pn-iena


'Tesco Baby & Child Photo Contest'



Syarat nak join this contest kena tunjuk resit pembelian tesco. Wajib melebihi rm50 ke atas baru boleh join. Kiranya nak join contest ni free lah kan? So fikir2 dari dibuangkan sahaja resit tu baik masukkan marissa dalam contest ni. Siap sewakan baju untuk marissa. Sehelai rm10 mahal kan? untuk pakai beberapa minit jer. Sajalah nak kasi marissa dressing ala-ala super model. Tapi bila sekilas pandang macam kartun salormoon pula ekekekeke... Fadli jangan ceritalah dah terbongkang tidur dengan aman. Mariisa memamng berposing sakan.. suka tengok dia happy!!

Ingatkan lepas sesi bergambar bayar sewa baju dan pilih gambr untuk masuk contest terus boleh blah!.. Rupa-rupanya nak kena ketuk gak ni. Sekeping salinan foto untuk di bawa pulang rm10 kalau dah 12 keping? erk! tu pun dia kata siap dengan album sekali lebih kurang totally harganya rm250 ke atas. Pulak... sorry lah marissa... bulan ni betul2 tengah kering. Nanti kita bergambar satu family di studio ya! Bayaran pun lebih kurang juga kan.. Lagi jimat! ekekeke Bukan apa kita tak planning pun nak buat gambar cam studio tu kan so lain kali lah ya! Kalau tengok result foto2 yang marissa dok berposing tu hampir tergodajuga lah kan. Kompem lepas kitaorang blah gambar2 tu semua kena delete!!!.. Huhhuhuh abaikan lah lagipun ada gak kenangan dlm N73 ni.. alalalalallaa tak kisahlah walaupun tak pro.. janji ada

pn-iena




YumYum Yum... saja jalan2 cari makan sebelum bershopping bekalan keperluan dapur. Ni pun gambar marissa sebelum shooting... kasi dia makan kenyang2 dulu waakkakaka.. Ops! sat lagi leh tengok marissa jadi ala2 model gitu untuk pertandingan yg diadakan tesco. Curyy mee tu pakcik budak2 tu punya saja datang kasi riuh sikit umah tu. Yang cantonese mee tu mommy and Ayah yang punya... ehehhe Laparrrr.. Oh ya! gambar nasi goreng yang last tu baby fadli yang punya...

pn-iena
Nasi Goreng Baryani Daging

Bersama Ulam-ulaman daun pegaga atau gagan, timun dan tomato.. cili sos memang wajib.. ehhehe





Marissa Gedik & Buku-bukunya

Hah! gambar2 ni marissa sendiri yang snap guna N73 mommy dia lah. Kalau amik pakai camera depan gambar kurang power amat2 kurang memuaskan nampak cam blur2 gelap jer.. kalau camera belakang tu memang power. Marissa kan berangan nak masuk show 'Tom Tom Bak' bermimpi di siang hari nak jumpa uncle Aznil.. Hehehe
pn-iena

Lodeh Mak Lodeh

Anita Sarawak - Lodeh Mak Lodeh
Lodeh hai mak lodeh Lodeh anak Pak Salleh Cucu Osman Janggut Kaki untut hingus meleleh Boleh cik abang boleh Tolak sampai boleh Datuk sampai semput Lemah lutut kaki letih [ Lodeh Mak Lodeh lyric found on www.lirik.tv ] Lodeh hai abang lodeh Lodeh anak Pak Salleh Pakai baju labuh Seluar longgar hampir terlondeh Boleh atau tak boleh Jangan dalih dalih Tunggu buah tak jatuh Lutut lenguh kaki letih
PS: Layan jer lah lodeh tu... ni kalau raya kompem masak camni jer tambahkan rendang semua wahhh... best! tu yg seronoknya beraya di johor... Tahun ni beraya di kelantan..huhuhu



