Marissa memang takut dengan kucing.. kalau nak pun tengok dari jauh, dekat2 mahunya melalak. Lagi satu lipas... dia mmg fobia dengan lipas sejak dr kecik, berlari sakan bila kena kejar lipas.. ahaha! lipas tu sebenaranya nak cari jalan keluar, kebetulan marissa depan dia mmg ler bertebung.. Setakat ni bby Fadli tak takut dengan binatang apapun..semua dia main pegang, maunya kena cekik binatang2 tu dikerjakan fadli...Heheheh
Macam mana nak semai kasih? semai kecintaan antara keluarga, antara suami isteri serta antara ibubapa anak2. Seringkali kita terleka adakah cukup benar kasih sayang yang dicurahkan kepada insan2 yang hampir dengan kita. Seringkali kita mengabaikan kasih sayang yang sentiasa mengejar kita. Bila ada kes2 gosip dunia hiburan tentang kerentakan rumahtangga hati ini memberontak ingin mengatahui kisah2 selanjutnya tentang pengakhiran kisah mereka. Sebagai seorang isteri, sesungguhnya kalau disebut pasal bermadu minta amat dijauhi. Walaupun ianya sah dlm islam yg lelaki boleh berkahwin lebih dari satu. Relakah kita bermadu kasih? Sedangkan setelah bertahun2 lamanya kita berdampingan dengannya secara sendirian. Orang yang jahil atau yang berpedoman iman teguh pun juga boleh terlalai dengan kasih sayang dari insan2 luar. Insan2 luar yang digelar orang ke-tiga dalam mengganggu kerharmonian sesebuah kekeluargaan tu. Murni sungguh ke niat tu bila meruntuhkan mahligai orang? Semata-mata untuk bina mahligai sendiri atas dasar pentingkan diri sendiri? Paling benci! dengan makhluk yang tidak berhati perut macam tu. Bila Allah bg akal tu guna lah sebaik mungkin, bila Allah bg otak tu fikir baik buruknya, bila Allah bg mata tu lihat dengan jelasnya, bila Allah bg telinga dengar dengan baik, bila Allah bg mulut tu jgn celupar.. kang ada yg kena cili kang!...
Ada juga yang redha dan pasrah kerana menganggap ianya sudah ditakdirkan. Seperti mana kita selalu dengar " jodoh dan pertemuan ditangan tuhan" tapi tidakkah kita boleh menjauhkan dr melakukan perkara yang boleh sama2 menyakitkan hati kaum hawa sendiri? Tidak bolehkah kita berikhtiar agar tidak terjadi perkara itu. Tapi bila kita dah tawar hati 'perkataan minta dilepaskan akan berlaku' salah siapa? Yang penting kita sama2 jaga keharmonian keluarga kita sebaik mungkin. Insya'allah jodoh kita akan berkekalan hingga akhir hayat.. dunia dan akhirat..