pn-iena
Assalamulaikum...
Harap semua kawan2 bloggers sihat sejahtera hendaknya. Nampak gayanya mommy si marissa fadli faidhi sudah terlupa ada blog. Sejak akhir2 ni jarang sekali menjenguk ke blog sendiri, ini kan pula blog kawan2. Kalau terjenguk pun tak sempat nak manaip apa2. Atau tak sempat nak tinggalkan pesanan.

Boleh tahan juga ya bila anak ramai ni, rasa tak cukup kaki tangan dibuatnya. Dari pagi hingga ke malam memang tak habis2 melayan karenah anak2 ni, lepas satu satu.. jangan ingat senang duduk rumah goyang kaki. Siapa yg cakap tu belum tahu kot keadaan yg sebenar bila kita jadi surirumah ni. Rasanya kerjaya ni lebih besar dugaannya. Kerjarumah pun tak boleh habis sampai bila2, kadang terfikir juga kenapa tak habis2 benda yg sama berulang kali kita buat? semestinya lah kan sebab tu kan mmg dah kerja harian yg perlu dilakukan. Kadang2 dah naik lenguh kaki ni, sakit2 sendi, sakit belakang dibuatnya.

Eh! kita bukan nak merungut tapi bila orang cakap macam kita tak buat kerjarumah terasa juga hati ni. Jadi diharap tiada siap2 yg nak mempersoalkannya. Alamak normal lah bila sambil buat kerja rumah kita ngadap pc layan internet ni, semuanya untuk hilangkan stress atau jadikan hiburan time kita buat kerja kan, bukannya kita duduk terperuk saja ngadap pc ni 24 jam. Dah tu takkan surirumah takda life? takda kebebasan, kita pun nak manja2 kan diri nak merehat2kan diri, apa ingat robot ke nak bekerja 24jam hari2 heeee~

Perkembangan baby FAIDHI
Ketawa terbahak2
Lompat2 tinggi
cubit2 pipi orang
garu2 kepala telinga
keluarkan bunyian dr mulut
kenal sangat suara mommy dia
terpandang mommynya kompem nak ikut
suka cium kakak dan abangnya
kuat nenen

Perkembangan Abg FADLI
Nanyi lagu cosmos
tiru akak membaca menulis
suka barang2 keperluan lelaki dewasa buat kerja
semakin berani nakal
bila buat salah mula tunjuk muka cute sambil senyum sampai ketelinga
pandai mengayuh basikal
lagi kuat dr kakak
selalu belasah kakak
berebut barang2 kakak
sayang baby faidhi
conteng2 dinding
suka tgk cosmos kat youtube
botol susu tak tinggal asyik susu saja

Perkembangan kakak MARISSA
Dah selesai konvokesyen
tak sabar2 nak masuk darjah 1
sibuk ngan fb dia..
membaca menulis mengaler aktivitinya
ceria rancangan kegemarannya
sayang adik2nya fadli n faidhi
suka bergambr dan tangkap sendiri
berlagak cun lawa cute miut lah konon
syik nak tukar2 subang2..
(koleksi: subang tumit tinggi, girl pakai gaun n bunga..all pink colour)
pn-iena
Assalamulaikum..





Sudah lama rasanya tidak menaipkan apa2 di blog ini. Terlebih dahulu memohon maaf seandainya ada yg ternanti2 khabar berita si pemilik blog ini. Hah perasan sekejap. Bukan apa sejak adanya facebook jarang sekali hendak mencoretkan cerita2 di sini. Lagipun biasanya cerita tentang anak2 saja. Entah malas bertaut di jiwa untuk meluahkan yg tersirat dan tersurat di sini. Jari2 ini sentasa rindukan coretan2 yg lalu.. yang aktip seperti dulu. Mungkin jua masa menghalang keaktifan seperti dulu2. Kehidupan harian sebagai isteri dan ibu kepada anak2 menjadikan kita menumpukan sepenuhnya kepada keluaga. walaupun hwife rasanya kerja rumah takkan habis sampai bila2. Lagilah adanya anak kecil yg baru hendak masuk 5 bln pada 17 ogos ni. Insya'allah ada rezeki boleh sambung semula aktiviti niaga kaftan tu.


