Sesekali memandang dua beradik si kakak dan adik sibuk bermain di atas sofa. Amboi berpelukan bergurauan, si kakak buat adik macam teady bear sabar sajalah melihat gelagat mereka. Ah! aku pula asyik melayan YM kengkawan yg sudi berborak sekali sekala. Sambil2 tu singgah blog2 kenalan manalah tau ada info2 terkini.
Hujan membuatkan aku terkenangkan kampung halaman jauh nun di sana. Teringat dulu2 bermandi-manda hujan. Memang tak takut demam. Sesekali kaki terpijak cacing yang gebus, huh!geli geliman rasanya. Namun hati tiba2 berubah bila melihat anak2 ikan berenangan,hati semakin riang dan girang. Terdengar jeritan!arwah nenek suruh masuk ke rumah. risau kalau cucu2 nya demam. Ah! semua tu tinggal kenangan.
Kisah anak2ku. Fadli kini semakin membesar sihat. 16 april lalu genap setahun umurnya. Sekarang ni semakin nakal, jatuh bangun sendiri, menangis diam sendiri, sungguh berdikari. Ahah! sekarang sudah pandai bersalaman, siap cium tangan lagi, habis basah tangan orang. Apa yang dilihat akan diikutnya sungguh cekap sekali. Biasanya dia suka meniru gaya kakaknya, sampaikan ngadap cermin dan bersikat pun tiru sekali. Kalau menari, goyang ponggong tepuk tangan dengan rancak sekali. Lagilah bila si kakak rajin melayan, semakin rancak lagi.
Naik basikal? Fadli memang dah pandai naik basikal. Basikal hadiah hari jadinya yg ke-1thn daripada nenek jb. Basikal tu sungguh comel macam tuan diri juga. Gambar2 tu ada tersimpan dlm n73 ni. Nantilah tunggu kerajinan diri baru masukan all gambar yang tersimpan tu. Kalau naik basikal panjat dr belakang baru duduk ke depan. Kalau mengayuh tu pakai kaki saja, dah macam kartun apa tu yg naik kereta pakai kaki jer. Siapa tahu sila angkat keyboard! terima kasih.
Bab Makan. Baby fadli ni bg sahaja apa makanan memang dia berselera saja. Sekarang ni dah mula makan nasi, lauk pauk macm kakak dia. Apa kakak dia makan dia pun makan. Gula2 yg lembut tu pun dia bedal. Memang kena latih gosok gigi takut rosak gigi tu. Rempenyek pun dia makan..ahahha mommy dia yg bg boleh gitu?. Manja tau si fadli ni kalau nak tidur kena cium bau mommy dia..lepas baring2 maka terlelaplah mata tu. Cuma time ada rancangan raja lawak dan Akademi Fantasia kebiasaannya fadli akan terlelap sendiri. Tahniah! pada Hafiz af7 juara AF musim ni. Tahniah juga pada Aril, sebabnya kami sekeluarga meminati mereka berdua. Hehe diary dan konsert tak pernah ketinggalan mmg sentiasa mengikuti perkembangan. Weh! dah lari tajuk ni.
Marissa? Ok pasal marissa pula. Dah berangan teramat nak pi sekolah tadika. Hari2 ckp nak pi sekolah. Tahun ni 11 oct genap lah umurnya 5thn. Bukan tak nak hantar sekolah tadika biar cukup rehat. Senang sikit nak pi holidays. Tapi tahun depan mmg akan hantar dia tadika lah. Ayah budak2 ni kata nak belikan mommy kereta.. betul ke? kalau dah alang-alang nak belikan tu dapat honda jazz jadi ler, ngidam dah lama ni.. hahahaa sure ayah bebel lepas ni.. dah bg betis nak peha.. kang ada kena baham! Bukan apa senang nak hantar marissa tadika ulang alik.
