pn-iena

Marissa risau betul bila tau ayah dia demam. 2 Hari lepas macam tu, malam buta org dok tidur marissa xdapat lelapkan mata. Ayahnya tidur di bilik sebelah utk mendapatkan ketenangan setelah diserang demam. Kebetulan panas banget badan tu. Terkejut ayahnya bila terasa sejuk di dahi, baju pulak basah skit. Tapi ayahnya mamai lagi waktu tu, so letak tuala tempat lain, cuma kehairanan mana dtg nya tuala basah ni? kebingungan sekali..

Terasa tilam bergegar, rupanya marissa dok lompat2 sah lah tak tidur lagi. Sempat lak dia kata "mommy seluar basah!..mommy mommy.." marissa dok teriak. Terkejut betul tengok keadaan marissa yang basah kuyup tu. "Eh! marissa kencing ke ni? kenapa basah ni?" soal mommy kebingungan. "Tak..air kosong" jawab marissa selamba. Air kosong? dok perati abis alas tilam lembab..erk! terkencing ker marissa ni? "Tunjuk mommy air kosong kat mana?" "Tu hah..." marissa tunjuk ke arah toilet. Lorrrr main air rupanya terdetik dlm hati bahaya sungguh main sorang2 waktu2 macam ni. Cepat2 suh marissa bersihkan badan tukar baju. Takut dia lak terdemam.

Pagi2 cerita kat ayah, rupanya ayah pun nak bertanya ngan mommy gak pasal malam tadi. Bila dikaji selidik baru tau, rupanya marissa telah membasahkan tuala kecil lalu ditepeknya ke atas dahi ayah. Tapi oleh kerana marissa tak perah tuala tu, maka menitik2 lah air berjuraian keluar. Bila difikirkan balik itu satu kebaikan yang telah marissa lakukan. Ada juga perasaan tanggungjawab utk menjaga ayahnya yg telah demam. Ishkk baru 3 tahun lebih dah ada perasaan macam tu sungguh ku tak percaya. Syukur dpt anak yg baik bergini..

Semalam balik dr kerja ayah ada menceritakan kisah marissa ni. Tak sangka mereka tergamam dan mengatakan benda ni " so cute..." kecil2 dah tau jaga ayah demam..

pn-iena
Menanti hari ni menunggu masa saat2 melahirkan second baby ni. Cepatnya masa berlalu dan harinya akan tiba. Hari2 baby bergerak dlm perut ni, sampai senget benget perut ni dibuatnya. Sukalah tengok dia bergerak aktif. Cuma balik dr Johor hari tu, 2 hari dia mengeras diam saja. Badan mmy dia pun jadi tak sihat, lemah semacam. Nama baby dah tersedia ada, cuma bila bab nak memilih tu yg sakit kepala. Si ayah selamba kata buat apa nak pening kepala nama tu dah oklah tu. Si marissa pulak mmg dah panggil dengan nama tu setiap kali tegur adik dia dlm perutnya. Hendaknya semuanya berjalan dengan lancar..amin
pn-iena

pn-iena
Chek in

Marissa tidur dan bersiram


Swimming pool


Pantai


Suasana di waktu malam

pn-iena
Marissa tertidur semasa dalam perjalanan ke rumah penginapan pengantin perempuan untuk menghantar rombongan ke rumah pengantin lelaki pada 15mac sabtu.

Nor Shuhaili & Mohd Maliki

Berselera manjamu lauk pengantin
Kami pun tumpang sekaki makan di meja pengantin lauk pauk dia mmg sedap, pandai orang Jerantut masak.
pn-iena
Hari ni 12 march sampai masanya checkup di klinik. Ayah & Marissa sibuk temankan mmy pi checkup sebelah pagi. Doktor buat last scan untuk confirmkan sekali lagi jantina baby. Syukur alhamdulillah nampak jelas kali ni jantina dia. Rasa berbaloi list nama tu walaupun 3 nama jer jadi pilihan. Ayah dah tengok nama tu semua rasanya dia ok saja.. Tak kisahlah yang mana satu jadi pilihan tiga2 nama tu mmy berkenan. Tapi tak nak lah letak nama panjang2 nanti panggil nama pendek juga. Selain tu boleh jimatkan ruang kosong isi borang masuk university nanti..eheh saja lah melawak.
Tup tap tup tap..wah dah masuk lapan bulan ni, nak bersalin di mana yer? Rasanya hospital yg sama masa lahirkan marissa pastu berpantang lah kat KB. Masa marissa berpantang di JB kira kasi adil dan saksama lah yer. Ni nak berpantang 44 hari berjauhan ngan ayah confirm marissa rindu. Nasib baik leh buat video call so tak terasa lah kot janji tempat tu ada 3G.
pn-iena

Marissa = Seorang Yang Bersopan Santun


Kebetulan sibuk mencari nama2 untuk second baby ni. Apa lagi terjah sana sini terjumpa website ni. Makna2 nama tersebut boleh didapati di website Himpunan nama2 indah dalam islam. Bagi yang sedang mencari2 nama baby tu bolehlah sama2 berkongsi mencari nama di sini.