Perkembangan:
Baby Faidhi (4bulan)
  • Pandai gelak2 sakan bila di agah2, lagi kalau dengar mommy dia buat2 bersin suka giler
  • Berdiri tegak..sambil tangan lurus kebelakang bak superman
  • Bercakap2 tak henti2 pot pet pot pet, biasalah kuar bahasa baby..memang peramah
  • Mula berjalan gerakkan kaki kehadapan.. ni kena pegang lah kang gedebuk jatuh
  • Angkat kepala setinggi boleh..semasa baringkan dia.. maknanya dia nak bangun..
  • Meniarap sendiri... ni memang kena ambil perhatian...
  • suka hisap jari tangannya... cop cop cop! bunyinya.. abis basah
  • suka buat buih kat mulut tu.. penuh buih abis basah baju
  • keguguran rambut sampai botak kepala tu..ni baru tumbuh anak rambut
  • Cam biasa taik sawan eh orang kata..tu pun dah bersih..
  • Checkup doktor kata pendengaran telinga kiri 3 bib(bunyian) boleh dengar. sebelah kanan 4 bib (bunyian) amat bagus... Doktor cakap lulus ujian... tapi next year bulan mac 2011 checkup otak n telinga lagi..
  • Pernah makan ubat tdo.. sebab nak checkup telinga kena tdokan bby dulu.. n pastkan bby tidak demam, selsema n batuk
  • Dan nampak orang, kepala pusing2 kalau nampak bayangan org
  • Budak baik..duk diam dalam kereta time mommy dia memandu dok angkut kakaknya balik tadika..
  • Manja ngan abang dan kakaknya.. kalau nampak kakak dan abang bergaduh dia dok gelak2, kalau nampak kakak dan abangnya berkejaran dia dok gelak2 jugak... maybe dia pikir kakak dan abangnya buat lawak kat dia..huhuhu..
  • Beratnya last timbang 5.8kg.. sekarang kompem 6kg dah ada...
  • Belom lagi susu botol.. sepenunhya susu badan hehehe...
  • kasi sapa saja pegang dia okay saja.. senang
pn-iena


Gambar terkini Muhammad Faidhi.. Alhamdulillah semakin membesar dan sihat sejahtera. Geram tengok dia semakin comel sangat2. Setakat ni urusan berkaitan faidhi.. mommy dia yg uruskan sendiri lah.. Heheh memandikan, menukarkan pampers, memakai kan pakaian, menyusukan badan.. hehhee sangat2 gembira dapat lakukan semua tu sendiri. Berpantang2 juga pa yg penting benda yg kita nak lakukan tu takkan memudaratkan kita sudah.. heee jumpa lagi nanti ya perkembangan seterusnya tentang faidhi.. akan datang kita cerita pasal abang dia fadli dan kakaknya marissa pula... daaaa

*weekend ni nak balik kelantan.. 1 weeks jer.. nak kasi potong jambul si faidhi ni n mommy nak wat pelepas..


pn-iena
Salam semua..






