pn-iena
Ahah! perkembangan terbaru anak kesayangan (yg bakal masuk 4 tahun oktober ni) dah pandai menulis. Syukur alhamdulillah..pandai sendiri rupanya. Sebabnya kami memang tak ajar pun cara nak menulis tu. Cuma 'suapkan' buku-buku saja setiap kali pergi membeli belah atau jalan-jalan. Memang sengaja biasakan dia dengan buku-buku ni, kasi dia minat sikit. Maksud pandai menulis tu besar maknanya tu, kena jelaskan di sini. Chewah! marissa dah pandai mencantumkan titik-titik pada abjad Aa-Zz besar dan kecil dengan pensil kalernya. Sambil tu mana ada gambar tu dia mewarna sekali lah. Buku melambak dok beli, pensil kaler pun sama, jadinya masukkan saja kat bag khas dia tu. Kalau tidak berterabur hilang satu-satu.
Mommy bodek Marissa!!
-Bodek untuk kasi galakkan saja eheh!
  • Cakap banyak2 kat marissa pandainya!
  • Cakap banyak2 kat marissa rajinnya!
  • Cakap banyak2 kat marissa nanti ajar baby menulis yer? Marissa jawab "hah, okay!"
  • Cakap banyak2 cantiknya! walaupun hakikatnya senget benget, kaler pun cam bom meletup.
  • Cakap banyak2 wahhhh..dah siap!..walaupun byk lagi tak siap!
  • Cakap banyak yeaa.. mommy tepuk bila dah siap! walaupun terpaksa tepuk tangan setiap satu kali dia meyambungkan titik2 untuk jadi setiap abjad
  • Cakap banyak2 wahhh jadi pun cepat tunjuk ayah..sampaikan ayah pun naik bosan kena layan..kah kah kah
  • Cakap banyak2 lepas tulis kaler simpan semua barang2 ni yer!
pn-iena
Waktu ni Marissa tengah breakfast di kfc klia. Sambil2 menunggu ayah naik flight ke Hong Kong. Muka sedih dan tak bermaya bila tau ayah nak terbang tinggal kan dia. Bila ditanya "mana ayah?". Dia jawab "Ayah kerja, naik kapal terbang"
pn-iena



Baru-baru ni kami melawat ke Mantin, Nilai. Kesian Marissa ketika ni bersendirian bermanda-manda di kolam renang apartment Marissa. Tapi tak lama tu ayah marissa pun join sekali. Hehehe mommy dia nak join gak tapi malas lah..keh keh keh


pn-iena




Gelagat Marissa sewaktu belajar berenang di rumah cousinnya di Petaling Jaya.
pn-iena

Marissa marissa! Hari-hari ngadap laptop. Sekarang ni kami yang kena mengalah kalau marissa nak guna laptop. Rasanya kena belikan sebiji komputer khas untuk dia study. Nak guna komputer ayah kami tak paham, bahasa jepun lah pulak.
pn-iena


Dah lama rasanya gambar ni. Time ni nak ke Ikea Damansara.
pn-iena

Saja Jalan2 ke KL. Sempat pulak marissa bergambar background Petronas Twin Towers. Time ni yang dapat Voucher Holiday tu. Huhh bila nak berholiday ni.
pn-iena

Kenangan bergambar di Tebrau City, Johor Bahru. Masa ni balik kampung rumah nenek kesayangan Marissa sewaktu menyambut Hari Raya Korban. Time free apa lagi merondalah Johor Bahru. First time kami menjejakkan kaki setelah lamanya Tebrau City ini diwujudkan.
pn-iena

Detik menemankan ayah marissa untuk terbang ker Hong Kong -Taiwan (Taipei)
pn-iena
Carlton Hotel tempat penginapan ayah marissa semasa outstation di Taiwan. Dari berita yang disampaikan nampaknya bilik hotel ni memang besar dan sesuai untuk seisi keluarga menginap. Cuma apa yg terungkap dari mulut ayah marissa mengharap dan berharap agar suatu hari nanti dapat membawa kami untuk berholiday di sana nanti.

