pn-iena
Setiap manusia di muka bumi ini akan menghadapi masalah. Jadi jalan penyelesaiannya kita perlu bersikap 'rasional' usah lah kita 'beremosional'. Dalam sesuatu kesulitan situasi yang ditempuhi kadang kala, memerlukan kekuatan diri yang kental dari segi mental dan fizikal.

Malahan ianya juga boleh mempengaruhi pemikiran kita. Sama ada kita memilih jalan untuk terus rasional atau sebaliknya. Ianya akan memberi tekanan perasaan yang hebat sehingga boleh terbawa2 ke dalam mimpi. Mengakibatkan kita akan muram, murung tak bermaya dan sentiasa dalam kebimbangan.

Adakalanya kita akan berasa gentar, cemas hingga menghantui seumur hidup. Apa2 pun kita perlu berfikiran positif sentiasa. Tak semua masalah itu hempedu, ianya akan menjadikan satu pengajaran dan tauladan. Moga ianya akan mendatangkan kebaikan dan manfaat buat diri kita.

Perlunya sangat2 kita menjaga tutur kata dan budi bahasa kita sebaik mungkin. Adab keperibadian wajib di jaga sebaiknya. Jangan sampai kita ditimpa musibah dan kecelakaan hanya atas dasar kelekaan dan kecuaian diri kita sendiri. Yang tak baik datangnya dari diri kita sendiri, Yang baik datangnya dari Allah.

Marilah kita berpijak pada bumi yang nyata. Setiap manusia ada kelebihan masing2 yang dianugerahkan oleh Allah SWT... "Jadilah diri sendiri, Usah lah jadi orang lain". Bak kata perpatah "Rambut sama hitam tapi hati lain2" kerana kelebihan dan kekuatan ada pada diri sendiri.


ps: syyhhh.. berfikir secara rasional jangan emosional ok! lalalalallalaaaaa....
6 Responses
  1. Anonymous Says:

    Betul2..
    kena rasional.
    Hidup kt ni slalu dilanda masalah.
    Tapi dr sudut lain, masalah itulah peluang utk kt menjadi lbh baik.

    Rasional dan berfikiran positif juga akan melambatkan proses penuaan.. he2.


  2. waa cam terkena jek..berfikir secara rasional yek..baru teremosioanl sket sejak 2,3 hari ni..huhuhu...


  3. betul tu...sentiasa berfikiran +ve dan rasional selalu....baru la awet muda... :)


  4. pn-iena Says:

    SePia

    kan kan kan... tu lah hidup mesti rasional... tapi kadang2 tu emo dulu.. pastu baru leh rasional kembali... jiwa wanita ni sensitip benor... hehehe bagus tips muda tu.. =) moga semakin awet muda..


  5. pn-iena Says:

    mamalieyna

    kita semua mmg tak boleh lari dari emosional ni... cuma lepas tu stabilkan diri berrasional semula lah kan.. kalau tak nanti kita yg parah... kuat kan semangat ok!... moga segala urusan berjalan dengan lancar.. =)


  6. pn-iena Says:

    QuEeN Of 2 Heroes

    So..maknanya kita semua kena berfikiran positif mulai skrang lah kan... biar sentiasa awet muda kan kan kan.. hehehe =)