayah tukang layan anak2 dia bermain. Mommy diorang layan buaian, dok hayun laju2 sampai pokok sena! wah!!boleh gitu? Walaupun diorang leka bermaian bila nampak kita berbuaian sibuk semua berlari ke situ juga. Hahha kuat aura mommy. Ayah tukang tolak pula. Eh! Fadli kan pandai bergelungsur tau! tak takut langsung. Gelungsur ikut rentak dia sahaja. Bimbang lah takut terjadi apa2 kan, tu kena kawal sikit. Kalau dah lepas naik atas tempat bermain tu lagilah. Terjerit2 dok memanggil nama fadli, seram takut jatuh! Kakak ada tapi 2 x 5 juga, kadang2 dia yang menangis. Memang membuas lah budak2 bermain kat sini, kanak2 lain tak ramai bertandang. Mungkin pergi ikut ibubapa shopping atau berkelah tempat lain. Kebanyakan kat sini orang tua2 selalu dok melepak petang2 hirup udara segar. Tak ada berapa segar pun sebab msih ada buat projek fasa baru perumahan ni. Belum siap maybe dlm tahun ni mereka2 bakal penghuni situ dpt kunci rumah. Tak lama lagi meriah lah taman ni. Yelah ni taman baru, so sunyi lagi. Tapi yang best kat sini semua jiran kita kenal. Cina india pun bedal sekali, bagus betul semua tak sombong, beramah mesra sepanjang masa. Ini namanya bangsa bersatu! chehwah! Bila lah nak start joging, tempat dah ada mals lah pula ehehe..
pn-iena
Syukur Alhamdulillah.. Dapat meraikan hari kelahiran bersama insan2 tersayang. Kepulangan Ayah dari tempat kerja bukan tangan kosong, malahan membawa kek dan kfc. Maka anak-beranak bersantap dengan meriah sekali. Sambutan biasa saja seperti tahun2 yg lalu. Cuma Tak kesampaian tak ada rezeki nak menyambutnya di Cameron Highland. Dah booking awal tapi tak sangka disebabkan cuti sekolah maka tempat tu penuh lah. Lagipun feedback lambat sangat dah dekat tarikh baru diorang bagi tahu. Niat diorang untuk menunggu sekiranya ada yang membatalkan booking. Tapi tak apa, ada rezeki nanti ganti balik insya'allah untuk holiday. Walaubagaimana pun hati tetap happy.. sebab ada keluarga tercinta bersama sepanjang menjalani kehidupan ini. Doakan kebahgiaan kami sekeluarga. Terima kasih bagi anda rakan2 di sana yg sudi mengucapkan 'happy birthday to me' dan mendoakan yang baik2.. semoga kalian semua jua akan bahgia dan ceria selalu hendaknya.








Semuanya tinggal kenangan.. booking Cameron Highland?





ps: Tiada lagi 15 june 2009 yang boleh dilalui...ianya telah pun berlalu..
pn-iena
Fuh! Sekarang ni keadaan cuaca nak menentu. Tidur malam pun gelisah, tengok anak-anak tergolek-golek kepanasan. Buka kipas seligat yang boleh. Aircond? Tak ada, entah bila nak pasang. Rasa macam bersauna setiap malam, ok juga lah boleh mengeluarkan peluh-peluh tepu tak tepu tu kan. Jimat kos bersauna. Bila keadaan cuaca yang panas macam tu mulalah minum air masak sebanyak yg boleh. Nasib baik 'marissa fadli' kuat minum air masak. Setiap kali terjaga malam wajib minum segelas. Kalau sepuluh kali terjaga? 10 kali lah minum air tu. Siang hari pun cari air masak juga budak-budak ni.

Oleh kerana keadaan cuaca yang berjerebu, panas dan kadang-kadang hujan. Akhirnya 'Ayah' jatuh sakit aka demam, batuk dan selsema. Dah 2 malam tak berdinner, tak lalu nak makan sakit tekak semua. Tidur awal rehatkan diri. Ubat-ubatan ambil di klinik tempat kerja. Doktor siap bagi tahu dah ramai kena selsema sekarang ni kira tengah musim lah. Dalam keadaan macam ni antibodi kena kuat, kalau tidak mudah lah berjangkit. Harap budak-budak ni kuat dan sihat. Diri sendiri pun dah terasa tak sedap badan, tu yang cepat2 telan penadol.

Layan lagu zaman kanak-kanak....

Anak Itik Tok Wi,
Mandi Di Dalam Kolam,
Sakit Apa Tok Wi,
Sakit sendi Tulang,
Ubat Apa Tok Wi,
Ubat Limau Lelam,
Sakit Apa Tok Wi,
Sakit Sengal Tulang..!!
********************
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atas,
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atas,
Pisang Emas Dibawa Belayar,
Masak Sebiji Di Atas Peti,
Hutang Emas Boleh Dibayar,
Hutang Budi DiBawa Mati,
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atas,
Enjit-Enjit Semut,
Siapa Sakit Naik Atassssss!!.....