Mommy budak2 ni still berpantang sebenarnya.. kena habis kan bulan june ni barulah abis 44 hari. Pada 15 june ni birthday mommy budak2 ni, so hadiah yg tak ternilai ialah lahirnya insan cilik yg diberi nama muhammad faidhi yg kini baru mencecah umur 2 minggu lebih camtu. Memang comel lah anak mommy sorang ni maklum lah lahir tak cukup bulan kan. Sepatutnya 28 june baru bersalinnya. Semua tertanya2 kenapa lahir di rumah ya? sebanya baby memang dah tak sabar nak keluar, dan tak menyempat nak sampai ke hospital. Ayahnya jadi bidan tukang sambut. Apa2 pun call 999 mintan bantuan. Last2 ambulan datang menghulurkan bantuan bersama nurse2 yang profesional. Kesian ayahnya nasib baik tak pitam sebab maklumlah mabuk darah. Memang dalam sejarah sungguh kejadian ni. Doktor tanya tak ada rasa sakit ke? Erk! blur nak jawab. Dok fikir sejenak.. ada ke aku rasa sakit?? Ada kot tapi sikit2 tak rasa cam nak bersalin pun. Takder tanda2 nk bersalin pun. Ingatkan masa masih panjang memandang due 28 june. Yang teringat kul 11 malam tu betul dah sakit sangat. Tu lah dalam kelam kabut baru nak bergerak ke hospital... tiba2 air ketumban terus pecah dengan banyaknya. Lepas tu terus terbesalin dengan beberapa saat saja. Betul2 kul 11:30 allah telah mengkurniakan kami seorang baby boy.. alhamdulillah kami sihat sejahtera. Sebab tu jugak lah nama baby Muhammad Faidhi... "Faidhi bermaksud kurniaanku". walaupun ada 2 pilihan nama yg kami sediakan.. kami rasa nama ini adalah yg terbaik dan yg paling tepat untuknya. Syukur pada ilahi kerana memberi kenangan yang manis untuk kami sekeluarga.. amin
pn-iena



Muhammad Faidhi (kurniaanku)
Lahir pada : 17 Mei 2010 (isnin)
34 weeks ( tak cukup bulan)
11:30 mlm
Lahir di taman putra impiana, puchong, selangor
Yang menyambut baby: Ayahnya sendiri
Rawatan lanjut di hospital serdang

*Syukur Alhamdulillah sudah selamat bersalin.. Doakan kami sihat sejahtera. Penuh dengan sejarah dalam hidup kami sekeluarga..



pn-iena












Location: Kuantan, pahang
Tujuan: Saja bawa birthday boy bermain air terjun yang lagi jernih dah sejuk bak ais!.. sambil2 menghirup udara segar dan bersantai..


pn-iena



Location: Kuantan, Pahang...
Tujuan Lawatan: Saja bawa birthday boy jenjalan makan angin


pn-iena





Aksi Fadli sedang meniup lilin dengan tidak sengaja hehehe... Kak Marissa yang tak sbar nak makan kek birthday Fadli.. sabar sabar semuanya




Tergelak keriangan dia bila berjaya meniup sebatang lilin.. tapi sebatang lilin lagi Fadli tak tergamak untuk meniupnya.. hahhaha hanya dia yang tahu isi hatinya.. sedangkan kita dok terpikiR awat Fadli tak mau tiup lagi tu.. heheheheh
Location: kuantan Pahang
Rumah: Cikcunya
pn-iena



Selamat ulangtahun yang ke 2 tahun... Semoga fadli menjadi anak yg soleh dan berjaya dalam hidup.. amin


pn-iena
Ok akhirnya dapat juga cari gambar marissa dr blog sek dia ni. Ada lah terselit satu gambr ni.. dok tengok2 yg kat slide lain2 tu cam nampak topi sahaja.. tak ada gambr marissa pun sangat cian dia. Takper lah janji ada juga kenangan ni jadilah. syukran.. Marissa yang paki topi biru cop tempat keje ayah dia.. ekekekeke..

Ni cikgu kesayangan marissa.. marissa memang manja ngan cikgu dia ni.. pasal apa pasal marissa ni kuat merajuk, cikgu dia gak kerap pujuk.. brutal tak cikgu marissa.. ehehehhee cian marissa terselit kat celah2 belakang tu... thanks cic bawak marissa meronda ke muzium TUDM.. marissa memang happy sangat2 balik dok bercerita pot pet pot pet.. seronoklah pi pun naik bas sek besar kuning tu.. Rasanya trip ni menggabungkan ramai murid dari pelbagai caawangan cic seluruh negeri..











