Semalam marissa menangis kata kaki dia sakit. Tengok-tengok jari kaki dia melecet. Tanya sebab apa boleh jadi macam tu. Dia jawab "lipass (double 's') buat!". Erk! takkan lipas buat. Ni mesti dia gesel2 kat mana sampai jadi macam tu. Sampai hari ni masih sakit lagi. Sapu ubat gel gamat tempat yang melecet tu, baru dia lega.

pn-iena
Alhamdulillah.. akhirnya berkesempatan beli kek birthday marissa. Sebelum ni parents KB yang belikan sambut kat sana. Suka betul marissa kek coklat dia tu. Kami doakan " Semoga Panjang Umur murah rezeki, dan jadi anak yang solehah". Kalau nak tahu marissa sekarang secret admire kat Dr sheikh muszaphar, angkasawan pertama di Malaysia ni.
Ok nanti nak tambah video marissa semasa dlm perjalanan beli kek. Marissa dok menyanyi lagu " Rasa sayang hei, rasa sayang hei..." to be continue...
pn-iena
pn-iena

pn-iena
"Jomlah marissa kita bergambar.."
Marissa yang tengah badmood waktu tu memang tak nak bergambar. Kebiasaanya kalau bab bergambar ni memang serah pada marissa sajalah. Entah kenapa di pagi raya tu moody pulak si marissa ni. Mesti gara-gara tidur lewat sebab bermain sakan dengan cousin dia si fatihah tu. Mereka berdua memang berkepit saja siang malam, like twins. Walapun umur sebaya namun size tak sama jauh beza macam langit dan bumi. Kekadang diorang ni suka main gusti perut, hah nak tau macam mana caranya? berlaga perut masing-masing, badan kecik juga yang terpelanting. Itu pun tak serik-serik masih nak main juga. Dipendekkan cerita hari tu memang serba serbi tak kena, nak bergambar punyalah main susah, muka monyok saja. Terpaksa ambik saja sebagai tanda kenangan.
"grrrrr"
"Adoi! sakitlah.."
Ini lah akibatnya kalau gelakkan dia. Memang cepat panas hati marissa ni. Dia ingat kita ketawakan dia sebab dia buat silap kot, tu yang malu sangat kot.
pn-iena
Tahun ni kami bertiga, yg ke-4 tido kat dlm ni, menyorok ;) eheh. Insya'allah tahun depan kami berempat leh ambil gambar sebagai kenangan. Tak sabar rasanya menunggu saat bahgia tu.
Tahun 2007 kami sekeluarga beraya di kelantan. Sebelum beberapa hari raya aidilfitri menjelang kami telah pulang ke johor terlebih dahulu di bulan puasa. Insya'allah raya haji tahun ni kami di johor. Niat di hati nak beraya di johor cuma saat ni rasa tak larat pula.
Sambutan raya aidilfitri tahun ni sangat meriah. Ramai sanak saudara berkunjung,dan ramai yg buat rumah terbuka. Duit raya marissa pun boleh tahan. Bolehlah buat tambah untuk gelang tangan baru dia nanti.