
Hari ke-dua, kurang lancar pasal ada sekali 'terkucil' dalam seluar. Ini kerana gara2 leka dok mengadap komputer ketika sibuk belajar secara online. Tiba-tiba saja marissa ke dapur sambik berkata "mommy, sa kencing!" erk! tidak!!!!.. cepat2 cuci kan marissa kemudian tanya tempat mana dia terkucil tadi. Dia tunjuk dengan selambanya "kat situ lah"..hamboi2 sabar jer lah.
Tapi setiap kali dia tidur memang cepat2 pakaikan pampers takut terkucil pulak. Okay harap eksperimen ini akan terus menjadi. Pastikan berjaya! Berusaha!!