Cathay Pacific yang berjasa membawa ayah marissa meneruskan perjuangan untuk melaksanakan tugasan di taiwan. Destinasi dr KLIA-HONG KONG-TAIWAN.
Ini Pula gambar semasa berada di Airport Hong Kong sebelum meneruskan destinasi ke taiwan.

pn-iena

pn-iena

Awal pagi bangun tidur marissa tunjuk bibir dia sakit. Kesiannya rupa2nya kuar biji2 kecik kat bwah bibir,membuatkan marissa xselesa. Dari malam tadi dah terasa sakit. Kena banyakkan minum air masak. Tapi tau2 jer la marissa ni degil skit asyik nak air sejuk saja. Breakfast ari ni nasi lemak & ayam goreng. Suka betul marissa, tambah dua kali nasi lemak tu.
pn-iena

DALAM proses memahami dan memupuk hubungan dengan anak, harus disedari kehendak anak yang sedang membesar. Apatah lagi dalam dunia yang serba mencabar kini, meskipun ia satu tanggungjawab, mendidik anak dianggap suatu cabaran kepada ibu bapa.

Impian menjadikan anak sebagai individu berguna menjadi iltizam setiap insan. Namun, dalam proses menuju matlamat itu, banyak cabaran yang perlu ditempuh.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara memberi petua bagaimana memupuk hubungan mesra dengan anak.

- Rasa selamat

Menyayangi anak sepenuh hati akan memberi perasaan selamat pada anak dan membina emosi anak yang kental.

Walaupun perlu mendisiplinkan anak, beri jaminan tindakan anda itu kerana perasaan sayang. Nakal hanya pada perbuatan dan itu yang harus diberikan disiplin, bukannya memarahi anak itu.

Jika anak menunjukkan sikap tidak menghormati anda sebagai ibu dan bapa, tegur si kecil dan beri penjelasan. Disiplin boleh diberi melalui nada suara yang tegas, menyekat permainan kesukaannya atau pukulan ringan, jika perlu.Anak harus sedar perbuatannya salah tetapi pada masa sama, si kecil tahu ibu dan bapanya berbuat demikian kerana sayang.

- Rasa dihargai

Sentiasa menghormati pandangan dan pendapat anak yang sedang membesar. Mereka bukannya patung atau barang hiasan.Anak mempunyai perasaan dan keinginan untuk diterima serta dihargai sebagai individu. Oleh itu, babitkan dirinya dalam perbualan seharian keluarga seawal usia satu tahun.

Jika anak mahukan perhatian ketika anda sedang berbual dengan tetamu, jangan memarahinya. Dakap anak dan katakan anda mempunyai tetamu dan akan menemaninya sebentar lagi. Beri jaminan dan bermain dengan anak seperti yang dijanjikan. Ini menunjukkan anda menghargainya sebagai individu.

- Rasa penting

Kadang kala ibu bapa ingin memberi sepenuh kasih sayang menyebabkan anak dikongkong daripada membuat sebarang keputusan sendiri.

Beri mereka peluang untuk memegang tanggungjawab. Latih anak yang sedang membesar melakukan beberapa tugas kecil dalam keluarga mereka berasa dirinya penting. Sebagai permulaan, minta anak membasuh cawannya sendiri.

Anak nakal berpunca daripada keperluannya yang tidak dipenuhi. Sayangi anak sepenuh hati dan menerima anak seadanya. Pada masa sama, si kecil mahukan jaminan ibu bapanya akan sentiasa memberikan rasa selamat, menghargai dan menerimanya sebagai sebahagian ahli keluarga. Ini akan memastikan emosi anak tumbuh sihat.

-Jadikan waktu membesar menceriakan

Keluarga bahagia keluarga yang ceria. Rumah tempat untuk memupuk keceriaan, suasana riang dan membina kenangan manis.

Rumah yang ceria juga mewujudkan suasana harmoni yang boleh dinikmati seisi keluarga. Jadikan aktiviti anda dan anak sesuatu yang ceria dan bukannya membebankan. Keseronokan bermain dengan anak mampu mengembalikan kenangan zaman kecil anda.

Anak harus melihat anda bukan sekadar orang dewasa yang bijak, pembuat keputusan, pencari rezeki dan pembuat peraturan tetapi sebagai kawan yang ceria. Kenangan ini akan kekal sebagai kenangan masa kecil yang menceriakan. Namun, anak harus dididik untuk ceria seseorang tidak perlu mencederakan atau mengecilkan orang lain.

- Hadiahkan mereka nilai murni

Menjadi lumrah kanak-kanak yang meminta sebarang benda yang mereka lihat di televisyen atau milik kawannya. Malangnya, ibu bapa menurut saja kemahuan anak mereka tanpa menyedari memberi hadiah hanya akan menggembirakan anak untuk sehari tetapi pendidikan nilai murni akan memanfaatkan anak seumur hidup.

Latih anak menghargai setiap pemberian daripada rakan dan sanak-saudara. Ini akan menyemai nilai bertimbang rasa, kesyukuran, persahabatan dan hormat-menghormati pada jiwa anak.

