pn-iena
Wah! nampak gayanya sekarang ni musim hujan. Awal2 pagi lagi turun hujan dengan selebat-lebatnya. Memang bersyukur sangatlah sebab dalam keadaan cuaca macam ni rasa selesa sejuk dingin yang teramat. Cuma risau lah dengan keadaan negeri Johor yang dikatakan bakal menghadapi kebanjiran lagi. Berkemungkinanlah sebab hujan di Johor pg-mlm tanpa henti. Ada kemungkinan akan berterusan hingga jumaat ni, baru dpt maklumat dr tv3. Marissa pulak tak sudah2 jenguk keluar, sukalah tengok hujan. Kalau boleh dia nak terjah main air hujan kat luar tu. Sudah berkali2 dia menjenguk ke luar, namun masih rasa tak puas hati. Akhirnya dia berdiam diri di hadapan pintu yang sedia terbuka. Seronoklah kena percikan air hujan yang disaluti angin sepoi2. Kelihatan tangannya tak lepas dari memegang handphone mmy nya. Nampak gaya seperti dia berbual dengan seseorang, biasanya dia berangan borak dgn ayahnya lah tu. Dalam rumah ni gelap kalau tak buka lampu. Keadaan kat luar amatlah gelap, hujan masih juga lebat. Marissa pagi2 dah minta susu dugro, daging burger, milo, telor rebus lah, huhh! macam2 karenah agaknya disebabkan hujan bergini maka perut pun berasa lapar. Sekarang ni dia leka menonton rancangan kegemarannya The Justirisers. Siap buat gerakkan tangan ala2 gaya ultraman. Kalau ayah dia ada kat rumah selalu marissa ajak berlawan ala2 cam tadi tu. Ayah dia pun layan kan saja.
0 Responses