pn-iena


Gedebuk!! mata kami mencari2 apa yang terjatuh tu? Ayah berteriak "mommy!! marissa tu!" tengok keadaan muka ayah yang panic. Hah?Marissa, cepat2 toleh ke atas sofa. Marissa tak ada kat situ tapi dah terjatuh ke bawah. Tiba2 marissa meraung menangis kesakitan. Bibir bawah bibir marissa mula berdarah. Kami berdebar2 cuak gila. Cuba perlahan-lahan suruh marissa buka mulut, lapkan darah semua tu. "Allah" hati berdetik. "Dalamnya luka. Macam mana ni? nak bawak klinik ke ni? Tak apa mmy cool relax. Tengok ayah buka peti atas cari ais, pastu macam blur terus beredar. Malas nak byk tanya terus saja pergi ambil ais lalu lapikkan dengan tuala. Terus tekapkan kan dlm mulut marissa tu. Kemudian tekapkan dibahagian luar pula tengah2 antara dagu dan bibir. Tak lama darah mula beku, alhamdulillah reda seketika. Marissa takdapat lelapkan matanya, kerana semasa kejadian dia tertidur atas sofa. Tanggannya memegang sendiri tuala berisi ais yang masih menekap, rasanya kesejukkan itu membuatkan hilang rasa sakit. Pagi2 tengok dah ok. Alhamdulillah luka tu bercantum semula dan kering. Tapi kalau tengok diluar kelihatan birat dan lebam.

pn-iena
""Author: liz772 Time: 27-1-2005 04:45 PM
Amirah - Puteri
Marissa - yg penyantun dan penyabar
ni org tua yg kasi dia carik lam al-quran...""

""Author: marissa_irayu Time: 4-1-2006 01:40 PM
'QUOTE:
Originally posted by pinkeygurl at 12-7-2005 02:58 PM
marissa ade makna x...or arissa mira...please chek kan maknenyer....confuselah.... '
marissa maknanya yg penyantun dan penyabar ""

""Author: pinkeygurl Time: 5-1-2006 11:48 AM
r u sure ker?? marissa ada makna dlm bahasa arab or ur thinking only bcoz ur name??please confirmkan bebetul....""

""Author: marissa_irayu Time: 5-1-2006 12:16 PM
i am very sure .... i read somewhere masa i nak carik nama utk baby i (ingatkan baby i girl rupanya baby boy so tak jdlah nak kasi nama tu.""

Terjumpa artikel ni di forum3.cari.com.my

Kebetulan saja searching cari nama-nama baby, terjumpa pula makna Marissa tu.


pn-iena
Si kecik Marissa yang baru hendak mencecah 4 tahun umurnya pada October ini telah banyak membuat kejutan terhadap keluarganya. Bayangkan kanak-kanak sekecil ini sudah pandai on off laptop sendiri. Bukan itu sahaja malahan pandai on internet sendiri. Kebetulan ID & paswordd memang tersedia ada. Dia bijak mememilih icon di dekstop untuk on internet. Kami sebagai parents dia tak pernah mengajar cara-cara untuk membuka internet. Malahan dia boleh mencari icon untuk membuka lama web kegemarannya sendiri. Marissa tidak perlu meminta pertolongan dari parents nya.
Pada mulanya kami tidak menyangka si kecik ini bergitu minat dengan komputer. Syukur alhamdulillah setakat ini dia searching benda yang baik saja. Contohnya search website game dan pendidikan serta hiburan saja. Namun bergitu kebanyakan websitenya kami telah pun save as favorite atas nama folder marissa.
Apa yang Marissa Minat?
-melukis dan menconteng.
-belajar sendiri secara online.
-mengeluarkan bakatnya secara praktikal.
-mempelajari byk bahasa selain bahasa ibundanya.
-guna PDA untuk melukis dan bermain game (tau on off).
-lagu Apek (Aspalela),Aliff (Sayang-sayang)
& Che'Nelle (I fell in love with the DJ).
-mengajar sponge bob menyambungkan huruf.
-menyanyi dan menari.
-komputer
pn-iena
"Ibu bapa perlu membiasakan kanak-kanak dengan persekitaran sekolah yang selama ini menakutkan mereka."
PUNCA ANAK ENGGAN KE SEKOLAH
- Masalah dengan kanak-kanak lain seperti diejek atau dipulaukan.
- Masalah dengan guru.
- Ancaman kecederaan fizikal daripada pembuli.
- Malu atau takut setelah diejek atau dibuli.
- Masalah dalam pembelajaran.
- Masalah pergaulan seperti kemahiran bersosial yang rendah dan rasa rendah diri.
- Konflik keluarga.
- Masalah psikiatri seperti kemurungan, Anxiety Disorders, Attention Deficit Hyperactivity Disorder'(ADHD) dan lain-lain lagi.
Tip mengatasi anak enggan ke sekolah
- Fahami punca sebenar mereka enggan ke sekolah.
- Berikan gambaran yang positif tentang sekolah serta kepentingan sekolah kepada masa depan mereka.
- Dalam usaha mengatasi masalah ini, ibu bapa perlu bersikap tegas dan konsisten dalam menangani tingkah laku anak yang negatif.
- Dapatkan kerjasama daripada pihak sekolah dalam menangani masalah yang dihadapi.
- Dapatkan bantuan profesional jika masalah berlarutan.

sumber: Oleh Roslah Othman (roslah.othman@utusan.com.my)
pn-iena

pn-iena