First time masak Prawns Mysore. Rasa dia boleh tahan lah maklumlah tekak melayu. Kalau nak tau rasanya cuba lah masak sendiri yer! dari nestle jer ni. Sangat mudah utk masak. Banyak lagi recipes nestle boleh kita cuba buat. Alhamdulillah family suka makan walaupun first time jumpa lauk ni.
Berangan jer ni Marissa menyanyi bersama shinchan dan diberi tepukan gemuruh oleh kaum kerabat Doraemon. Marissa dengan bangganya mendendangkan sebuah lagu yang amat disenangi semua kartun fantasi jepun.
"An An An..tottemo daisuki Doraemon...." disambut oleh shinchan yang comel dan nakal.
Ikuti lah rancangan kartun Doraemon dan shinchan di ntv7, setiap sabtu pada pukul 7-8pm (shinchan-doraemon). Anak2 pasti gembira dan terhibur melihat gelagat kartun kesukaan mereka yang tiada tandingannya. saja nak iklan ehehehe. Doraemon Song Dance
Jangan salah faham yer. Bukan aku yang buat tapi kenalan cyber. Yang ada bunga2 tu siap dalam masa seminggu jer, bole lah buat selimut. Jenis benang tebal tu, sebab sesuailah dengan keadaan di Jepun. Yang sekelompok termasuk kucing lama dah siap. Puan knit kata kucing tu bukan dia yang buat, tapi mak bapakk kucing. ishk ishk ishkk anak sapa tu? Tumpang gembira tengok projek orang dah siap. Sendiri punya pun tak start lagi. Buat masa sekarang tengah tunggu tuan knit free leh kirim belikan peralatan sesuai utk knit & krocet ni. Rasanya dah tengok kerjatangan org yang cantik macam ni lagi lah membakar semangat nak belajar crochet & knit.
Lauk pauk kampung. Alhamdulillah family berselera makan. Marissa suka ayam serai sebab tak pedas. Tempe pun dia bedal, cuma masalahnya kalau bab sayuran susah betul nak jamah.
Hari ni Wilayah Persekutuan iaitu KL, Putrajaya, Sabah rakyatnya cuti, Selangor tak termasuk dlm list. Kebetulan hari ni juga Thaipusam sepatutnya tak keje lah kan. Hubby pi keje sebab diwajibkan tapi speacial kes lah. Daptlah skit extra money and masuk kul 8am-4pm. Maknanya hari ni kitaorang leh gak kuar merayap.
Marissa bangun awal, so tadi dok mengacau ayah dia breakfast. Macam biasa marissa dok membontot ayah dia terpaksa bwk sekali dlm kereta. After tata melambai tangannya dengan girang, dia terus sambung pulak projek melukis bersama mommynya. Tajuk lukisan 'tapak tangan kaki marissa'. Sebabnya letak saja tapak tangan & kaki dia then lukis ikut bentuknya. Selesai tugasan terus sambung breakfast semula.
Alkisah nak habak sikit ni, tangan marissa terseliuh mlm semalam (29 jan). Ketika kejadian tu marissa dok leka bermain, macam biasa suka senggayut di leher ayah dia. Kebetulan ketika itu ayah dia tak lah melayan sangat sebab sedang leka tengok cerita kelakar cina tajuknya 'black ros' kalau tak silap. Secara tak sengaja tiba2 terdengar bunyi "kreeeek!" alamak menjerit marissa kesakitan.
Nasib baik ptg tu(30 jan) okay dah. Itu pun malam dia tidur tak lena asyik mengerang, mungkin terasa sakit. Aku pun tak lena tidur asyik dok sapu minyak gamat kat pergelangan dia sampai bahu pelan2 urut. Kalau terkuat sikit mula lah dia menggerang semula. Sebelum tengahari ayah dia call tanya khabar, kalau keadaan marissa still sakit ingat nak pi hospital x-ray, ye lah takut kalau retak tulang tu.
Kesian kalau tengok keadaan marissa ketika mula2 kena tu, tak boleh nak gerak tangan sikit pun. Pagi tu ayah dia pi keje dia dok lambai tangan kiri. Sebab tangan kanan dia yang terseliuh. Kebetulan before tengahari tu tangan dia tiba2 okay, boleh dah gerak pegang makanan mainan dia. Siap main2 lagi. Tu yang dok tangkap gambar aktiviti dia, memang sah lah dah okay. Alhamdulillah..semoga semuanya selamat..amin
Kejuruteraan Awam merupakan bidang yang mak ucu marissa akan melanjutkan perlajarannya di Sek. Men. Teknik Batu Pahat, Johor. Diantara subject wajid yang perlu diambil Subject Teras & Elektif iaitu Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Matematik Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Awam.