Sumber from:
children islamic center

cic blog: http://www.cicleader.blogspot.com/

CIC Educational Trip Date : 6th March 2010

Venue: Muzium TUDM, Sg Besi

Total of participants: 323 students and 40 teachers

Trip TUDM Created by Adzleen Adzhar on March 9
pn-iena
Mula2 assalamualaikum....
Wahh lama betul tak menaip sesuatu kat blog ni. Bukan apa, berdasarkan pada tajuk entry kali ni, kompemlah tahu sebabnya kan. " Bila Mommy Marissa jadi dreba!" Heeeeee.. Start dari awal persekolahan marissa selepas cuti raya cina aritu, mommy marissa terpaksa menjadi dreba marissa. Ulang alik pi sekolah ngantar anak dara manja sorang tu. Nasib baiklah ayah dah belikan kereta antik kecik untuk mommy. Kalau tak nak drive guna apa?. Antik pun antik lah marissa jadi boleh sampai pi balik ke sekolah tu. Sekarang marissa bertambah2 happy lah sebab hajat dia sudah kesampaian. Yelah bila marissa tengok ibu2 mama2 kengkawan dia ambil balik sek. hati marissa sayu... Sebabnya dalam pemikirannya "kenapa mommy tak amik dia cam kengkawan dia yang lain tu" yang sebenanrnya " macam mana mommy nak amik marissa kalau takder keta sayang oiii..." Tapi semuanya telah berlalu, mommy yang dah lama tak pegang stereng keta akhirnya berjaya memberanikan diri drive semata-mata untuk kepuasan hati marissa.. lama tu sejak beranak kan marissa terus tak sentuh keta... maunya cecah 6 thn berlalu..ishkk2 seperti mimpi ajer lah mommy marissa ni... oklay lah kul 11:30pg nak kena amik marissa lak ni.. so nak pi masak sat... daaaaaa..
pn-iena
waduh... memang betul2 keletihan mommy marissa kali ni. Betul2 terasa bila anak dah mula sekolah tadika ni. Memang tak berkesempatan nak menaip kat blog ni lagi. Entah berzaman nak menaipnya. Maklumlah pengalaman pertamalah katakan. Kebetulan pula ada sikit masalah si marissa ni. Tiba2 saja dia buat hal menangis kat sekolah. Tak nak balik lambat nak balik cepat. Memandangkan tukang ambik van sekolah tu lambat bebenornya akhirnya kami telah menamatkan perkhidmatan pengambilan balik marissa ke rumah. Buat sementara waktu ni nak pulihkan diri marissa yg tiba2 trauma tu. Mula2 dia fobia pasal kena marah ngan cikgunya, lepas tu masa belajar yg panjang balik pukul 2 ptg. Akhirnya kami tukarkan balik pukul 11:30 pg. Sekarang ni Tok nek KB dia jadi tukang antar pi balik amik marissa sekolah. Lepas ni tak tahu apa nak jadi.. kena tunggu dan lihat.. Buat masa sekarang marissa sudah mula happy kembali..


Lovely ps:
Esok khamis pagi balik ke jb, sebelah petangnya kami naik flight ke kuching sarawak.. yahoOOo... marissa direhatkan sekolah 2 hari..kuikkuikui.. ayahnya direhatkan bekerja 2 hari juga... kami pergi bukan suka2 ada sebab dan berhajat... adik ke-3 akan bertunang dengan orang kuching... sabtu petang flight pulang ke JB... Ahad tu barulah kami berangkat balik ke rumah
pn-iena
CIC ( Children Islamic Centre )
Marissa memang teruja sangat nak pi sekolah ni... Nasib baik dia okay saja. Alhamdulllah semuanya berjalan dengan lancar.
ops! to be continue...