Itu lah dinding yang kena conteng dek budak2 ni. Marissa kerap melayan karenah fadli ni. Sekejap nak main kat tinggkat atas sekejap kat bawah ni. Takut jatuh je kalau naik bersendirian. Kakak juga tukang pimpin. Nasib baik kakak sayang sangat kat adik dia. Dah lama nak adik baru ni dapat pandai dia menghargainya. Hati budak2 kan kita mana tahu. Si fadli lak orang dok snap gambr dia sedap2 skodeng hidung kemek dia tu.sabr jer lah.,. Hahaha adeii kelakar lah fadli ni. Kakak pula seronok naik basikal adik, nasib baik kakak kecik kalau tak terbarai basikal tu hah.
pn-iena






from Ihsan


Terima kasih yang tak terhingga Cheq moon dan Ihsan kerana sudi memberi awards yang cute2 belaka. Sangat2 suka!!.. Cheq Moon masih single siapa yang teringin nak meminang boleh singgah kenal di blog cheq moon.. Hehehe borang kosong ada lagi kan cheq moon lepas ni ramai bertandang isi borang meminang... eekekeke..

Si Ihsan ni pula student...tak sure single lagi ke tak..yg pasti ramai tersangkut dengan kemanisan wajahnya..muka ala2 'david beckham' hehehe tak caya boleh jenguk blog dia.. memang jenis peramah ni.. kan dek kan... dia suh tolong carikan calon..so kita war war kan di sini lah ya! ahahahhaha jangan maree...


ps: cheq moon dan ihsan sila amik tag & awards di entry Tag & Awards ni ya!



*Kepada 'followers' dan 'my blog list' jemput ambil all this awards.. =) salam persahabatan dari pn-iena*
pn-iena
Nasi goreng & Fadli



Layan lah nasi goreng daging ni.. walaupun tak memikat yg penting rasanya.. huhuhh ngau ngau bau dia.. Si fadli pula bila kakak dok sibuk melukis menulis dia pun sibuk gak. Tapi panjang dok memikir nak lukis apa kot. Siap ada gaya lagi tu. Tengah dia berangan sempat lah dok snap muka dia yg blur tu. Fadli ni pun kalau menconteng tu bhgan dinding tangga. Abis dia menconteng, memang berseni sangat2. Nak buat macam mana tengok2 dah melekat contengan tu tak dpat nak buat apa dah. Budak2 ni tengah membuas cergas macam2 dia nak buat. Bila diorang tengah membuas macam ni maknanya tengah menerokai kepelbagaian benda yang boleh dilakukan. Mencuba sesuatu yg baru amat menyeronokkan. Itulah zaman dunia kanak2. Hanya kanak2 yang memahami dunia fantasinya.

Fadli kan kalau nak pakai seluar dia angkat kaki kanan dulu lepas tu kaki kiri pula. Walaupun nak terjatuh dia selamba tak berpaut pada apa2 pun. Senang dah nak sarungkan seluar tu gaya macam budak besar. Fadli baru jer setahun lebih, tak padan dengan umur apa kakak dia buat ikut sahaja. Sampai turun gelongsor kanak2 besar yang macam terowong tu pun dia belasah main. Sampai terpinga2 fadli bila sampai ke bawah yelah sure pikir awat lama sangat mengelongsor ni, biasa sekejap jer..hehehe.. Mulut pula tak stop dok bercakap..dah macam mulut murai.. Banyak betul bercerita nasib baik tak jadi cam MEGA (iklan Mega tu sapa tahu?) Sampai pontianak pun dok gelak wakakkaa... Hah kalau naik basikal comel dia tu siap buat bunyian ala2 motor.. style menunggang cam mat rempet hishhh risau dibuatnya.. takut tertonggeng tergolek jer dok berdiri atas tempat duduk tu... ingat superman ke fadli?



ps: Haritu kan nak kuar kedai si ayah sibuk memanggil fadli.. Si fadli pula tak sempat pakai seluar lagi.. Bila di suruh pakai seluar cepat2 dia hulurkan kepala? adei tak tahan gelak.. Bila cakp angkat kaki tu pakai seluar ni..baru dia angkat...lepas sarung seluar terus berlari meluru ke arah ayahnya... Adeii fadli fadli..ada ke kepala nak pakai kat seluar... HAhahahahaha kejut mommy
pn-iena