Marissa nyanyi lagu jepun? Yer betul lagu2 kartun kat astro yg jepun2 tu semua dia hafal, dia boleh nyanyi sama tu. Marissa memang minat kartun2 jepun dr kecik lagi. dulu doremon, atashinci, ni pula ninja lah utraman lah! hagemaru lah.. huh! macam2 lah lagi byk sgt kartun astro ni, naik pening kepala asyik berebut tukar channel ngan marissa ni. Lagu english yg pernah dengar marissa nyanyi 'high school musical' tu jer.. opss! terpaksa stop fadli merengek nak nenen dah ni... daaa
Bestfriend hubby semasa training di Germany selama 3 month. Baru saja balik Malaysia. Kalau tak hubby sampai juga ke sana, memandang kan wife dia tak kasi.. eheheh terpaksa membatalkan niat dia. Bukan apa lama sangat tu dok sana. Boleh jadi gila meroyan kena tinggal lama2. Tak percaya tanya faizal dok teringat anak & wife dia setiap masa. Tapi wife dia doktor so busy tak kisah sangat lah, kalau yg housewife ni apa kes... hahh.. sendiri mau ingat lah.. keh keh keh.. Yang penting hubby still keje company jepun.. tak payah gatal2 nak tukar company german lak.. ekonomi gawat ni..
ps: zal aku letak pic germany ko kat sini ek... jangan marah..
1. When was your engagement?
Jap! selak album checking tarikh Ahah! 21hb june 2003, sepatutnya '15 june' ikut my birthday tapi ada sebab2 tertentu yg tak dapat dielakkan maka relakan hati saja
2.When is your marriage anniversary?
Ada 2 tarikh sebabnya 6 Dec 2003 nikah & 7 Dec 2003 sanding
3.How long have you known your spouse?
Lebih kurang 3 tahun lebih lah..
4. How long did you date before you got engaged?
Susahnya nak jawab! cerita sikit lah yer. Kisah antara dua benua ni. Masa tu masing2 tengah study. Pertengahan Tahun 1999 berkenalan melalui chatting, terus beremail dan berutusan surat sampai 2001. Pada tahun 2000 tu dah declare pun. Dalam tempoh berkawan tak pernah bersua muka. Tukar2 gambr jer. First time jumpa pertengahan tahun 2001 setelah si dia grad dari Nagaouka University of Technology, Japan. Kasi peluang dia bekerja dulu pastu tahun 2003 kitaorang melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan lah.. habis cerita semua ahaha
5. Where did you meet your spouse?
Chatting.. meh habak kat alamak.com pastu baru sambung mirc pastu tukar ym.. hik hik hik
6. Do you have any children?
Sepasang dah sekarang ni.. Marissa (5 thn) Muhammad Fadli (1 thn)
7. Do you have any pets?
Takde
8. Do you own or rent?
Baru saja pindah umah sendiri
9. Do you live in the country, city/town?
Selangor, Malaysia
10. What is your favorite activity you do together?
Banyaklah jugak antaranya Travelling, Ronda2 dalam kereta honda ascot
11. Do you have a favorite vacation spot?
Pernah tgk cerita duyung, pelakon maya karin ngan apek..hah kat situ lah..
12. How many siblings do you have including in-laws?
Belah kita 6 orang adik beradik, belah hubby 2 orang adik beradik = 8 orang semua sekali
13. What mosque do you attend?
Semua masjid ada keistimewaaanya.. Kalau boleh nak jejak kesemuanya round in the world
15. What town is your current address?
Taman Putra impiana, puchong, selangor.
