pn-iena

Saja jer melayan si marissa ni nak bergmbr pulak before mandi manda. Hari ni dia nak bertudung. Napa? entah? saja jer kot. Macam2 gaya dan memek muka dia buat. Cute gak tengok marissa bertudung. Cuma yang xbest nya dia mcm sensitif jer sejak menjak dr demam tu. Tak leh silap sikit asyik nak menangis sedih jer. Risau gak, satu perkara lagi nasi langsung xnak jamah. Makan lauk pauk jer lah ratah gitu sikit2. Dah pening pikir tanya gak kat dia nak makan apa. Mcm biasalah jawapannya nak nuget and aiskrim, xpun epal pai. Kenapalah marissa ni sejak menjak ni pun tidur tak lena. Asyik terjaga malam jer. Mommy dia pun ikut tak nyenyak tidur. Bergilir2 jaga marissa ngan ayahnya. Agaknya nak masuk new year ni, yelah tahun depan nak masuk 4 tahun. Kira dah jadi anak dara lah tu chewah!, nak dpt baby baru lagi. Ok jom tengok pictures marissa yang seterusnya.

Sambil tanya apa Azam tahun baru miss marissa yer?

pn-iena
Huh! penat! semalam petang keluar balik malam. Semalam kebetulan ada free medical checup kat area kl. Sambil kena dengar ceramah sikit pasal kesihatan ni, kalau terpikat boleh jadi ahli, itu semua lumrah orang nak berbusiness. Yang best ada tawaran free voucher, eheh! kami dah dapat sepanjang penat lelah mendengar ceramah 1 jam. Voucher penginapan hotel 2 day's 1 night. Banyak pilihan kami belum tentukan kat mana nak beholiday nanti. Nampak gayanya tunggu Ayah marissa balik dari Taiwan dulu lah baru buat keputusan. Sempena menyambut tahun baru 2008 apa kata berholiday.
Bertambah penat meronda area kl pastu ke courfour subang, wah lama tak jejak sana. Dinner nasi goreng paprik and ayam kicap. Marissa belikan airskrim and nuget mcdonald atas permintaannya. Sekarang ni jarang betul nak makan nasi. Sangat2 susah. Sampai saja ke rumah malam tadi mommy marissa terus tumbang. Tidur awal penat sangat. Selang beberapa minit marissa diangkat ayahnya ke bilik, rupanya marissa dah tertidur atas sofa sendirian. Tidur mlm marissa tak nyenyak asyik terjaga saja, ini mesti gara2 kepenatan tak hilang lagi.
pn-iena
Gedebak gedebuk sekejapnya nak masuk 2008. Tahun 2007 terasa berlalu dengan pantas. Apakah azam tahun ini telah tercapai? Mungkin? Anak pun dah bertambah sorang lagi ni. Wah! tak sangkalah sekejap jer semuanya berubah. Marissa? Apa azam dia ek? Hanya dia yang tahu. Cuma sejak menjak ni dia sering sebut sekolah. Mungkin dia dah mula teringin suasana pembelajaran bersama2 rakan2 sedarjah. Yelah selama ni asyik belajar secara online saja. Nak juga ada teman2 sepermainan atau belajar.Insya'allah tengok keadaan macam mana tahun depan. Rasanya nak masukkan tadika bila umur dia mencecah 5 atau 6 tahun. Memandangkan tahun 2008 marissa kena tolong jaga baby baru nanti so rasanya tak payahlah sekolah dulu. Temankan mommy jaga baby baru nanti.
Sebut pasal sekolah ni, zaman pembelajaran terlalu panjang. Dari mula tadika sampailah masuk university. Cuba kira berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan ilmu. Takkan abis dan takkan berakhir mencari ilmu sampai bila2. Apa kata time kecik2 ni study at home jerlah with parents. Dah sampai waktunyer masuk tadika tu masuklah. Yang penting ilmu didada harus diisi, supaya tak digelakkan orang lain. Azam tahun depan harap Marissa cepat membaca. Tak kiralah dalam bahasa apa pun, selagi ada peluang, kita gunalah sepuas2nya.
pn-iena
Demam
Semalam petang tiba-tiba badan marissa panas. Demam rupa-rupanya. Agaknya belum puas lepaskan rindu dengan nenek kesayangannya tu. Kebetulan ada lebihan sekeping bye-bye fever yg dulu tu so tampalkan terus kat dahinya. Malamnya kuar sekejap belikan bye2 fever yg baru dan air kelapa, sambil beli sedikit brg basah kat tesco. Malam bila marissa tidur barulah lap2kan satu badannya dengan kain lembab supaya kurangkan sikit suhu panasnya tu. Lepastu barulah tampalkan bye2fever. Marissa tidur pun xberapa nyenyak, agak meracau sikit. Alhamdulillah hari ni nampak gayanya dah kebah demamnya, cuma masih meragam. Demam2 dia pun sempat gak study online ngadap laptop ni. Ayah marissa ada pesan tadi kalau tak kebah gak demam tu dia nak bawak anak kesayangannya ni ke klinik. Maklumlah malam tadi pun ayahnya yg jaga marissa sampai tertidur.
Shopping
Seronok betul marissa dapat set permainan doktor dia tu. Dah lama marissa nak tak beli2kan. Selain tu ada lai mainan yg marissa dpt.
Sesekali shopping kat JB syok juga. Takder pi mana pun Jusco, Tebrau City,Skudai prade, Angsana tu jer lah. Mommy pun tumpang seronok gak bershopping sakan baju2 pregnant. Sempat gaklah ke Habib dptlah present dr ayah. Ayah pun tak ketinggalan beli beberapa helai baju untuk persiapan ke Taiwan nanti maklumlah tengah sale2 ni best betul. Kompem lah ayah outstation ke Taiwan tiket pun company dah booking.
pn-iena




