
Cepatnya masa berlalu sudah masuk bulan sept. Hari ni 1 Sept pagi2 lagi dah hujan turun hujan rahmat, sangat2 sejuk dan best!. Bila jeling ke jendela rasa aman sekali sambil menikmati angin sepoi2 memasuki ruang yang terbuka sedikit tu. Anak2 pula buat hal masing2 bermain bising2 berebut tv sambil minum susu milo cicah roti. Fadli pantang tgk kakak dia khayal tengok tv mula lah dia dok tekan butang off. Apa lagi terjerit2 sakanlah kakak dia. Geram punya pasal sampai cakap
" adik ni jahat lah!" Uiks! mommy dia pun menyampuk
" bukan jahat... adik ni nakal lah" lepas tu marissa terus ckp semula
" adik ni nakal saaangat lah!" erk! ada jer marissa ni dok menambah ayat.
Wah! ni kalau leh makan memang syok ni pekena air panas. Ops! puasa okay so abaikan niat tu ya!. Bila hujan2 ni mmg tiba2 jer lapar bertandang walupun tak diundang ehehe ada ke patut camtu.. ishk ishk tak patut kan kan kan..

Bila hujan2 macam ni mula lah menung teringat kg halaman. Yang seronoknya time hujan2 mesti nak mandi hujan, memang tak pernah demam pun dek kena hujan, Kira kebal juga badan ni. lagilah dpt tgk anak2 ikan yg cute2 tu dek kerana air yg jernih boleh saja kalau nak tangkap. Tapi hati2 cacing pun ada tau eeee geli gebus2 lak tu. Biasa yang bising2 kalau main hujan lama sangat arwah nenek ler. Erk! tiba2 rindu pada arwah nenek. Ops! stop sebak lak dada ni.
Berbalik pada hujan sept. Fokus2 hujan awal sept ya! Harap akan berterusan macam ni. Udara lagi segar rasanya, kalau tak terasa macam jerebu. Harap dengan adanya hujan rahmat ni segala virus2 yang bermaharajarela tu akan pupus secepat yang mungkin. Dek kerana virus tu maka kitaorang sekarang memang lama tak merayap di shoping complex. Lama rasanya tak berjalan sakan. Kalau pi pun ke tesco giant sekadar beli keperluan dapur. Itu pun secepat kilat amik pastu blah! Kesian kat anak2 ni lah nak juga bermain tempat permainan game dan sebagainya. Masalahnya risiko tinggi bila kita terdedah pada persekitaran yang padat dengan umat manusia ni. Kita sekadar perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Tapi kalau dah takdir nak kena juga tu mmg kita dah tak boleh larilah kan.
Fadli marissa duduk depan pintu yang terbuka luas tapi tetap kunci grill tu. Wah! syoknya tengok adik beradik tu berdua2an. bagusnya baik2 belaka saja perangai. Sesekali kita pun curi2 pandang kat diorang ni, hehehe kalau fadli nampak kita tengok kompem dia tarik tangan suh stop menaip layan dia pula. Semalam tangan fadli tercepit pintu kereta, kakak dia lah nak tutup tak tengok tangan adik kat area situ. Nasib baik tak ada apa2, tapi tetap gosokan dengan gel gamat tu baru lena dia tidur. Malam dia mengerang agaknya baru terasa sakit2 jari jemari tu. Pagi2 ni tengok ok dah main sambil pegang makanan dok ngap2 tak igt apa dah. Lagi pun perkara dah nak jadi, bukan marissa sengaja pun kan, mmg dah nak kena. Nasib baik tutup tak kuat, ala2 manja gitu.
lovely ps: sampai kesudah menaip ni hujan masih juga turun huhuhuhu sejuk!!.. jom mandi ujan..! cutenya kalau dlm hujan dapat berlari cam filem hindustan tu... pulak feeling lah pulak ni..wakakaka
Perkembangan terkini sensasi Marissa:
Sejak kebelakangan ni dia kerap menonton rancangan Astro iaitu 'Afi dan Abah'. Kalau indonnya 'Adi dan Ayah'. Cerita ni sesuai di tonton untuk seisi keluarga. Ada unsur2 kebaikan yang boleh diguna pakai untuk anak2 kecil ini. Terutamanya marissa yang tiba2 rajin sangat membantu mommy mengemas rumah, lipat kain dan jaga adik. Biasanya drama seperti itu ada +ve dan -ve juga. Kita perlu selalu memantau dan sinopsiskan semula apa yg ditontonnya. Perlunya kita bagi kesimpulan yang +ve. Mana yang -ve kita jauhkan dari minda dia. Kerana marissa suka sangat berfantasi. Dalam situasi drama ini mempunyai 2 buah keluarga yang sangat berbeza kehidupan dan keperibadiannya, antara pro dan kontra.
Rancangan Astro ceria penuh dengan kartun cerita2 yg memang menceriakan kanak2. Sehinggakan ibubapa terpaksa mengalah untuk menonton rancangan tersebut. Apa pun kita tidak boleh mengamalkan cara itu supaya ianya tidak berlarutan hingga ke besar. Pelajaran amat penting untuk mendapatkan ilmu bg menjamin masa depan. Jadi ada masanya marissa akan berlajar bersama mommy dia. Itu pun kena berfantasi melakonkan watak cikgu dan murid. Memang Marissa teruja sangat2 setiap kali sesi perlajaran dilakukan. Mana Taknya cikgu bagi byk bintang setiap kali marissa menghantar tugasan. Bukan apa itu sebagai peransang dan semangat dia untuk terus belajar. Kalau tak memang nampak kemalasan dia. Dengan cara suka belajar marissa tidak tertekan malahan dia sangat happy! Marissa sering berangan pergi ke tadika, membayangkan kawan2 yang ramai bersama2 belajar. Insya'allah tahun depan marissa akan ke Tadika.
Perkembangan terkini sensasi Fadli:
Alhamdulillah masih terus belajar solat. Sering sebut "Allahuakhbar" yang terkini "Alhamdulillah" dan bila dengan kita sebut "Amin" fadli terus mengusap mukanya tanda amin. Bersalaman siap cium tangan sambil memberikan senyuman yang manis sekali. Syukur sangat2 sebab Fadli baru berumur 1 thn 4 bulan. Kami sering test power dengan fadli ni, saja kadang2 kalau dia leka bermain dan menonton tv. Saja sebut seperti perkara di atas.. memang secara spontan fadli akan menyebutnya.
Paling seronok time nak berbuka puasa.. fadli sibuk mengadap ke arah tv sambil mendengar dengan penuh hayati apabila setiap kali azan berkumandang. Fadli pernah bangun bersahur makan nasi. Tapi kebiasaanya dia minta air jer. Oklah bila2 sambung berita terkini tentang budak2 ni... HEheh selamat berbuka dan bersahur..
from: IdahThanks Idah.. Semoga ramadhan kali ni akan berlipat gandakan keberkatan kita semua... Selamat menyambut ramadhan al-mubarak... selamat berpuasa bersahur dan berbuka... Hehehe =)
ps: Moga kita insaf dan menikmati bln yang mulia penuh keberkatan ini....amin
Setiap manusia di muka bumi ini akan menghadapi masalah. Jadi jalan penyelesaiannya kita perlu bersikap 'rasional' usah lah kita 'beremosional'. Dalam sesuatu kesulitan situasi yang ditempuhi kadang kala, memerlukan kekuatan diri yang kental dari segi mental dan fizikal.
Malahan ianya juga boleh mempengaruhi pemikiran kita. Sama ada kita memilih jalan untuk terus rasional atau sebaliknya. Ianya akan memberi tekanan perasaan yang hebat sehingga boleh terbawa2 ke dalam mimpi. Mengakibatkan kita akan muram, murung tak bermaya dan sentiasa dalam kebimbangan.
Adakalanya kita akan berasa gentar, cemas hingga menghantui seumur hidup. Apa2 pun kita perlu berfikiran positif sentiasa. Tak semua masalah itu hempedu, ianya akan menjadikan satu pengajaran dan tauladan. Moga ianya akan mendatangkan kebaikan dan manfaat buat diri kita.
Perlunya sangat2 kita menjaga tutur kata dan budi bahasa kita sebaik mungkin. Adab keperibadian wajib di jaga sebaiknya. Jangan sampai kita ditimpa musibah dan kecelakaan hanya atas dasar kelekaan dan kecuaian diri kita sendiri. Yang tak baik datangnya dari diri kita sendiri, Yang baik datangnya dari Allah.

