Swimming Pool Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut
Meronda-ronda dulu sebelum cari tempat nak berenang. Si marissa fadli paling tak sabar nak berenang. Siap bawak baju renang dua beradik tu. Seronok tengok fadli marissa belajar berenang, kelakar sangat2 sampai ayah pun nak terminum air kolam. Si fadli lak kuar saja dari kolam tu dia leh terkucil lak, selamat kalau tidak pepaham ler..Hehehe. Si Marissa tergelincir apa lagi terbatuk2 sebab terminum air kolam tu, tercungap2 berehat sebentar lepas tu tak serik sambung nyelam semula. Ayah juga terpaksa jaga budak2 main air, mommy tak leh jadi juru kamera jer.. Hehehe dapat rendam kaki jadi ler. Ni semua snap by video cam Everio mommy tu. Gambar tak bergitu memuaskan berbanding dengan N73 nokia tu. Yelah tu khas untuk video oklah. Jadilah janji ada gambar dan video kenangan. Insya'allah planning akan datang nak ajak family besar pi holiday sini pula. Memang best! lepas ni booking Apartment Country Resort, tempat pun selesa semua lengkap boleh masak2. Jimat pun ya!