~salam dr kami sekeluarga~
pn-iena
Insya'allah January 2008 tahun depan, ayah marissa kena outstation ke Taiwan. Kebetulan namanya naik untuk dihantar ke sana. Berapa lama kena menjalankan tugas di sana mungkin 1-2 minggu kot? ikut kepada keadaan semasalah. Masalahnya ayah marissa berat hati nak pi jauh2 tinggalkan family dia di sini. Almaklumlah kami jarang berjauhan. Keputusan ditangannya, kalau tergerak hati sanggup pergi menjalankan tugasan tu insya'allah sampailah jejakkan kaki di sana nanti. Masalah sikit dari segi komunikasi, mungkin dr segi bahasa. Yerlah kalau setakat kena outstation ke japan rasanya takder masalah buat ayah marissa yg fasih dlm berbahasa jepun, kira satu bonus lah selain berbahasa english.
Boleh ke marissa berjauhan dengan ayah dia? Sebab marissa ni jenis yang manja sangat dengan ayahnya. Kalau sehari tak nampak maunya dia tercari-cari, takpun suruh call ayahnya tu. Dulu masa dia kecik2 ayahnya pi outstation ke jepun xder masalah sebab masih tak faham lagi. Ni dah besar semestinya dia faham. Pulak ni mommy dia pun tengah sarat pregnant, adui tak larat nak kawal dia sorang2. Ada kemungkinan kami akan pulang ke kg ( kb atau jb? xtau lagi) sementara menunggu kepulangan ayah dari tugasannya tu. Itupun kalau benar2 menjadi realiti ayah outstation ke sana. Nak ikutkan hati tak yah pergi, gantikan dengan orang lain sajalah. Ok tunggu January nanti apa keputusannya.
pn-iena


Lauk marissa hari ni sup ayam kentang, dengan sayur kobis goreng campur udang. Berselera betul tgk marissa makan panas2 tadi ni. Laju jer dia makan sendiri, kebetulan dah lapar sangat kot. Pulak tu musim hujan ni terasa lapar saja perut tu. Tapi yang tak bestnya tu marissa dok korek sayur ambik udang saja. Napa lah budak2 ni susah sangat nak makan sayuran ek? Takat daun sup pun dia tak nak telan siap pilih letak tepi. Marissa baru saja tutup tv,nampak gaya mcm gayanya macam nak tdo jer.
pn-iena
Ni ler salah satu makanan kegemaran marissa "sushi". Hari ni kebetulan ayah dia cuti sebab tak sihat. So diorg keluar lah beli barang2 keperluan skit ngan tok nek marissa tu ke tesco. Mommy dia rehat kat umah jer sebab agaknya tersalah bantal sebab sakit dibahagian belakang ni. Tengok lah tu gelagat dia makan sushi berselera betul. Sampaikan kita nak skit pun dia tak bagi,dok kata ni marissa punya. Biasalah budak2 mula2 jer tu lepas tu serah gak kat kitaorang ni.
pn-iena

