pn-iena
Perkembangan terkini sensasi Marissa:

Sejak kebelakangan ni dia kerap menonton rancangan Astro iaitu 'Afi dan Abah'. Kalau indonnya 'Adi dan Ayah'. Cerita ni sesuai di tonton untuk seisi keluarga. Ada unsur2 kebaikan yang boleh diguna pakai untuk anak2 kecil ini. Terutamanya marissa yang tiba2 rajin sangat membantu mommy mengemas rumah, lipat kain dan jaga adik. Biasanya drama seperti itu ada +ve dan -ve juga. Kita perlu selalu memantau dan sinopsiskan semula apa yg ditontonnya. Perlunya kita bagi kesimpulan yang +ve. Mana yang -ve kita jauhkan dari minda dia. Kerana marissa suka sangat berfantasi. Dalam situasi drama ini mempunyai 2 buah keluarga yang sangat berbeza kehidupan dan keperibadiannya, antara pro dan kontra.

Rancangan Astro ceria penuh dengan kartun cerita2 yg memang menceriakan kanak2. Sehinggakan ibubapa terpaksa mengalah untuk menonton rancangan tersebut. Apa pun kita tidak boleh mengamalkan cara itu supaya ianya tidak berlarutan hingga ke besar. Pelajaran amat penting untuk mendapatkan ilmu bg menjamin masa depan. Jadi ada masanya marissa akan berlajar bersama mommy dia. Itu pun kena berfantasi melakonkan watak cikgu dan murid. Memang Marissa teruja sangat2 setiap kali sesi perlajaran dilakukan. Mana Taknya cikgu bagi byk bintang setiap kali marissa menghantar tugasan. Bukan apa itu sebagai peransang dan semangat dia untuk terus belajar. Kalau tak memang nampak kemalasan dia. Dengan cara suka belajar marissa tidak tertekan malahan dia sangat happy! Marissa sering berangan pergi ke tadika, membayangkan kawan2 yang ramai bersama2 belajar. Insya'allah tahun depan marissa akan ke Tadika.


Perkembangan terkini sensasi Fadli:

Alhamdulillah masih terus belajar solat. Sering sebut "Allahuakhbar" yang terkini "Alhamdulillah" dan bila dengan kita sebut "Amin" fadli terus mengusap mukanya tanda amin. Bersalaman siap cium tangan sambil memberikan senyuman yang manis sekali. Syukur sangat2 sebab Fadli baru berumur 1 thn 4 bulan. Kami sering test power dengan fadli ni, saja kadang2 kalau dia leka bermain dan menonton tv. Saja sebut seperti perkara di atas.. memang secara spontan fadli akan menyebutnya.

Paling seronok time nak berbuka puasa.. fadli sibuk mengadap ke arah tv sambil mendengar dengan penuh hayati apabila setiap kali azan berkumandang. Fadli pernah bangun bersahur makan nasi. Tapi kebiasaanya dia minta air jer. Oklah bila2 sambung berita terkini tentang budak2 ni... HEheh selamat berbuka dan bersahur..
4 Responses
  1. samalah macam kakak...suka sgt tgk citer adi n abah tu...kekadang rasa cam tak sesuai ditonton...tak galakkan sgt kakak tonton citer tu. adik pun lebih kurang umo ngan fadli...beza bulan aje...dah boleh mengira 1 - 6..kelakar sgt kalo tgk gelagat anak2 kitakan


  2. pn-iena Says:

    Oo yeker..rasa budak2 mmg suka lah citer camni... Tu lah ikut citarasa ibubapa jugak kan.. budak2 ni pandai buka sendiri masalahnya... Ouh! terer adik ya pandai semua tu... so cute! ahahh mmg best tgk gelagat anak2 ni.. dlm proses pembesaran lah katakan.. eheehehe =)


  3. chekdenoor Says:

    Salam,

    Mudah-mudahan , fadli akan jadi anak yang soleh.


  4. pn-iena Says:

    Wsalam..Terima kasih chekdee atas doa itu...amin.. terharunya..