Siapa tahu pasal 'pelepas' ni? Hah orang kelantan saja yang buat kot? Hari ni genap 41 hari so dah kena buat pelepas ni. Hari ni berurut dulu pastu baru buat pelepas tu. Nk tau macam mana pelepas tu?
Bahan2nya:-
- Sedikit beras, kunyit (hiris bulat), duit syiling 20sen & bedak (dicampur sedikit air)
- Gelungan benang putih yang tebal (diikat bulat) kebesarannya sesuai size orang dewasa.
Caranya:-
- Bacaan doa- sambil menyapu bedak cair ke muka baby ibu & tukang urut- dilakukan oleh tukang urut semdiri lah
- benang diikat simpul hujung, kemudian tindihkan syiling 20sen, kunyit dan beras. Bacaan doa & pusing2kan depan muka & atas kepala si ibu
- bacaan doa -masukkan ibu dlm gelungan sebanyak 3 kali, diikuti
- bacaan doa -masukkan baby dlm gelungan sebanyak 2 kali
Dulu semasa first time bersalinkan marissa pernah juga buat pelepas ni di KB cuma lupa caranya. Anak kedua ni si fadli buat lagi pelepas baru masuk kepala ingat semula. Moga siapa yang nasih tertanya2 apa itu pelepas dah dpt jawapannya. Pelepas ni kira macam buang benda2 yang tak baik. Ni tradisi orang zaman2 dulu. Kebanyakannya dah tak buat pelepas ni, orang tua2 saja yang tau. Dah buat pelepas leh lah kuar jalan. Tapi pantang tetap 44 hari tau.