Semalam kebetulan teman tok nek marissa dr KB meround ke IKEA Damansara. So inilah yang marissa dapat dr tok(marissa panggil papa) dia. Pens and Stamps sebagai ole-ole dari IKEA. Simples sangat satu batang tu boleh ada 2 fungsi atas bwh boleh guna. Ada 6 batang setiap paket yang mempunyai pelbagai kaler seperti oren, merah, biru, hijau, pink & kuning. Selain boleh melukis atau kaler, boleh jugak buat stamps ada mcm2 bentuk dolphin, love, bunga, rama-rama, swirly & bintang. Suka betul marissa, asyik berkepit jer sepanjang masa.
pn-iena
Ni waktu dan ketikanya marissa menikmati susu dugronya. Yang kelakar tu dia siap pakai beg plastik kat kepalanya ala2 chef gitu. Okay lah dah boleh minum susu ni, tak kisah lah suam2 ke sejuk ke dia bedal jer. Bagus2 ada perubahan nampaknya..eheh kalau minum tu jari kelingking siap terjungkit..Eh ada makna ke?
pn-iena
Kek ni khas untuk meraikan Anniversary kami yang ke-4 tahun. Nampak berselera marissa makan kek tu. Yang best sebelum memotong kek, Marissa telah menghadiahkan dendangan lagu Happy Birthday untuk kami tq sayang...
pn-iena
DaisypathAnniversary Years Ticker
pn-iena
Wah! nampak gayanya sekarang ni musim hujan. Awal2 pagi lagi turun hujan dengan selebat-lebatnya. Memang bersyukur sangatlah sebab dalam keadaan cuaca macam ni rasa selesa sejuk dingin yang teramat. Cuma risau lah dengan keadaan negeri Johor yang dikatakan bakal menghadapi kebanjiran lagi. Berkemungkinanlah sebab hujan di Johor pg-mlm tanpa henti. Ada kemungkinan akan berterusan hingga jumaat ni, baru dpt maklumat dr tv3. Marissa pulak tak sudah2 jenguk keluar, sukalah tengok hujan. Kalau boleh dia nak terjah main air hujan kat luar tu. Sudah berkali2 dia menjenguk ke luar, namun masih rasa tak puas hati. Akhirnya dia berdiam diri di hadapan pintu yang sedia terbuka. Seronoklah kena percikan air hujan yang disaluti angin sepoi2. Kelihatan tangannya tak lepas dari memegang handphone mmy nya. Nampak gaya seperti dia berbual dengan seseorang, biasanya dia berangan borak dgn ayahnya lah tu. Dalam rumah ni gelap kalau tak buka lampu. Keadaan kat luar amatlah gelap, hujan masih juga lebat. Marissa pagi2 dah minta susu dugro, daging burger, milo, telor rebus lah, huhh! macam2 karenah agaknya disebabkan hujan bergini maka perut pun berasa lapar. Sekarang ni dia leka menonton rancangan kegemarannya The Justirisers. Siap buat gerakkan tangan ala2 gaya ultraman. Kalau ayah dia ada kat rumah selalu marissa ajak berlawan ala2 cam tadi tu. Ayah dia pun layan kan saja.
pn-iena
Semalam marissa temankan mommy dia pi checkup kat klinik. Tapi syg lah sebab marissa and ayah tak masuk sekali. Kalau tak dapat tengok baby dalam perut ni, sebab semalam doktor scan nak tengok perkembangan baby tu. Mula2 tengok kat scrin tu rasa terharu sangat, macam nak menangis, memang cute sangat. Kelihatan kaki baby bergerak2, rasa macam mimpi jer. Sekarang ni dah masuk 4bulan, lagi beberapa bulan dpat sentuh baby bestnyer, syukur sesangat. Harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat. Oleh kerana setiap kali kita scan doktor akan printkan dan tampal kat buku comel pink mommy tu, dapatlah marissa dok belek2 pic tu. Terkebil2 mata marissa ketika tu. Mungkin dia tak paham tang mana yang dikatakan baby. Sebab pic hitam putih bukan clear sangat pun image dia. Tapi marissa kelihatan sangat happy. Ayah lak senyum simpul jer memanjang. Gedebak gedebuk semalam checkup+scan+vitamin=total RM42. Suka tengok vitamin tu kaler pink besar lak tu. Nak snap batery camera kong pulak tu..nanti lah ada kesempatan lagi leh tepek kat sini.
Awal pagi (lebih kurang 7:30am) marissa bangun seperti biasa, kelihatan marissa masih mengantok lagi sebab baru bangun tidur. Tiba2 ayah nampak marissa mcm ada sesuatu tak kena, so ayah tanya kat marissa "marissa nak kencing?". Baru saja ayah melangkahkan kaki menghampirinya, tiba2 marissa berkata "Dah kencing.." sambil mencangkung dan mengerutkan dahinya. Erk!!! tidakkk!!.. Hah tu lah malam tadi apsal tak pakai kan pampers waktu dia tidur? pasal mata semua dah ngantuk tak larat. Igtkan marissa leh mengawal sementara nak ke toilet. Walau macam mana pun ini satu pengalaman dan biasalah peringkat awal baru nak berjinak membiasakan diri mengawal situasi macam tu. So kena beringat-ingat, kalau bangun pagi tu kena cepat2 suh marissa masuk toilet buat apa yang patut untuk dibuang.
Lepas ucapkan bye bye kat ayah yang nak pi keje tu, marissa terus layan laptop. Biasalah study online. Budak zaman sekarang ni kecik2 dah pandai mengendalikan keyboard dan tetikus. Marissa ni sejak kecik lagi dah dilatih menggunakan komputer. So bila dah masuk umur 3 tahun ni kira dah expert lah konon. Banyk terlalu banyak faedah yang boleh digunakan study secara online ni. Kebayakannya memang guna yg free saja lah. Macam2 bahasa dan budaya kita boleh belajar. Yang penting ada minat nak belajar. Marissa ni bukan buku2 biasa saja dia dok baca(konon2lah baca, entah apa bhs dia ucapkn) tapi suratkhbar majalah pun dia bedal. Suka lah tengok pictures semua tu mana tak tau dia sibuk lah bertanya, yang dia tau tu laju jer cakap. Tadi tengokkan marissa dari jauh yang leka dok menggunakan tetikus tu, mata pulak liar memandang ker scrin. Nampak dia bersungguh2 study. Alhamdulillah kalau dr kecik kita didik untuk melakukan perkara yg baik maka faedahnya pun baik.