Semalam marissa temankan mommy dia pi checkup kat klinik. Tapi syg lah sebab marissa and ayah tak masuk sekali. Kalau tak dapat tengok baby dalam perut ni, sebab semalam doktor scan nak tengok perkembangan baby tu. Mula2 tengok kat scrin tu rasa terharu sangat, macam nak menangis, memang cute sangat. Kelihatan kaki baby bergerak2, rasa macam mimpi jer. Sekarang ni dah masuk 4bulan, lagi beberapa bulan dpat sentuh baby bestnyer, syukur sesangat. Harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat. Oleh kerana setiap kali kita scan doktor akan printkan dan tampal kat buku comel pink mommy tu, dapatlah marissa dok belek2 pic tu. Terkebil2 mata marissa ketika tu. Mungkin dia tak paham tang mana yang dikatakan baby. Sebab pic hitam putih bukan clear sangat pun image dia. Tapi marissa kelihatan sangat happy. Ayah lak senyum simpul jer memanjang. Gedebak gedebuk semalam checkup+scan+vitamin=total RM42. Suka tengok vitamin tu kaler pink besar lak tu. Nak snap batery camera kong pulak tu..nanti lah ada kesempatan lagi leh tepek kat sini.
Awal pagi (lebih kurang 7:30am) marissa bangun seperti biasa, kelihatan marissa masih mengantok lagi sebab baru bangun tidur. Tiba2 ayah nampak marissa mcm ada sesuatu tak kena, so ayah tanya kat marissa "marissa nak kencing?". Baru saja ayah melangkahkan kaki menghampirinya, tiba2 marissa berkata "Dah kencing.." sambil mencangkung dan mengerutkan dahinya. Erk!!! tidakkk!!.. Hah tu lah malam tadi apsal tak pakai kan pampers waktu dia tidur? pasal mata semua dah ngantuk tak larat. Igtkan marissa leh mengawal sementara nak ke toilet. Walau macam mana pun ini satu pengalaman dan biasalah peringkat awal baru nak berjinak membiasakan diri mengawal situasi macam tu. So kena beringat-ingat, kalau bangun pagi tu kena cepat2 suh marissa masuk toilet buat apa yang patut untuk dibuang.
Lepas ucapkan bye bye kat ayah yang nak pi keje tu, marissa terus layan laptop. Biasalah study online. Budak zaman sekarang ni kecik2 dah pandai mengendalikan keyboard dan tetikus. Marissa ni sejak kecik lagi dah dilatih menggunakan komputer. So bila dah masuk umur 3 tahun ni kira dah expert lah konon. Banyk terlalu banyak faedah yang boleh digunakan study secara online ni. Kebayakannya memang guna yg free saja lah. Macam2 bahasa dan budaya kita boleh belajar. Yang penting ada minat nak belajar. Marissa ni bukan buku2 biasa saja dia dok baca(konon2lah baca, entah apa bhs dia ucapkn) tapi suratkhbar majalah pun dia bedal. Suka lah tengok pictures semua tu mana tak tau dia sibuk lah bertanya, yang dia tau tu laju jer cakap. Tadi tengokkan marissa dari jauh yang leka dok menggunakan tetikus tu, mata pulak liar memandang ker scrin. Nampak dia bersungguh2 study. Alhamdulillah kalau dr kecik kita didik untuk melakukan perkara yg baik maka faedahnya pun baik.