pn-iena
Insya'allah January 2008 tahun depan, ayah marissa kena outstation ke Taiwan. Kebetulan namanya naik untuk dihantar ke sana. Berapa lama kena menjalankan tugas di sana mungkin 1-2 minggu kot? ikut kepada keadaan semasalah. Masalahnya ayah marissa berat hati nak pi jauh2 tinggalkan family dia di sini. Almaklumlah kami jarang berjauhan. Keputusan ditangannya, kalau tergerak hati sanggup pergi menjalankan tugasan tu insya'allah sampailah jejakkan kaki di sana nanti. Masalah sikit dari segi komunikasi, mungkin dr segi bahasa. Yerlah kalau setakat kena outstation ke japan rasanya takder masalah buat ayah marissa yg fasih dlm berbahasa jepun, kira satu bonus lah selain berbahasa english.
Boleh ke marissa berjauhan dengan ayah dia? Sebab marissa ni jenis yang manja sangat dengan ayahnya. Kalau sehari tak nampak maunya dia tercari-cari, takpun suruh call ayahnya tu. Dulu masa dia kecik2 ayahnya pi outstation ke jepun xder masalah sebab masih tak faham lagi. Ni dah besar semestinya dia faham. Pulak ni mommy dia pun tengah sarat pregnant, adui tak larat nak kawal dia sorang2. Ada kemungkinan kami akan pulang ke kg ( kb atau jb? xtau lagi) sementara menunggu kepulangan ayah dari tugasannya tu. Itupun kalau benar2 menjadi realiti ayah outstation ke sana. Nak ikutkan hati tak yah pergi, gantikan dengan orang lain sajalah. Ok tunggu January nanti apa keputusannya.
0 Responses