


Swimming Pool Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut
Meronda-ronda dulu sebelum cari tempat nak berenang. Si marissa fadli paling tak sabar nak berenang. Siap bawak baju renang dua beradik tu. Seronok tengok fadli marissa belajar berenang, kelakar sangat2 sampai ayah pun nak terminum air kolam. Si fadli lak kuar saja dari kolam tu dia leh terkucil lak, selamat kalau tidak pepaham ler..Hehehe. Si Marissa tergelincir apa lagi terbatuk2 sebab terminum air kolam tu, tercungap2 berehat sebentar lepas tu tak serik sambung nyelam semula. Ayah juga terpaksa jaga budak2 main air, mommy tak leh jadi juru kamera jer.. Hehehe dapat rendam kaki jadi ler. Ni semua snap by video cam Everio mommy tu. Gambar tak bergitu memuaskan berbanding dengan N73 nokia tu. Yelah tu khas untuk video oklah. Jadilah janji ada gambar dan video kenangan. Insya'allah planning akan datang nak ajak family besar pi holiday sini pula. Memang best! lepas ni booking Apartment Country Resort, tempat pun selesa semua lengkap boleh masak2. Jimat pun ya!
Marissa & Fadli yang happy sokmo
Video Fadli Solat
Dua beradik ni memang pantang nampak camera, sure berposing sakan. Entah apa yg digelakkan si fadli tu. Happy sangat dia bila bermain dengan kakak marissa tu. Tengah diorang syok bermain basikal cepat2 mommy sambar n73 dok snap pic tu. Dah malam nak waktu nak tidur pun sempat lagi gasak main. Dah penat senang lah diorang ni tidur.
Ahah! Video tu kan rakaman fadli tengah solat. Tapi kan kalau kita dok rakam dia macam tak jadi jer nak solat. Malu2 kucing lah konon. Fadli memang pantang dengar azan maunya berdesup mengadap depan tv semata-mata dengar azan tu. Dia tau lah kalau dah azan tu maknanya dah masuk waktu untuk solat. Jadi kakak marissa test power lah tengok macam mana adik dia punya tindak balas. Hasilnya fadli siap tertonggeng-tonggeng dok solat. Hahaha takper lah budak baru umur '1 tahun 2 bulan'. Berminat tengok dan mencuba sesuatu yang baru. Macam ni lah tiap kali kami mengerjakan solat, fadli pasti ada sebelah ngikut sama. Kena tahan dugaan kalau tidak maunya kita dok tergelak. hehehe Okies itu saja perkembangan fadli setakat ni. Laporan lanjut akan di siarkan akan datang.. Daaa..

Jemput minum! Basahkan tekak yang kehausan tu Huhuhu. Glurp! start dari bulan june-july ni rasanya merupakan bulan2 yang sangat2 busy. Setiap minggu boleh dikatakan ada sahaja sedara mara yang bertandang termasuklah keluarga sendiri. Maklumlah rumah ni jadi tempat persinggahan sekiranya ada keperluan benda atau kerja yang hendak dilakukan di sini. Bolehlah jadi rumah tumpangan sementarakan. Kita pun sibuk menyediakan keperluan makananan dan sebagainya. Cuma masa untuk kita bercuti asyik tertunda saja atas sebab2 tertentu ni. Alangkah bestnya kalau dapat pi holiday buat masa ni. Kena urut satu badan baru lega agaknya. Rasa sakit2 satu badan nak betulkan urat2 saraf yang dah tersimpul2 ni. Rasa dah ketegangan otot pun ya juga! Ahahaha.. bohonglah kalau tak rasa keletihan tu. So ada peluang minggu depan sahaja untuk merehatkan diri. Lepastu full booking oleh mereka2 yg nak bertandang sampai beberapa hari. Memang bagus kalau kerap orang bertandang dan tidur di sini, insya'allah rezeki bertambah. Kita pun tak rasa sunyi. Hoho Lega rasanya hari ni baru boleh berehat. Busy dari jumaat sampai ahad(semalam) tu.. yatta!! mari-mari check in check out!!

ps:HoHoHo letih tak abis lagi ni..sakit2 satu bdan..






Terima kasih yang tak terhingga kepada amida. Kali ni paling terbanyak dpt awards sedunia sungguh!. yipeee! suka bebenor ni.. Maaflah sejak beberapa hari ni pun busy sedunia. Online pun sekejap2 jer. Baru ada peluang menepek awards ni semua.. Hehehe thanks ya!!