16. Do you work or stay home?
housewife & business online secara kecil-kecilan
17. Where did you go for your honeymoon?
Genting Higland
18. Leave a piece of marriage advice
Happy family, ceria, bawa berbincang dlm segala hal dan yang penting kena ada persefahaman diantara satu sama lain serta bertolak ansur. Terima kebaikan dan keburukan pasangan anda seadanya.. Ayat power "kentut time bencinta wangi, dah kawen bushukk" ahahaha
19. Nak tag sapa yer..sesepe jelah yang sudi jawab tag ni..hihi, sila-sila jangan malu-malu
k dah terkena tag pun..yg lain apa lagi silalah jugak
Hahaha cara pemotongan yang sangat2 tidak professional tarik and cut.. Rambut depan siap potong pendek lagi ala-ala ada jambul ayu lah konon.. Marissa suka sikat ketepi jambul tu, dah macam anak dara.. boleh tengok cth gambr tu hehehe. Marissa siap tanya " Eh! Mommy gunting rambut tak sakit kan..? Erk! sakit? -Marissa & Fadli Semasa Majlis Akad Nikah-
Gambar di Majlis Perkahwinan SIL pada mac lalu. Bersama sebahagian sanak saudara yang hadir dalam majlis persandingan. Yang bergaya sakan si cilik Marissa & Fadli. Semua pictures by Sham Abd. professional photographer
Terima kad dari amida.. Terima kasih... Suka sangat2 cute!.. ' Selamat Hari Ibu' Ucapan khas Untuk Mak yang melahirkanku Dan Umi Yang sudi manjadi Ibu mertuaku.. Moga kalian dipanjangkan umur dan sihat sejahtera.. amin. Tidak lupa untuk anda semua ibu2 Dan yg bakal menjadi ibu..
Sambil2 itu mari kita ramai2 renungkan sejenak ungkapan kata2 di bawah ini sebagai peringatan kepada kita semua..
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau mak sudah tiada....... ...
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibusegera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan olehsiibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu


- Labanon
- Klynn
- sara
- kmaya
- sal
- feza
- pea
- amida
- & kengkawan yg sentiasa melawat blog ini walau di mana jua berada..
Sila Ambil award yer tahniahh!!!
- Wai ~My Boring Life....
- k.ita ~ IBU
- Ros ~Coretan di Bumi Tokyo
- Gee ~Sekadar Coretan Hati
- Basz ~T. H . E . G E D I K S in KOREA
- Ain ~ini sebuah kisah
- Zura ~Kenangan Terindah
- Yan ~LIVE!! from HikarigaokA
- Sya ~ What's for dinner?
- Tini ~ fendytini's
Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini.
- Letakkan logo award ini di blog anda.
- Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
- Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui “backlink” dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda
- Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
- Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
Wah! lama rasanya tak menaip sesuatu kat blog. Almaklumlah sejak terputus hubungan dengan streamyx semuanya menjadi sepi. Malas rasanya nak menaip bila memikirkan tak boleh nak melayari internet seperti dulu. Sejak lepas pantang melahirkan anak ke-2 terus tenggelam dari dunia maya. Kebetulan banyak perkara yang perlu diselesaikan dengan urusan sana sini. Alhamdulillah walaupun segala urusan hampir selesai timbul masalah bila pula nak ada kabel telepon rumah.
Nampak gayanya selagi tak boleh nak pasang telepon di rumah tak boleh lah nak sambung streamyx. Kami baru berpindah rumah baru, kebetulan pula taman baru lagi, itu yang bermasalah bila ramai yang tak berpindah lagi. Kebetulan rumah fasa ke-2 akhir tahun ni siap, mungkin developer tunggu semua siap baru nak selesaikan masalah tu.
Apa aktiviti yang dilakukan bila tiada internet?
Eheh! Jangan ditanya, sudah semestinya rutin harian menjaga anak-anak yang comel tu. Malahan yang paling nakal setakat ini. Waduh! Walaupun baru 2 orang anak terasa macam sedozen team bola. Jangan tak percaya fadli 5 bln pun boleh tahan kenakalannya.. manja yang teramat memang memerlukan perhatian sepenuh masa. Lagilah dah pandai meniarap telentang sendiri, ponggong pun dah tertonggeng-tonggeng, itu nampak gayanya bakal2 nak belajar merangkak. Mulut pula tak reti diam ada saja dia bercakap.