Ketibaan kami di jb pada hari sabtu yang lalu dpt melihat sendiri betapa sibuknya mak ucu marissa membuat persiapan terakhir utk meneruskan perjuangannya dalam dunia baru yg akan ditempuhinya. Permohonan memalui online utk menceburi bidang yang diimpikan telah menjadi kenyataan dan betul2 merialisasikan impiannya apabila rezeki telah menyebelahinya bersama bestfriendnyer.
Syukur Alhamdulillah walaupun result PMR yang lalu tidak memungkinkan dia mendapat score A utk kesemua subject yang diambil di sek. men. namun itu tidak menjadi halangan utk memberikan dia terus berjaya. Kemesraan Marissa bersama mk ucunya walaupun dlm masa yang singkat itu amat berharga dan bermakna, kerana kami terpaksa pulang terlebih dahulu.
Hari ini (isnin 29 january) merupakan pertama kali mak ucu marissa menjejakkan kaki ke dunia barunya dan merupakan hari pendaftaran bagi student2 baru bg memulakan perjuangan dlm bidang yang diceburi. Buat yang terbaik dan semoga berjaya! buktikan anak malaysia boleh!!
Inilah aktiviti baby untuk mengisi masa lapangnya. Menulis, melukis, membaca dan melekat dengan labtopnya. Adakalanya dia akan boring dan mengacau mommy nya pula.
Hari ini baby kelihatan amat riang, dia melompat-lompat step by step. Kelakar juga tengok gelagat dia macam tu. Today dia makan dengan berselera skit dari hari kebiasaannya, syukur alhamdulillah.
Perkembangan terbaru Marissa dah pandai bilang satu dua tiga hingga sepuluh dengan lancar sekali, syukur alhamdulillah. Terharunya kerana sebelum ini dia amat susah nak mengingati nombor dlm bahasa melayu. Dia tidak pernah menghafal tapi rajin mengira, dengan itu secara semula jadi dia dpt mengingatinya. Kalau setakat mengira dlm bahasa english memang dia tak bermasalah langsung, kerana sejak setahun lebih dia dah mula menguasai. Good girl baby.
Berita terkini Alhamdulillah Marissa tak pelat untuk mengira dalam 'bahasa jepun'. Akhir2 ini ayah dia cuba ajar dlm bahasa jepun pula. Kami amat2 terkejut kerana marissa dpt menyebut dengan lancar sekali cthnya: Ichi(1) ni(2) san(3) yon(4) go(5) roku(6) nana(7) hachi(8) kyuu(9), alamak 10 mcm mana nak sebut ya! aku lupa lah pulak kalau tak silap ju(10) kot. Tapi buat masa ini dia masih lagi konfius untuk membilang kerana adakalanya dia teringat dlm bhs english dan melayu.
Body Segala basic tentang anggota badan marissa sekarang lebih menguasainya. Dia dpt mengingati dan menyebut dengan lancar. Ini bermakna setiap kali kita bertanyakan apa2 saja anggota badan dia dpt menunjuk dengan tepat. Buat masa ini dia lebih selesa berbahasa melayu dan english.
Duck Song quiek! arrk! quiek! arrk! quiek! quiek quiek! .... can u walk like a duck arrk! can u swim like a duck arrk! can u fly like a duck arrk! can u talk like a duck quiek! quiek! quiek! quiek! quiek!...
ps: Lebih kurang lah lyric dia gitu ek! Nak tau kena dengar sendirilah kat sini
Aktiviti masa lapang baby biasanya mengacau mommy dia sedang tenet. Mesti dia nak join juga. Terpaksalah bagi dia main dolphin game sekejap, tak pun sekarang ni minat dengan duck song dia tu. Biasalah kalau kita tak bagi mulalah dia meragam, so before berlakunya konflik lebih baik bagi dia guna laptop aku ni dulu. Jadi bagi anda yang ada anak kecik tu, boleh lah buka website tadi tu.
Marissa sejak umurnya melepasi 2 tahun, dia mula menonjolkan sifat-sifat yang amat terserlah kedegilannya. Sifat dan kelakuannya yang nakal itu kadangkala menyebabkan kami sebagai ibubapa terasa tercabar dengan kesabaran yang sekian lama telah dibina. Namun kami masih lagi boleh berfikiran waras untuk mengambil tindakan yang sewajarnya atas perilaku seorang kanak-kanak yang masih dalam proses pembesaran.
