pn-iena

Siapa tahu pasal 'pelepas' ni? Hah orang kelantan saja yang buat kot? Hari ni genap 41 hari so dah kena buat pelepas ni. Hari ni berurut dulu pastu baru buat pelepas tu. Nk tau macam mana pelepas tu?

Bahan2nya:-

  • Sedikit beras, kunyit (hiris bulat), duit syiling 20sen & bedak (dicampur sedikit air)
  • Gelungan benang putih yang tebal (diikat bulat) kebesarannya sesuai size orang dewasa.

Caranya:-

  • Bacaan doa- sambil menyapu bedak cair ke muka baby ibu & tukang urut- dilakukan oleh tukang urut semdiri lah
  • benang diikat simpul hujung, kemudian tindihkan syiling 20sen, kunyit dan beras. Bacaan doa & pusing2kan depan muka & atas kepala si ibu
  • bacaan doa -masukkan ibu dlm gelungan sebanyak 3 kali, diikuti
  • bacaan doa -masukkan baby dlm gelungan sebanyak 2 kali

Dulu semasa first time bersalinkan marissa pernah juga buat pelepas ni di KB cuma lupa caranya. Anak kedua ni si fadli buat lagi pelepas baru masuk kepala ingat semula. Moga siapa yang nasih tertanya2 apa itu pelepas dah dpt jawapannya. Pelepas ni kira macam buang benda2 yang tak baik. Ni tradisi orang zaman2 dulu. Kebanyakannya dah tak buat pelepas ni, orang tua2 saja yang tau. Dah buat pelepas leh lah kuar jalan. Tapi pantang tetap 44 hari tau.

pn-iena
Marissa
Semalam marissa main bedak wangi habis satu bdan dia dok sapu macam tepung gomak. Meraung MIL tengok marissa main bedak. Nak buat macam mana budak tengah nakal tak leh di kawal lagi dah. Mommy dia tengah berpantang so tengok sajalah. Sempat gak ambik video, hehehe nanti leh tepek kat sini sebagai kenangan..

Muhammad Fadli
Alahai sekarang ni dah pandai nak berpangku saja. pantang letak atas tilam mula minta angkat semula merengek menangis. Bila dukung senyap senyum simpul lagi..ehehe.. kalau tukar pampers kena hati2, silap2 terpancut kencing habis basah. Ni ler baru nak ada pengalaman jaga baby boy ni. Fadli ni cepat membesar.
pn-iena
Si marissa ni sejak dpt adik dia betul2 sayang kat adik dia tu. Tiap2 hari dok cium peluk kuat2. Kalau orang yg tak dikenali nak sentuh adik dia mmg tak bg, sebabnya takut kena ambil bwk balik. Ramai yg menyakat marissa ni kesian dia. Si marissa ni pun kerap mengusik bby, Pantang nampak bby tdo mula lah usik sana sini, sampai bby tu bangun. Kalau malam dengar bby nangis dia pun sibuk bangun jenguk risau sangat, bising mulut tu kata "mmy fadli nangis!"
Kat KB ni beberapa kali marissa dihantar ke tadika, saja jer untuk kenal dan sesuai kan diri. Oklah tu nanti senang hantar tadika dah tak takut2 lagi, maklumlah marissa ni kurang bergaul ngan org. Marissa ni kedegilan dia pun dah tahap gaban, memang nakal sangat, kena tegas secara baik maka baik lah jadinya.
Marissa kalau ayah dia takda tak kisah, tapi kalau ayah dia balik jenguk kami mmg berkepit saja. Kalau ayahnya nak balik kl kena ckp pi keja, kalau idak meraung nak ikut sama.
pn-iena
Start pertengahan bulan april sampai june ni adalah bulan yang sangat2 bz. Macam2 urusan kena settelkan, baik dr segi berpantang, pindah umah, renovet umah, balik jb jenguk nenek kesayangan marissa fadli pada bulan june ni. Dah pindah umah kena masuk line telepon pulak, urusan streamyx lagi (eheh kalau tak camner nak searching internet). Ni pun syukur alhamdulillah hubby masukkan streamyx kat KB, boleh lah wife dia tenet sebentar. Kami guna akaun streamyx kami jer. Lepas ni kalau lama tenggelam dr blog ni maknanya streamyx kat umah baru lom settel lai.
Baby fadli tdo ni. Perkembangan terkini bby semakin membesar, tembam pp dia geram. Tangan gebu kaki yg comel. jerit kuat manja sangat, pandai senyum dah. Wah memang seronok sangat dpt baby baru ni. Cuma time nak bersalin tu yang seram skit ehehe. sakit tetap sakit cuma kali ni sakit sebentar sahaja alhamdulillah. 4 pagi tu air ketumban pecah kul 6 lebih camtu pi hospital dalm perjalanan tu dah sakit sangat2, tu yang terus masuk wad bersalin, dah bukak 6-7cm masuk 8cm leh bersalin dah doktor ckp. Kul 7:40am tu lah bersalin, rasa macam mimpi saja waktu tu. Malam tu leh balik sebab semua sihat.
pn-iena
Waduh lama sungguh tak menulis kat blog marissa ni. Perkembangan terkini mommy marissa dah selamat bersalin pada 16 april 08. Tercepat bersalin dari due sebenar 3 mei. Nampaknya baby nak jadi orang putrajaya juga. Alhamdulillah kami menimang cahaya mata kedua baby boy. Nama baby "Muhammad Fadli". Pening juga nak pilih nama, last2 letak saja nama tu ikut nama ayahnya bermula dengan Muhammad F juga. Janji makna dia baik sudah lah. Nati ada masa masukkan gambar baby lak.
Umur dalam kandungan 37/52. Berat baby 3.1kg, lilitan kepala 33cm, panjang 49cm masa dilahirkan pada pukul 7:40am, pagi rabu (16 april 08) di Hospital Putrajaya. Ketika baby dilahirkan ayah ada di sisi kami. Marissa nurse tolong jaga kan sebentar. to be continue...