Macam-macam memek muka dia buat sekarang ni, kadang-kadang rasa kalakar pula tengok gelagat fadli membesar. Minum susu teramatlah kuatnya, bagi dua2 susu untuk keseimbangan. Tapi rasanya fadli ni nak bagi ‘nenen’ sampai 7 bln atau 1 thn sajalah, sebab sekarang ni pun kalau sekali dia nenen terus ‘kering susu’ ehehe. Fadli masih menyusu ‘Anmun langkah 1’, tak payah tukar selagi dia serasi dengan susu tu, cuma harga susu dah mahal lah sekarang ni tin besor tu jer dah cecah RM50 ke atas.
Anak sulong si Marissa dulu memang puas ‘nenen’ sampai mengandungkan adiknya baru berenti susu badan. Marissa ni lagilah, pun nakal yang teramat sangatnya sejak ada adik ni, manja pun ya juga. Bayangkan lah kalau tinggal sebentar dengan adiknya mesti menangis si kecik tu. Ada saja benda yang dia nak menyakatnya, sentuh sana sini, usik itu ini, kalau benda yang dilarang lagilah dia akan buat. Sabtu (11 oct) ni genap umur marissa 4 thn.
Tapi kenapa ntah si marissa ni buat hal pula kencing sana sini, waduh hangin bersihkan semua tu. Bukannya dia tak tahu nak pergi toilet, masalahnya bila ditanya “kenapa kencing kat situ?” senang saja jawapannya “ kaki marissa tak boleh bergerak” erk! Peliknya. Cuma rasanya sejak kebelakangan hujan lebat saja di sini, mungkin dia rasa sejuk sangat tak dapat nak mengawal diri, tu yang terkucil. Cerita tentang birthday ni, nak bagi hadiah apa ya kat marissa. Kalau setakat kek tu memang dah wajib.
Si marissa ni suka buku-buku, pensil warna tapi dah melambak sangat kat rumah ada lagi yang dia tak sempat nak buat. Tengoklah ajak dia tempat kedai permainan kot-kot ada berkenan apa-apa ke.. hmm akan difikirkan lagi. Tak sangka kali ni marissa menyambut birthday dengan adik tercinta
Aktiviti lain?
Biasalah menanam pokok-pokok yang boleh dijadikan hasil untuk makan. Jangan terkejut kalau jumpa pokok ubi di rumah ni, my FIL yang tanamkan kat belakang rumah tu. Alah kebetulan ada tanah tak sampai sekangkang kera pun, tapi boleh lah nak tanam pokok2 yang comel loteh untuk dibuat santapan.
Pokok-pokok lama yang sebelum ni pun ada hidup segar lagi, cuma belum pindahkan ke tanah lagi, bukan tak nak buat cuma masa jer tak cukup. Nanti tunggu betul2 free baru buat. Kemas rumah, buat yang termampu jer dulu, erk! Terus terang tak larat nak buat sorang-sorang. Rumah 2 tingkat memang leceh! walaupun ada kebaikannya boleh susut beberapa kilo dek turun naik tangga tu
Lain lah kalau ada bibik boleh lah ringankan beban tu sikit. Jiran-jiran kebanyakannya suami isteri bekerja, maka tinggallah bibik-bibik di rumah menguruskan hal perihal urusan rumahtangga ni. Terasa lak diri ni macam bibik. Huk huk huk! Hampeh! Tapi sebagai surirumah tanggungjawab tu lagi besar lagi special betul tak? Tu lah ‘sayang’ dah bagi green light ambil bibik tak nak. Sebabnya? Tak sesuai gitu, rimas kalau ada orang asing dalam rumah ni, tak ada privacy rasanya. Lagipun insya’allah sebagai surirumah memang dah jadi tanggungjawab untuk uruskan hal rumahtangga ni. Betul tak? ikut pendapat masing-masing lah ya.. janji bahagia..amin
Lagi apa buat?
Lagi? Hmm.. bila berehat tangan pun menggatal sms kengkawan yg jauh di mata tapi dekat dihati, boleh lah ajak berbicara sementara mengisi masa yang terluang bertanya khabar berita. Tak pun send login yahoo messenger ke 32235, kena bayar tu..kalau tak silap sekali sms 15sen. Kadang-kadang menggatal juga guna maxis 3G, apalagi check email sajalah yang mampu dibuatnya bila guna handphone N73 ni. Nak buka lebih-lebih kang bil melambung macam sebelum ni, eheh beratus-ratus lemon kena bayar. Dah bincang dengan “Sayang” nak register broadband maxis tetapi masih dalam perancangan lagi belum servay dengan detail.