Ahaks! ni lah aktiviti marissa masa lapang. Bila dia rasa bosan mulalah melukis. Ini diantaranya yang marissa betul2 suka. Cepat2 dia tunjukkan kat mommy. Marissa ckp " cantik tak mommy?" Erk mestilah jawab cantik kan..kalau tak nanti dia majok..hehehe. Siap tulis nama lagi pada setiap lukisan tu. Yang kelakar bila ditanya "Kenapa lukisan marissa atas perut tu ada titik?" dengan selamba marissa jawab " Tu kan pusat! semua orang ada pusat!" Erk! yang peliknya kenapa pusat leh tembus atas baju? Wakakakak adeii tak tahan gelak masa tu..Marissa mencebikkan bibir dia, sedihlah kan kena ketawakan. So pujuk lah kan cian dia. Betullah apa yang dipikirkan marissa tu cuma..pusat leh tembus atas baju tu yang tak tahan tergelak sakan. Lagi2 bab kaki..adei cam orang patah kaki pun ya! tak apalah ni lah imaginasi marissa yg berusia 4 thn lebih... bulan 10 ni genap 5 tahun.
pn-iena

However it comes with these rules: You must thank the person who gives you the award. Copy the logo and place it in your blog. Link to the person who has nominated you for the award.
Name 7 things about yourself that people might find it interesting.
Nominate 7 other Kreativ Bloggers. Post links to the 7 bloggers you nominate. Leave comments on each of the blogs to let them know they have been nominated.
7 teratas from My Blog List:





Awards from yati

Award from chekdenoor

Okies ada lagi aawards daripada Chekdeenor dan Yati. Terima kasih banyak2 nya. Moga persahabatan di alam maya ini akan terus berkekalan.. Selamat berblog ya! =) Ops! Maaf Chekdee dan Yati sila ambil tag di atas tu juga ya...

pn-iena
Aktiviti hari sabtu

Saja membeli belah di giant kinrara. Maklumlah penuhkan semula bekalan makanan dalam peti ais tu. Kebetulan pakcik kepada marissa fadli ni bertandang ke rumah. Sajalah menjenguk anak sedaranya yang comel loteh tu kan. Suka betul marissa fadli bila ada orang melayan dia bermain. Biasa nak jumpa pakcik kena balik johor, sekarang pakcik keje di kl so senanglah nak berjumpa.



Aktiviti hari Ahad
Inilah dia keje dua beradik ni, pantang nampak ayahnya cuci kereta sibuk lah mereka nak menolong. Ahkhirnya lepas cuci kereta cuci cermin lak si fadli ni. Tahap kerajinan yang ketara. Kakak pula sibuk nak main sana sini, sesekali datang mengacau adiknya syok mencuci cermin. Leka betul fadli buat keje tu. Hehehe bagus gak macam ni mengisi masa lapang dengan benda yang berfaedah. Tapi bila dah basah kuyup nak suruh masuk mandi punyalah payah. Kena dokong ke dalam rumah baru berjaya memandikannya. Fadli ni kalau dah jumpa air memang payah nak berenggang. Kalau mandi tu sipa masuk dalam besen takpun baldi yg selalu jadi mangsanya. Bukan main lagi dia berendam..HuhuHuhu..

pn-iena
Ayam Tandoori

Marissa Fadli tak menyabar nak makan. Fadli tangan dah ready nak terkam ayam tu. Sabar2 kita tunggu Ayah balik dulu ya! Mari2 berposing depan n73 mommy. Ayam ni kita tak bakar, tibai goreng je.. Hahaha layan je lah kan janji kenyang..


spaghetti

Kadang-kadang tekak ni nak pekena spaghetti juga. Bahan masakan tibai apa yg aa dalam peti ais. Jadilah kan janji kenyang perut. Makanan kegemaran hubby ni.. Hehehe




Durian

Jauh tau durian ni sampai sini. Dari Kuantan Pahang. Untuk menyenangkan makan siap2 kopek simpan dalam bekas. Siapa yang perabiskan? Mommy dia juga! Hahah maklumlah hantu durian. Hubby kurang sikit durian2 nyampah macam mat salleh lak..Muahahhaa





