Pada masa ni marissa baru tertidur, alhamdulillah nampak lena sangat mungkin dengan keadaan cuaca sekarang ni yang musim hujan, keadaan rumah menjadi aman dingin dan terhindar dari debu-debu yang selalu menyesakkan nafas ini.
Ubat-ubat marissa terlalu banyak untuk demam kali ini. Contohnya: ubat batuk,demam,selsema,tahan muntah,antibiotik,selsema, waduh semuanya membuatkan marissa mual loya-loya tekak kerana terpaksa telan ubat-ubat itu walaupun dalam bentuk cecair. setiap kali nak kasi dia ubat mesti menjerit-jerit meronta-ronta tak nak, terpaksalah paksa juga dia telan ubat tu dengan apa cara sekalipun supaya cepat sembuh.
Alhamdulillah yang penting sekarang marissa bersansur sihat. Risau juga kalau tak sembuh-sembuh. Biasa kalau marissa demam pun 2-3 hari mesti dah sihat, kali ni lama betul. Badan aku pun sakit-sakit sejak beberapa hari ni, asyik memangku mendukung dia, malam tak lena tidur, baru nak lelap marissa dok batuk-batuk, pastu menangis lah sebab tak tahan nak menanggungnya, kesian sunggih tengok keadaan dia waktu tu.