Chak!
Ishkk! main chak !chak! pula. Masih mood gembira lagi ni, sebabnya dah berjaya register maxis broadband. Terima kasih banyak-banyak kat ‘sayang’ yang telah menunaikan hasrat yang lama terpendam ni. Sebenarnya nak masuk streamyx macam biasa guna selama ni, tapi apakandaya masih tak ada rezeki. Okaylah guna broadband ni so boleh online di mana-mana sahaja. Baru register semalam petang, dalam 24 jam baru boleh aktifkannya. Tak sabar nak bersua dengan kenalan di forum atau di mana sahaja, terutamanya yang boleh sama-sama beryahoo messenger. Kalau broadband ni okay insya’allah akan guna untuk selama-lamanya, kalau tidak kembali ke streamyx lah. Buat masa ni, hanya ini sahaja yang terbaik untuk membolehkan melayari internet.
pun ada juga cerita ceriti tentang kami..ahaha
Siapa tahu pasal 'pelepas' ni? Hah orang kelantan saja yang buat kot? Hari ni genap 41 hari so dah kena buat pelepas ni. Hari ni berurut dulu pastu baru buat pelepas tu. Nk tau macam mana pelepas tu?
Bahan2nya:-
- Sedikit beras, kunyit (hiris bulat), duit syiling 20sen & bedak (dicampur sedikit air)
- Gelungan benang putih yang tebal (diikat bulat) kebesarannya sesuai size orang dewasa.
Caranya:-
- Bacaan doa- sambil menyapu bedak cair ke muka baby ibu & tukang urut- dilakukan oleh tukang urut semdiri lah
- benang diikat simpul hujung, kemudian tindihkan syiling 20sen, kunyit dan beras. Bacaan doa & pusing2kan depan muka & atas kepala si ibu
- bacaan doa -masukkan ibu dlm gelungan sebanyak 3 kali, diikuti
- bacaan doa -masukkan baby dlm gelungan sebanyak 2 kali
Dulu semasa first time bersalinkan marissa pernah juga buat pelepas ni di KB cuma lupa caranya. Anak kedua ni si fadli buat lagi pelepas baru masuk kepala ingat semula. Moga siapa yang nasih tertanya2 apa itu pelepas dah dpt jawapannya. Pelepas ni kira macam buang benda2 yang tak baik. Ni tradisi orang zaman2 dulu. Kebanyakannya dah tak buat pelepas ni, orang tua2 saja yang tau. Dah buat pelepas leh lah kuar jalan. Tapi pantang tetap 44 hari tau.
Semalam marissa main bedak wangi habis satu bdan dia dok sapu macam tepung gomak. Meraung MIL tengok marissa main bedak. Nak buat macam mana budak tengah nakal tak leh di kawal lagi dah. Mommy dia tengah berpantang so tengok sajalah. Sempat gak ambik video, hehehe nanti leh tepek kat sini sebagai kenangan..
Muhammad Fadli
Alahai sekarang ni dah pandai nak berpangku saja. pantang letak atas tilam mula minta angkat semula merengek menangis. Bila dukung senyap senyum simpul lagi..ehehe.. kalau tukar pampers kena hati2, silap2 terpancut kencing habis basah. Ni ler baru nak ada pengalaman jaga baby boy ni. Fadli ni cepat membesar.
Kat KB ni beberapa kali marissa dihantar ke tadika, saja jer untuk kenal dan sesuai kan diri. Oklah tu nanti senang hantar tadika dah tak takut2 lagi, maklumlah marissa ni kurang bergaul ngan org. Marissa ni kedegilan dia pun dah tahap gaban, memang nakal sangat, kena tegas secara baik maka baik lah jadinya.