Ubi

Jauh tau ubi ni merantau dari kelantan sana mari. Ubi ni sangat2 lah besarnya. Tak silap hari tu ada 6 biji so siap bawakan untuk mak di johor. Boleh nak buat kuih atau sebagainya. Oleh kerana sebiji tu besar gedabak boleh lah buat dua jenis makanan. Ubi rebus & Ubi goreng kfc. Suka betul budak2 ni menikmatinya maklmumlah jarang jumpa ubi2 ni.
Alkisah di sebalik tabir atau dibelakang tabir. Fadli ni punyalah takut tengok ubi atas lantai. Siap tunjuk2 tanya apa kebendanya tu. Mommy dia pula menyakat! siap golek-golek kan ubi..maka terguling2 lah ia macam filem hindustan. Fadli apa lagi lari lintang pukang lah. Melalak nagis, nasib baik ada kakak dia sebagai penyelamat huhuhhu..kelakar betul tengok fadli camtu..lepas tu jenuh pujuk balik merajuk pula si fadli ni.



ps: Laporan terkini Fadli dah pandai berpusing2 ala2 patung muzik tu..ahaha lepas tu pening maunya melayang-layang badan tu.. Pandai bergurau senda ngan kitaorang ni, Ops kalau nampak ayah buka cermin mata cepat2 dia suh pakai..hmm takut sangat ayah tak nampak ke.. Fadli fadli


pn-iena
BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
. Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.§ Saudah Binti Zam'ah.§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).§ Zainab Binti Jahsy.§ Maimunah Binti Harith.§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim2. Abdullah3.. Ibrahim4. Zainab5. Ruqaiyah6. Ummi Kalthum7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda)..
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith2. Muqawwam3. Zubair4. Hamzah ***5. Al-Abbas ***6. Abu Talib7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)8. Abdul Ka ' bah9. Hijl10. Dhirar11. Umaimah12. Al-Bidha (Ummu Hakim)13. Atiqah ##14. Arwa ##15. Umaimah16. Barrah17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yangpada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslamandan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..- Aku melihat cahaya dari lidahnya.- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah..- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.- Wajahnya seperti bulan purnama.- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut..- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.- Janggutnya penuh dan tebal menawan.- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.- Rambutnya sedikit ikal.- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.- Rambutnya terbelah di tengah.- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.- Seimbang antara kedua bahunya.- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.- Warna putihnya lebih banyak.- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.- Warna kulitnya putih tapi sihat.- Kulitnya putih lagi bercahaya.- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.- Badannya tidak gemuk.- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit.- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

ps: Tadi terima email FW: BIODATA RASULULLAH SAW
Bagus untuk pengetahuan kita semua.. renung2 kan lah ya!
pn-iena
Marissa Fadli sedang menikmati jemput2 kosong Mommy


Hah ni lah jemput2 kegemaran marissa fadli. Berebut nak makan tu. Nasib baik kakak dia penyabar senang hati suapkan adik makan sekali. Kakak siap tiupkan supaya sejuk. Yelah baru angkat makan panas2 tak sempat nak sejukkan. Diorang ni kalau jemput2 kosong laju makan..tapi kalau letak isi jangan harap nak makan. Maunya buang semua isi baru nak jamah.