Marilah kita berpijak pada bumi yang nyata. Setiap manusia ada kelebihan masing2 yang dianugerahkan oleh Allah SWT... "Jadilah diri sendiri, Usah lah jadi orang lain". Bak kata perpatah "Rambut sama hitam tapi hati lain2" kerana kelebihan dan kekuatan ada pada diri sendiri.
ps: syyhhh.. berfikir secara rasional jangan emosional ok! lalalalallalaaaaa....
from amida_dubai
Terima kasih ya fida.. kad ni pun cute gak.. jauh tu dr dubai hehehe.. selamat menjalankan ibadah puasa..
from: kak W e l l y & k e l u a r g aTerima kasih ya kak welly atas kad yg cute ni.. Selamat menjalankan ibadah puasa.. =)


Dua beradik yang tak boleh berenggang. Ke mana sahaja berkepit berdua. Termasuklah N73 mommy yang marissa dok usung ke sana ke mari. Bukan apa marissa memang suka amik gambar sendiri. Ni semua hasil nukilan marissa as photographer. Gambar fadli minum botol susu tu jer mommy dia amik kan.. Hehehhe... Marissa marissa 11 oct ni genaplah 5thn.. Dah besar dah dia.. tak sangka dah ada anak dara ni... ahhahaaa okay lah layan gambr2 anak2 kesayangan kami ni ya... Daaaaa...