

iklan bedak,dakwat,roti,drypers,mickey,dutch lady & bibir milk
(fotoshoot: today)
Kejuruteraan Awam merupakan bidang yang mak ucu marissa akan melanjutkan perlajarannya di Sek. Men. Teknik Batu Pahat, Johor. Diantara subject wajid yang perlu diambil Subject Teras & Elektif iaitu Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Matematik Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Awam.Ketibaan kami di jb pada hari sabtu yang lalu dpt melihat sendiri betapa sibuknya mak ucu marissa membuat persiapan terakhir utk meneruskan perjuangannya dalam dunia baru yg akan ditempuhinya. Permohonan memalui online utk menceburi bidang yang diimpikan telah menjadi kenyataan dan betul2 merialisasikan impiannya apabila rezeki telah menyebelahinya bersama bestfriendnyer.
Syukur Alhamdulillah walaupun result PMR yang lalu tidak memungkinkan dia mendapat score A utk kesemua subject yang diambil di sek. men. namun itu tidak menjadi halangan utk memberikan dia terus berjaya. Kemesraan Marissa bersama mk ucunya walaupun dlm masa yang singkat itu amat berharga dan bermakna, kerana kami terpaksa pulang terlebih dahulu.
Hari ini (isnin 29 january) merupakan pertama kali mak ucu marissa menjejakkan kaki ke dunia barunya dan merupakan hari pendaftaran bagi student2 baru bg memulakan perjuangan dlm bidang yang diceburi. Buat yang terbaik dan semoga berjaya! buktikan anak malaysia boleh!!

Inilah aktiviti baby untuk mengisi masa lapangnya. Menulis, melukis, membaca dan melekat dengan labtopnya. Adakalanya dia akan boring dan mengacau mommy nya pula.
Hari ini baby kelihatan amat riang, dia melompat-lompat step by step. Kelakar juga tengok gelagat dia macam tu. Today dia makan dengan berselera skit dari hari kebiasaannya, syukur alhamdulillah.
Marissa dah pandai bilang satu dua tiga hingga sepuluh dengan lancar sekali, syukur alhamdulillah. Terharunya kerana sebelum ini dia amat susah nak mengingati nombor dlm bahasa melayu. Dia tidak pernah menghafal tapi rajin mengira, dengan itu secara semula jadi dia dpt mengingatinya. Kalau setakat mengira dlm bahasa english memang dia tak bermasalah langsung, kerana sejak setahun lebih dia dah mula menguasai. Good girl baby.
Berita terkini
Alhamdulillah Marissa tak pelat untuk mengira dalam 'bahasa jepun'. Akhir2 ini ayah dia cuba ajar dlm bahasa jepun pula. Kami amat2 terkejut kerana marissa dpt menyebut dengan lancar sekali cthnya: Ichi(1) ni(2) san(3) yon(4) go(5) roku(6) nana(7) hachi(8) kyuu(9), alamak 10 mcm mana nak sebut ya! aku lupa lah pulak kalau tak silap ju(10) kot. Tapi buat masa ini dia masih lagi konfius untuk membilang kerana adakalanya dia teringat dlm bhs english dan melayu.

quiek! arrk! quiek! arrk! quiek! quiek quiek! ....
can u walk like a duck
arrk!
can u swim like a duck
arrk!
can u fly like a duck
arrk!
can u talk like a duck
quiek! quiek! quiek! quiek! quiek!...