Suka betul Marissa Fadli dengar lagu ni hahahhaha....
pn-iena
Gambar baru lepas kuar dari melawat cousin bersalin bby girl. Sangat2 comel, cuma tangan dan kaki agak mengecut dan kulitnya kasar. Mungkin disebabkan atas kelewatan bersalin selama 10 hari. Erk! agak2 ada kaitan ke? Ada amik kenangan gambar bby kat PDA hubby, so lambat lah nak masuk blog. Si marissa pulak tak sabar nak berposing2 depan hospital ni. Sabar jer lah tengok gelagat dia. Fadli tak moh pakai kasut, kepanasan agaknya. Tambahan letih berjalan sakan.
Dalam perjalanan pulang ke rumah selepas melawat cousin bersalin di hospital kajang tu terus singgah ke Putrajaya. Niat di hati nak meronda2 di 'Alamanda' tapi apakan daya budak2 tertido keletihan dalam kereta. Masing2 terlena dengan aman. Berhenti sebentar melihat keindahan tasik dan masjid. Syukur dapat tengok dari jauh pun jadilah. Turun bergilir2 dengan hubby.. ahahha tu sempat amik gambar. Tengah syok2 menghirup udara segar tiba2 sekumpulan mat bangla lalu.. terus tersumbat hidungku.. ehhehehe.. apa lagi blah balik lah. Mulanya nak singgah masjid putrajaya untuk solat asar tapi tiada rezeki.. insya'allah lain kali..


ps: Ni cerita weekend 2 minggu lepas yang lalu.. ehehhee layan..
pn-iena

Sunway Lagoon- Just tengok permandangan dari atas sahaja

Area tempat permainan kanak2 melepak bergame dan sebagainya

Sunway Pyramid ice- Bersedia menunggu permain-main berskating... Marissa & Fadli yang paling seronok. Marissa merajok tak dapat main.

Senario Fadli berkejaran berjalan sakan- Terpaksa pimpin tangan. Kalau tengok senario di gambar ni paham2 jer ler.. budak2 tak kenal pun fadli leh join berlari, sabar jer lerr.. Kalau boleh setiap kedai dia jelajahinya..

Fadli 1 years old - Waduh! fadli ni kalau kasi peluang berjalan sendiri macam ni lah jadinya. Kita penat terkejar-kejar dia sana ke mari... tengok sendiri kat video ni lah puas hati..

pn-iena

Gambar terkini Marissa bergaya dengan rambut barunya yang pendek. Dia nampak manis dan ayu sekali heheh...


Fadli pula bersama hadiah pemberian nenek sebuah basikal cute dan toy dari mommy.. Kek birhday simple sahaja..fadli teruja nak potong kek, kakak pun join sekali. Kenangan gambar 16 april yang lalu sambut birthday fadli genap 1 thn



Pemberian hadiah dari ayah ialah "set Buku Disney Magic English" berkongsi hadiah dengan kakak dia untuk bulan oct nanti

pn-iena
Kalaulah kita buka isi text dalam tu sesuatu yang membawa tuah! Alangkah indahnya hidup ini. Tuah yang bagaimana? Mungkin yang kita inginkan selama ini termakbul. Impian menjadi kenyataan. Alangkah bertuahnya hidup ini jika kita sentiasa dilimpahi dengan tuah. Dulu terpikir juga nak namakan anak lelaki 'tuah' macam 'hang tuah' bukan 'hang jebat!' nanti jadi lain pula ceritanya. Tapi kalau kita senang2 mendapat tuah, mungkin manusia akan menjadi malas untuk berusaha mendapatkan tuah. Tuah boleh di cari? Mestilah boleh, kerja rajin2 kalau bertuah bos kasi up gaji. Kerja rajin2 insya'allah dapat bonus 3 kali ganda setiap tahun. Wah! sungguh bertuah! isteri2 juga tumpang tuah, yummy! leh shopping menghilangkan stress! Boleh lah pi holidays bersama family.


Kalau diri ini bertuah mungkin akan mendapat kejutan dari yang tersayang. Kejutan semasa ulangtahun kelahiran yang bakal menjelma pertengahan bulan june ini. Alangkah bertuah kalau dapat merehatkan diri disuatu tempat yang indah. Buat masa ini itu saja yang terfikir. Kalau bertuah lagi dapatlah hadiah tambahan. Kalau bertuah lagi, eheh boleh tambah anak lagi... chewah!! ikut suka saja. Yang penting diri ini amat bertuah mempunyai sebuah 'keluarga bahagia'. Atas berkat doa kedua orang tua agar anak2 mereka kekal bahagia dunia dan akhirat. Dan segala rahmat yang dilimpahkan oleh yang maha esa.