pn-iena
Sesekali marissa ke dapur melihat mommy dia memasak. Tiba2 sunyi sepi tiada dengar keriuhan suara marissa yang nyaring tu. Tercari2 mana si kecik ni berada, apa yang dibuatnya. Allah...terkejut tengok dia tengah terabur garam halus atas sofa. Sabar...sabar..tak boleh sabar, cam biasa kena marahlah dengan mommy dia. Nangis meraung, buat muka sedih dia. Tak serik2 sebelum ni dia terabur bedak..lepas satu satu perkara dia lakukan hari ni. Petang2 dia tidur, risau juga tidur petang2 sangat ni, sebab malam kompem dia tak boleh tidur macam malam semalam. Suruh tidur awal tak nak, geram betul, nakal sangat!. Sabar...sabar hari ni puasa, mana boleh marah2..macam2 dugaan..
Dua hari lepas pulak, marissa berlari ke dapur tengok mommy dia siang ikan. Terus dia marah2 mommy sambil cubit2..adui sakitnya. Tetanya2 juga kenapa lak tiba2 cubit mommy dia ni. Kedengaran jelas marissa berkata "ya allah..mommy fish sakit!!" jeritnya sekuat hati. Apa boleh buat senyum jer lah. Sensitif juga si kecik ni.
Dan peristiwa baru berlaku pagi tadi ni, tapi lain ceritalah, marissa dok memekik "ya allah.. keta ayah.. keta ayah!" sambil memanggil2 ayahnya "ayah ayah ayah keta!". Ayahnya dah berdesup! tumpang kereta kawannya nak pi kursus di shah alam. Seboleh-boleh marissa suruh call ayah dia. Ikut kan jer lah.. bila dah terangkan perkara sebenar baru dia senyap. Sabar jer lah karenah marissa ni
pn-iena
Tengah syok makan ayam goreng sambil tengok tv tiba2 marissa tertidur. Isi tak ada tinggal tulang ayam jer tu. Mula2 igtkan dia buat2 tidur rupanya kisah benar eheh kami tergelak rasa gelihati pun ada. Macam2 ragam lah anak mommy ni. Terpaksalah lapkan tangan & mulut dia tu. Gerakkan macam mana pun still tak nak bangun. Mengantuk sangat kot masa tu. Masa separuh jaga tu tangan dia suap ke mulut sambil kunyah2. Agaknya teringat makan ayam goreng tu lagi. Cepat2 kejutkan dia kesiannya.
pn-iena
pn-iena

Gambar tahun lepas ni tak silap. Saja menepek kat sini. Masa ni sambut jemaah umrah pulang. Kebetulan terjumpa orang paling tertinggi di dunia.
pn-iena
pn-iena
Gambar kenangan sewaktu pesta buku antarabangsa dijalankan baru2 ini di pwtc, kuala lumpur 2007.


pn-iena

Aktiviti biasa setiap petang pada hari minggu..
pn-iena

Kami sebenarnya nak ke sini ada urusan sikit. Langkah kanan rupanya kerana kebetulan pada hari tu bulan 'june' ada sambutan birthday utk staff di situ.


Lapar..dlm perjalanan menuju ke klcc marissa dok kata "mommy lapar" sambil merengek. Kami singgah drive thru semata-mata belikan mcd utk marissa..



Keadaan klcc di waktu siang dan malam..


kfc
pn-iena

Dinner di kfc sempena big bos dpt bonus pertengahan bulan ni. Syukur alhamdulillah..
pn-iena
Unik lak tengok pic ni Gurauan dari seorang ayah pada anaknya. Semasa nak snap gambar ni, si ayah dengan tiba2 buat camtu. Terkejut gak masa tu tiba2 jer mencelah!

pn-iena
pn-iena

Nak try buat ayam bakar yg simple ni. Bahannyer halia + bwg putih + sos tiram (ayam) + kicap manis +lada hitam tu saja. Tapi kalau ikut resepi ezah kena tambah kan lagi kunyit + garam + gula/gula melaka yer!. Caranya lumurkan semua bahan tu pada ayam (perap) dan bakar. ehh serai jangan lupa letaknya. Gara2 tengok k.ita masakkan untuk anak angkat omputih dia lah ni..ehehehe
pn-iena

pn-iena

Sukanya marissa balik kg kali ni dapat hadiah dari atok & nenek sebuah basikal purple gitu. Kerap mengayuh, tapi tak sampai 360' lah. Baru nak berjinak2 lah katakan. Memang terkejut marissa bila buka pintu bilik tidur terpampang basikal dengan penuh jajan, air kotak dibakulnya. Kiki & kiko new pet kat rumah tu, apalagi marissa dengan xder rasa gelinya telah memicit perut hamters tu dengan mukanya yg geram banget. Kesiannya hamters tu tak pasal2 jadi sasaran . Selain tu aktiviti marissa ialah berkaraoke dan menonton spiderman.
pn-iena

Makin cantik Danga Bay ni. Tapi kenapa pengunjung kurang? Nak naik keretapi tu pun tak boleh sebab kena cukupkan 10 org baru boleh bergerak, minah kaunter bg tau, sabar jer lah. Jenuh lah nak tunggu. Apa-apa aje ler. Setiap kali balik JB mesti singgah sini, udara pun segar. Memang best sambil perkena bakso RM5 mahalnya
pn-iena
Nak hantar marissa masuk Kem PLKN Desaru ni tak cukup umur so kena reject. Eheh takder lah saja melawat cousin hubby kijo situ.
Sambil2 tu tak lepaskan peluang beradu di tepi pantai dengan ombak yang besar berdentum2, rasa nak bermandi manda jer, tapi apakandaya silap2 pelatih2 dok teropong free lah pulak. 2 jam nak sampai tempat ni punya lah jauh.

Tempat istirehat pun disediakan, lengkap penghawa dingin, tv, katil, bilik air pun ada memang best! pasal ni bilik tuan besaq. Bilik rehat biasa takder tv, lain2 ada. Lepas merasa makanan tengahari pelatih2 situ baru ku tau, lagi sedap lauk di rumah eheh. Pastu kami pun balik ke hotel sri mutiara, jenuh tu 2 jam lagi. Betul ke 2 jam pasal pergi balik sempat dok membuta, terasa memang jauh..
pn-iena