Perkembangan Marissa Fadli
  • Marissa kuat makan sekarang ni jangan tak percaya. Makan berselera pun sebab makan bersuap. Lagi2 nampak adik dia bersuap sekali. Meriah lah makan berdua. Cuma bila ada bertandang ke umah dia suka buat perangai tak nak makan tahu nak main sahaja. Menulis semakin mahir dah.. alhamdulillah kita follow dari belakang saja. Biasanya marissa akan copy paste abjad2 tu semua... copy paste by minda sahaja. Kenal dah semua huruf dan abjad 'abc-z dan 1-100'. Setakat tulis nama sendiri and family lancar dah. Cuma marissa suka cakap lukis bukan nya tulis? Hmm dah betul kan banyak kali tak bertukar juga sama saja.
  • Sangat2 sayang pada adik dia, rajin membantu kalau hal untuk adik dia. Sudah boleh tidur berjauhan bukan berjauhan bilik sahaja, berdikari sangat2 tidur sendiri. Malahan boleh tidur ke rumah sedaranya mengikut nenek atok sebelah ayah dia. Syaratnya mesti ada teman untuk bermain, kalau tak sure ingat nak balik rumah saja HEhehe.. Yang kita ni pun dok teringat saja nasib baik setakat sehari kalau 2-3 hari mahunya pergi bawak lari balik.. nyenyenye...
  • Fadli? Waduh comel sangat2 semakin comel. Suka buat muka manja dia. Kalau kita muncung kan mulut mulalah dia kiss kita semula ahahah syok jer layan budak kecik camtu. Solat? alhamdulillah makin rancak dia mengerjakannya walaupun dia tak tahu erti solat. Namun perbuatannya itu membuatkan kita rasa terharu dan bangga. Insya'allah jika didikkan yg baik kita beri maka baiklah jadinya.
  • Suka terjaga malam2, memang kerap bangun malam. Kiranya sepanjang malam dia akan terjaga dari tidur setiap jam, bayangkan boleh cecah 10 kali terjaga. Dan 10 kali terjaga itu jugak lah dia minum air kosong setiap gelas. Setakat makan dia memang sudah dibiasakan makan nasi biasa makan lauk pauk orang dewasa juga. Masalahnya tekak dia berselera nak makan macam tu. Sumbat saja apa memang makan kuat berselera sangat. Badan pun naik gebus dah tu sedap2 rasa untuk dipeluk hehehe. Pandai dah panggi "ayah ayah.." memang nyata sangat sebutan dia.. lagilah time dia meraung dok jerit ayah sekuat hati, sampaikan terpegun kita mendegarnya. Lain2 lagi sebut " Air..air, nak nak".. Kalu panggil Mommy..."Mi.." takpun "ma maaa..." huhuhu bila nak betul2 sebut mommy ni..
  • Kalau depan tv dengar saja muzik mulah hentakkan kaki goyangkan pinggulnya. hahha sangat2 comel tau!.. hentakkan yang ala2 askar, dan macam atok jb pencen sarjan Ahahaha. Kakak dia pun sama suka melayan karenah adiknya. Baca buku..ahhhh baca buku sama kakak dia lah.. dok dlm bilik khas kat bawah ni. Bilik tu boleh lah kalau orang bertandang nak tumpang solat. Oklah setakat ni tu dulu info2 pasal anak2 kami ni.. Daaaa
pn-iena
Minggu Lepas Kitaorang sekeluarga pulang ke kg halaman melawat nenek budak2 ni yang tak sihat. Kebetulan kitaorang balik tu dah boleh kuar wad. Jadi dapatlah budak2 ni luangkan masa dengan nenek kesayangan mereka tu. Hari Ahad tu kitaorang temankan pi buat dialysis. Seperti biasa adik juga yang menemaninya. Entah mengapa sayu hati melihat keadaannya yang lemah. Hanya semangat yang kuat membuatkan dia berusaha melawan segala penyakit yang menumpang ditubuhnya. Lagilah ditemani cucunya, semakin tabah dia mengharungi segala dugaan. Kami berdoa agar cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Moga Allah sentiasa melindunginya dan memberi keberkatan. Dugaan yang ditempuhi ini menandakan yang Allah menyayanginya. Hatinya bertambah gembira bila besan juga mengikut bersama untuk melawatnya. Nasib baik mereka berdua rapat, syukur alhamdullillah.


Disebabkan setiap dialysis mengambil masa panjang lebih kurang 4 jam setiap kali rawatan dijalankan. Maka kami pergi meround dulu disekitar bandar johor bahru. Singgah sebentar ke 'the zone atau pun complexs bebas cukai'. Wah! offer sana sini diskaun. Syok! betul sampai 70% pun ada. Cari2 baju tiada yang berkenan di hati. Last2 dapatlah dompet warna hitam siap bereben lagi. Memang berkenan sungguh! Niat di hati nak beli yang size panjang, tapi disebabkan MIL minat yg size kecik maka ikutkan sahajalah. Takut dia berkecil hati. Jenama apa? 'Celencee' tak kisahlah janji memang berkenan sangat design dia tu..cute! Kulit pun lembut jer. Gedebak gedebuk cecah rm70++ juga tu.. Nasib baik ada diskaun 20%. Hubby senyum jer, pasal dia tau wife dia berkenan yang macam mana. Wallaaa.. tak kisah lah. Warna putih pun cun juga, tapi bila kedengaran suara2 sumbang mengatakan nanti cepat kotor, maka berkorban lah juga ahaks! Rezeki jangan ditolak amik jer dulu. Nanti nak beli dompet yg panjang juga tak kira tak kira nak juga, Hehehee. Budak2 ni hubby belikan baju tapi ditempat yang lain. Gambar meround memang tak amik lah pasal bukan nak suka2 pun ke sana..