Aktiviti masa lapang baby biasanya mengacau mommy dia sedang tenet. Mesti dia nak join juga. Terpaksalah bagi dia main dolphin game sekejap, tak pun sekarang ni minat dengan duck song dia tu. Biasalah kalau kita tak bagi mulalah dia meragam, so before berlakunya konflik lebih baik bagi dia guna laptop aku ni dulu. Jadi bagi anda yang ada anak kecik tu, boleh lah buka website tadi tu.
Marissa sejak umurnya melepasi 2 tahun, dia mula menonjolkan sifat-sifat yang amat terserlah kedegilannya. Sifat dan kelakuannya yang nakal itu kadangkala menyebabkan kami sebagai ibubapa terasa tercabar dengan kesabaran yang sekian lama telah dibina. Namun kami masih lagi boleh berfikiran waras untuk mengambil tindakan yang sewajarnya atas perilaku seorang kanak-kanak yang masih dalam proses pembesaran.
Adakalanya pula marissa suka mengikuti apa sahaja gerak-geri yang dilakukan oleh ibubapanya, contohnya menyikat rambut, berbedak, bergincu di hadapan cermin. Dan suka bergaya sambil mengatakan perkataan yang sering disebutnya iaitu 'cantiknya'.
Sekarang ni dia kerap bermain di halaman rumah. Suka beramah mesra dengan kanan kiri jirannya yang sebaya berbangsa india, dan jiran melayunya yang lebih tua dari marissa. Kalau bab nak membuang pun dia dah pandai cakap, adakalanya dia melepaskan isi perutnya di toilet, namun adakalanya dlm drypersnya.
Tentang makanan pula pada mulanya sudah tidak ada masalah lagi, apabila dia senang untuk makan nasi dan sebagainya. Namun sejak 2-3 hari ni angin nafsu makan dia tiba-tiba berubah di tahap kritkal kerana hilang selera menjamah nasi atau bubur yang disediakn untuknya. Selama ni tak ada masalah timbul bab makan ni sebab dia sudah mula memakan makanan yg pedas seperti kari. Mungkin kerana batuk yang kadangkala menggangu kestabilan dirinya. Batuk yang dialaminya tidaklah serius, masih berada dlm kawalan lagi. Cuma dia kerap request kuih kegemarannya pau walaupun isi pau tersebut langsung tidak dijamahnya.

Kami sekeluarga baru pulang dari swiss-garden & spa, kuantan pada hari sabtu yang lalu. Kebetulan semasa berada di sana hotel tersebut dlm proses kemaskini. Suasana agak bising dan kelamkabut bunyi mesin, pertukangan dan staff-staff yang sibuk mengemas kawasan yang diperbaiki. Untuk lari dari kebisingan dan kebingitan itu kami lari ke pantai. Di situ agak tenang dengan deruan ombak yang mencengkam di jiwa.
Hati aku tersentuh apabila terpandang deretan seperti bungkusan yang menjadi tembok kepada pasir-pasir yang putih dan gebu itu. Hakisan telah berlaku rupanya menyebabkan bayk pasir telah hilang ditelan ombak yang deras yang seperti kelaparan. Namun keindahan dan ketenangan tetap utuh teguh untuk dinikmakti. Syukur alhamdulillah pantai tetap cantik, permandangan tetap ceria dan berseri.
Banyak memories telah kami rakamkan di sini
Pada masa ni marissa baru tertidur, alhamdulillah nampak lena sangat mungkin dengan keadaan cuaca sekarang ni yang musim hujan, keadaan rumah menjadi aman dingin dan terhindar dari debu-debu yang selalu menyesakkan nafas ini.
Ubat-ubat marissa terlalu banyak untuk demam kali ini. Contohnya: ubat batuk,demam,selsema,tahan muntah,antibiotik,selsema, waduh semuanya membuatkan marissa mual loya-loya tekak kerana terpaksa telan ubat-ubat itu walaupun dalam bentuk cecair. setiap kali nak kasi dia ubat mesti menjerit-jerit meronta-ronta tak nak, terpaksalah paksa juga dia telan ubat tu dengan apa cara sekalipun supaya cepat sembuh.
Alhamdulillah yang penting sekarang marissa bersansur sihat. Risau juga kalau tak sembuh-sembuh. Biasa kalau marissa demam pun 2-3 hari mesti dah sihat, kali ni lama betul. Badan aku pun sakit-sakit sejak beberapa hari ni, asyik memangku mendukung dia, malam tak lena tidur, baru nak lelap marissa dok batuk-batuk, pastu menangis lah sebab tak tahan nak menanggungnya, kesian sunggih tengok keadaan dia waktu tu.