Adakalanya pula marissa suka mengikuti apa sahaja gerak-geri yang dilakukan oleh ibubapanya, contohnya menyikat rambut, berbedak, bergincu di hadapan cermin. Dan suka bergaya sambil mengatakan perkataan yang sering disebutnya iaitu 'cantiknya'.
Sekarang ni dia kerap bermain di halaman rumah. Suka beramah mesra dengan kanan kiri jirannya yang sebaya berbangsa india, dan jiran melayunya yang lebih tua dari marissa. Kalau bab nak membuang pun dia dah pandai cakap, adakalanya dia melepaskan isi perutnya di toilet, namun adakalanya dlm drypersnya.
Tentang makanan pula pada mulanya sudah tidak ada masalah lagi, apabila dia senang untuk makan nasi dan sebagainya. Namun sejak 2-3 hari ni angin nafsu makan dia tiba-tiba berubah di tahap kritkal kerana hilang selera menjamah nasi atau bubur yang disediakn untuknya. Selama ni tak ada masalah timbul bab makan ni sebab dia sudah mula memakan makanan yg pedas seperti kari. Mungkin kerana batuk yang kadangkala menggangu kestabilan dirinya. Batuk yang dialaminya tidaklah serius, masih berada dlm kawalan lagi. Cuma dia kerap request kuih kegemarannya pau walaupun isi pau tersebut langsung tidak dijamahnya.
Sekarang ni aku dok berangan nak buat projek crochet dulu before boleh berangan nak buat projek knit pulak. Yang penting siapkan satu persatu dulu. Biar lambat asal siap. Buat masa sekarang ni aku dok study dulu bab crochet ni. Step by step guide dia semua kena faham betul2 baru boleh start projek aku ni. Alamak rasa macam student lah pulak. Dulu masa zaman sekolah adalah buat projek crochet ni, lepas tu hampeh tinggal terus so otak pun dah zero semula. Adalah basic2 dia yang aku tahu cuma tak selancar dulu2 lah kononnya.
Nak dipendekkan cerita entah macam mana sejak jadi mommy si marissa ni, tiba2 keinginan untuk bercrochet ni timbul semula. Dok belek2 projek orang2 yang lama dan baru, semuanya membakar semangat aku untuk sama2 menjoinkan diri dalam dunia crochet ni. Alangkah seronoknya kalau impian ini tercapai.
Buat masa ini aku akan mentelaah dulu ilmu untuk berkarya dlm dunia crochet, selepas itu aku akan beli barang2 keperluan untuk melaksanakan tugasan yang aku sendiri wujudkan ini. Setakat ni adalah aku beli majalah crochet ni bertajuk ' woman own present #19 Country Afghans' okay gak lah isi kandungan majalah ni.
Selain tu aku dok research kat internet, sambil2 tu adalah rakan2 yang perihatin dok bagi info pasal crochet ni. Thanks pada yg sudi support me!
Kami sekeluarga baru pulang dari swiss-garden & spa, kuantan pada hari sabtu yang lalu. Kebetulan semasa berada di sana hotel tersebut dlm proses kemaskini. Suasana agak bising dan kelamkabut bunyi mesin, pertukangan dan staff-staff yang sibuk mengemas kawasan yang diperbaiki. Untuk lari dari kebisingan dan kebingitan itu kami lari ke pantai. Di situ agak tenang dengan deruan ombak yang mencengkam di jiwa.
Hati aku tersentuh apabila terpandang deretan seperti bungkusan yang menjadi tembok kepada pasir-pasir yang putih dan gebu itu. Hakisan telah berlaku rupanya menyebabkan bayk pasir telah hilang ditelan ombak yang deras yang seperti kelaparan. Namun keindahan dan ketenangan tetap utuh teguh untuk dinikmakti. Syukur alhamdulillah pantai tetap cantik, permandangan tetap ceria dan berseri.
Kami sekeluarga ingin mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU' & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA' kepada kaum keluaga, saudara mara serta sahabat handai yang mengenali kami di sini. Semoga azam lama dan baru tercapai, dan Semoga berbahgia selalu hendaknya, amin..
Gedebak gedebuk! dah nak masuk awal tahun 2007. Umur marissa pun semakin meningkat, tahun depan 2007 masuklah 3 tahun. Wah! dah semakin membesar anak aku yer! Sekejapnya masa berlalu, macam tak percaya saja! Adek jangan nakal-nakal ya! mommy love u!