Opss! sat lagi masukan gambar dompet tu. Marissa tiba2 request jemput2 pula.. jap eh!. =)


*update: Gambar dah masuk tu kat atas... muahahaaaa




ps: Cian hubby 2 hari lepas tak sihat badan. Risau kita dibuatnya. Lepas ni kena jaga kesihatan 100% !!
pn-iena

Lumut Waterfront





Giant diantara Lumut Waterfront dan Swiss




Sebelum keluar meronda jalan2 dari kawasan Swiss, marissa sempat lagi bergambar atas keretapi swiss tu. Saja jer buat kenangan. Kebetulan tak jalan pula so tak dapat naik lah keretapi tu. Kitaoranng ronda2 naik kereta saja lah, tu yang sampai ke Lumut Waterfornt. Best betul kat sana tu angin bertiup kencang. Dah lama tak sampai sana. Tapi memandangkan waktu tu tengahari so cuaca pun panas, budak2 tak tahan lama2 berehat di situ. Dalam perjalanan pulang ke Swiss singgah Giant sebentar. Budak2 syok dok melepak main2. Lepas tu shopingg sikit makanan ringan. Masa kuar giant tu jumpa pula kedai makan cendol apalagi pekena cendol, mee rebus & nasi indon.



ps: Gambar masa check out
pn-iena

Swimming Pool Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut

Meronda-ronda dulu sebelum cari tempat nak berenang. Si marissa fadli paling tak sabar nak berenang. Siap bawak baju renang dua beradik tu. Seronok tengok fadli marissa belajar berenang, kelakar sangat2 sampai ayah pun nak terminum air kolam. Si fadli lak kuar saja dari kolam tu dia leh terkucil lak, selamat kalau tidak pepaham ler..Hehehe. Si Marissa tergelincir apa lagi terbatuk2 sebab terminum air kolam tu, tercungap2 berehat sebentar lepas tu tak serik sambung nyelam semula. Ayah juga terpaksa jaga budak2 main air, mommy tak leh jadi juru kamera jer.. Hehehe dapat rendam kaki jadi ler. Ni semua snap by video cam Everio mommy tu. Gambar tak bergitu memuaskan berbanding dengan N73 nokia tu. Yelah tu khas untuk video oklah. Jadilah janji ada gambar dan video kenangan. Insya'allah planning akan datang nak ajak family besar pi holiday sini pula. Memang best! lepas ni booking Apartment Country Resort, tempat pun selesa semua lengkap boleh masak2. Jimat pun ya!
pn-iena

Fun Beach Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut








Damai Laut Country Resort




Ini diantara aktiviti2 yang kitaorang sekeluarga lakukan di sana. Apa lagi kalau tak bersronok dip pasiran pantai kan. Memang best dengar deruan ombak, bermain pasir dan paling seronok tengok budak2 ni berseronoklah. Lagi time marissa seronok tulis nama dia dan adiknya belum habis tulis ombak menghakis tulisannya. Nasib baik sempat snap. Gambar mommy dia ada kat webcam belum upload dari situ lagi. Ini gambar2 yang ada semuanya snap by N73 kesayangan mommy diorang lah. Memang gatal tangan dok snap memanjang. Hubby pun dok rakam video jer memanjang sama2 lah tembak menembak ek! Hehehe.. Ada ke patut ajak wife dia main paintball Huhuhu tak larat badan ni kang kena dush dush memanjang. Baik nikmati percutian dengan pengisian yang lebih menenangkan jiwa dan raga ni.





ps: Okies! nanti masukkan lagi gambr2 yg lain.. banyak lagi ni nak upload..tungguu!!!..muahaha daaaa..