Bapa sepatutnya kena wujud suasana mesra supaya remaja tidak takut luahkan segala permasalahan
INTI PATI
Tanggungjawab bapa
Bapa perlu melindungi dan memelihara keimanan ahli keluarga supaya tidak hanyut dalam arus kehidupan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.
Bapa patut wujudkan suasana mesra dengan anak sejak kecil lagi, bertanya khabar dan perkembangan anak supaya ruang perhubungan sentiasa terbuka antara anak dengan bapa.
Bapa yang prihatin akan sentiasa menjadikan pendidikan anak suatu keutamaan. Anak perlu didedahkan dengan contoh cemerlang seperti ulama dan orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak perlu didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama serta budaya memberi dan menjawab salam. Anak akan mengikut asuhan solat sebagai cara mengajar dirinya menghargai masa
Tanggungjawab bapa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, termasuk penghayatan agama, keibubapaan selari dengan peredaran zaman untuk memimpin keluarga mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Anak lelaki yang mendapat teladan baik daripada bapanya akan membesar menjadi lelaki berperibadi seimbang dan bakal menjadi suami yang baik serta mendoakan kedua ibu bapanya.
Penulis ialah Pegawai Penyelidik Pusat Syariah Undang-undang dan Sains Politik, Ikim
(sumber*Oleh Mastura Mohd Zain bhrian)
Semalam kami meluangkan masa berkunjung ke
Palace Of The Golden Horses Hotel. Tempat lokasinya ialah di
Seri Kembangan. Kami ke sana setelah mendapat undangan dari pihak hotel tersebut.
Keadaan di sana memang terpikau dan memukau, maklumlah tempat persingahan celebrities dan orang kenamaan. Letih dan sangat penat meronda satu kawasan hotel tu, boleh lah dikatakan melawat sambil berlajar. Untuk jadi membership boleh join
Palace Vacation Club byk tempat menarik untuk berholiday dan macam2 aktiviti disediakan.
Alkisah Marissa! Pertama ketika marissa duduk di atas kerusi tiba2 saja terjongkong ke bawah dengan keadaan kaki sebelah terangkat. Nasib baik takder apa2, cuma bahagian mulut ada calar merah sikit, mungkin terkena meja sewaktu kejadian tu berlaku.
Memang terkejut sebab tak menjangka akan berlaku macam tu. Cepat2 ayah dia angkat dukung pelok kuat2, tapi tiba2 marissa berlari ke arah pintu dan menjerit dengan sekuat hatinya. Sampaikan semua tetamu yang berada di situ terkejut besar. Dengan sepantas kilatnya terpaksalah bawa marissa pergi dari situ untuk menenangkan hatinya. Agaknya kenapa dia berperangai sedemikian? Hanya satu sebab iaitu 'malu'.
Kedua perkara serupa hampir terjadi apabila tiba2 salah seorang staff di situ menarik kerusi marissa yg sedang leka melukis sambil bersenggayut di meja dengan keadaan kakinya di tengah kerusi ketika itu. Dan membuatkan kakinya dihujung kerusi. Memang agak pelik dan kelakar, persoalan yang bermain di fikiran ketika tu, "kenapa tak nampak?"