Si kecil harus belajar mengucapkan terima kasih. Pastikan juga anak menjaga setiap pemberian berkenaan dengan baik. Misalnya, jika si kecil menerima buku, dia mesti belajar menjaga buku itu dengan baik walaupun tidak menyukainya.

Anda harus mengehadkan pemberian hadiah sehingga anak benar-benar tahu menghargai dan menjaga setiap hadiah yang diterima. Jika tidak, anak akan mengambil kesempatan atas kemurahan hati anda.

*Sumber:hmetro.com.my

pn-iena

pn-iena

Pagi semalam sebelum dan selepas mandi. Apa sudah jadi? Mommy dia dok panggil mandi dia pi sembunyi bawah bantal, sabar jer lah. Hah lepas tu dia gak yang terkejut sbb mommy dia dok tangkap gambar senyap2. Lepas mandi pula, habis marissa dok conteng kaki tangannya. Ishkk! nasib baik jenis dakwat yang senang hilang, kalau tidak naya. Terpaksalah mandi lagi, kasi berendam dlm baldi berisi air. Oleh kerana waktu tengah hujan maka marissa dok bising kata air tu sejuk2. Sabun satu badan barulah dakwat hilang, walaupun ada sikit kesan2 yang pudar.

pn-iena

Ni lah masa lapang mommy marissa time keboringan. Saja jer bercucuk tanam walaupun tanah xsampai sekangkang kera. Main2 saja ni, harap2 boleh jadi satu hobby suatu hari nanti. Boleh lah adakan kebun herba pula. Marissa pun suka dengan kebun kecik ni, biasanya dia tolong gunting daun2 tu semua, haru biru jadinyer. Apa yang ada dlm tu? hmmm macam2 ada. Tanam atau tabur benih banyak yang hidup tu sikit saja. Tak apa lah sikit2 lama2 jadi bukit.
pn-iena
Pingu adalah salah satu cerita kegemaran marissa. Biasanya keudara pada hari sabtu dan ahad pagi di tv3. Marissa xpernah melepaskan peluang untuk menontonnya walaupun adakalanya terbangun lewat. Oleh kerana minat marissa yang mendalam, maka mommynya pun sanggup mencarikan website pingu untuk marissa layari bermain games dan sebagainya. Hari ni first day marissa online games pingu's. Tapi dah expert menggunakannya. Bagi sesiapa yang sama minat dengan marissa bolehlah kongsi melayari website tersebut. Enjoy!!!
Breakfast!
Hari ni marissa makan biskut cicah air milo.
pn-iena

Erk! tiba-tiba marissa kata "marissa nak kerja" dengan mukanya yang manja. "marissa sekolah dulu baru kerja, ok?" itulah jawapan mommy padanya. Marissa terus merenggek dan melonjak-lonjakkan dirinya. Rupanya marissa memerhatikan gerak geri ayahnya yang sedang bersiap-siap nak bekerja. Bangun saja pagi2 dah temankan ayahnya servis kereta sendiri di rumah. Hari ni ayah marissa pi kerja sebentar, tengahri nanti pulang lah, so petang boleh keluar meround ke mana2. Aduhai! marissa sekurang2nya ckp lah nak ikut ayah pi kerja tak payah lah kata nak kerja. Ni lah budak kecik orang kata nak kerja dia pun nak kerja. Alahai! kerja! kerja! kerja!
pn-iena
Semalam marissa temankan ayah ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk settlekn pasport. Awal2 pagi lagi marissa dikejutkan ayah untuk mandi. Sampai di wisma pkns terus beratur ambil number giliran. Lepas tu ada 3 step lagi bg pengurusan pasport ayah tu. Gedebak gedebuk pukul 12:30 baru semua urusan siap.
Penantian Marissa menunggu ayah:
  • Mula2 ok senyap duduk di kerusi
  • Tak lama tu terus tak reti duduk diam
  • Asyik nak membontot ayah dia saja
  • Nak berdukung memanjang
  • Lapar makan ayam dan nasi goreng
  • Beli makanan ringan
  • round sekitar pkns
  • Meragam time nak balik sebab xdpt nak ambil resit pembayaran tiket paking
  • Kekalutan berlaku bertukar2 dukung marissa terjadi
  • Panas membuatkan marissa bertambah meragam dan menangis
  • Panas lalu buka baju dlm kereta dan merajuk
  • Kompius pasport ayah tercicir syukur jumpa kembali
pn-iena



~salam dr kami sekeluarga~