pn-iena
(Gambar ini dipetik oleh member di korea)
Sekarang ni musim bunga di KOREA
cantek kan bunga2 tu...
waduh indahnya...

Sungguh indah dengan permandangan sebegitu...
pn-iena


Novel Cinta Marissa

Epilog


Marissa hanya memerhatikan dari jauh. Ternyata kehadirannya tepat pada waktunya. Ada suatu majlis sedang berlangsung di kediaman Iqbal. Satu majlis perkahwinan! Tiada sebarang kad jemputan yang Marissa terima. Dia tidak dimaklumkan tentang majlis ini dan hatinya tertanya-tanya.
Empat tahun di UK, Marissa kembali penuh harapan. Selama ini Marissa berpegang pada janjinya. Hatinya hanyalah untuk Iqbal. Bukan kepada lelaki lain. Selama di perantauan, Iqbal sentiasa dihubungi dan diutusi. Sesekali apabila bercuti panjang, Marissa akan kembali ke tanah air secara mengejut. Pada Marissa, Iqbal masih seperti dahulu. Setia menantinya.
Masa berlalu. Sedar tak sedar, akhirnya setelah menempuh pelbagai dugaan perasaan dan dugaan kehidupan di rantau orang, Marissa berjaya juga menamatkan pengajiannya. Marissa sengaja tidak menyatakan tarikh kepulangannya. Jika Iqbal masih setia menanti cintanya, sudah tentu dia akan bersedia menerima kepulangan Marissa pada bila-bila masa sahaja.
"Assalamualaikum.. jemput... silakan masuk..."
Sapaan seorang wanita separuh umur, mematikan lamunan Marissa. Dengan senyuman palsu, Marissa terangguk sopan. Bunyi paluan kompang mencuri semua tumpuan para hadirin. Marissa tidak terkecuali. Marissa menoleh ke arah jalan. Dari jauh kelihatan seperti...
Jantung hati Marissa berdegup kencang. Marissa tak sanggup melihat lagi. Segera, Marissa menapak keluar. menyongsang arus perarakan, kembali menuju ke keretanya. Terhenti seketika di muka pintu, air mata Marissa mengalir sederas-derasnya.
"Marissa..."
Marissa menoleh. Di balik pandangannya yang kelam, Marissa mengenali lelaki itu. Iqbal?
"Bila sampai? Ke.. kenapa?"
Menyeka air matanya daripada terus mengalir, Marissa memandang Iqbal dari atas ke bawah. Bukankah Iqbal pengantin lelaki itu? Marissa beralih pandang ke arah pasangan pengantin yang kini sudahpun memasuki perkarangan rumah. Matanya terkelip-kelip seketika.
Iqbal menghampiri Marissa. Disapunya airmata Marissa yang masih berbaki di wajah manis itu. "Kenapa menangis?"
"Riss... ingat... Iqbal pengantin lelaki itu..."
Iqbal hanya tersenyum mendengar kata-kata Marissa. Benarlah, Marissa setia pada janjinya sebagaimana Iqbal juga setia menanti Marissa selama ini. Marissa kini telah kembali ke pangkuannya. Iqbal tidak akan menunggu lebih lama lagi. Esok lusa Marissa akan disuntingnya.
"Siapa yang kahwin?" tanya Marissa setelah tangisnya reda. Iqbal hanya mampu tersenyum.
"Riss tak terima kad undangan mereka?"
"Kad undangan?"
"Ya. Pengantin lelaki sendiri yang tulis kad undangan tu."
Marissa menggeleng-geleng.
"Jom kita ke dalam. Umi Nor dan Saldira pun ada."
Di meja santapan, di sana duduknya pasangan pengantin itu. Muhammad Ishqal dan Adiba.
"Esok kita pula duduk di sana," bisik Iqbal sambil memberikan senyuman abadi buat Marissa.

~~~~ TAMAT ~~~~

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan novel ini boleh menghubungi Alaf 21 Sendirian Berhad di 03-51013839 atau lawati laman web mereka di
http://alaf21.com.my/langganan/default.htm
(sumber:karangkraf.com)
pn-iena
My loving Basz adik terangkat akan pulang ke Malaysia. Harap2 dpt lah bertemu dengannya.. tu pun kalau sudi nak jumpa dengan Akak terangkatnyer ini.. kihkihkihkih \(^_^)/ This is first time bertemu lah kalau jadi bertemu..di Malaysialah, takkan korea kot (cisss berangan nak pi sana ni)

kitaorang kenal pun melalui internet. Tu lah kata orang kalau dah jodoh takkan ke mana. Yang penting otak IT, jiwa IT segalanya IT..Luas pemandangan Luas pengalaman...

Ni pesanan ringkas dr Basz sebelom pulang ke malaysia klik sini

Ps: Baszz..hamboi..hamboi...kalau bab kahwen jer ko serahkan pada kak iena ekk!.. Apa2 hal kita jumpa di PUTRAJAYA.. lorrr ok tak jumpa situ...yolah2 kang kak iena angkut basz dr umah lah..wookay bebeh.. love u..chak! chaw chin chaw..!
Opsssss..jangan lupa ole-ole utk kami...Baby marissa nak teddy bear comei dr untie bazs dia ahakss..!
pn-iena


Tokyo Station
Bila lah aku nak jejak sini ek
laki aku ni sampai pun pasal kena outstation
Nak bwk anak isteri tak leh
pasal ongkosnya company bayor

Tu lah insyaAllah kalau ada rezeki lebih
nak gak aku jejak JAPAN leh singgah KOREA skali
Chewah berangan jer arrhh..
pn-iena

Unik dan menarik..
tenang jer jiwa melihatnya..
pn-iena

pn-iena


Marissa Keletihan berendam kolam..Tdo lah dia dengan nyeyaknya tanpa diganggu oleh sesiapa....'sweet dream honey' di kamar beradu....
pn-iena


pn-iena



pn-iena
Inilah 'Hotel Awana kijal Golf & Beach Resort' Belakang nyer terdapat kolam renang...


pn-iena

Percubaan pertama marissa ketakutan...air pun panas maaa.. tak arr mengelegak suam2 kuku jer


pn-iena
pn-iena
pn-iena
pn-iena

saja jer aku letak gambar ni ...comel jek..

ari ni 30march lah ekk..
so aku tengah nak packing apa2 yg patut ni..
sekarang ni kul 12:25am waktu malaysia..
waduh tak siap lagik...ngantok lah pulak..
ok arr apa2 hal jumpa lagi bila aku pulang dar holiday..
pi mana? pi awana golf & resort, ganu kito..
ekekekeke...tatata..bubye..!!!
pn-iena



keldai kat atas ni sebijik tau cam marissa punya toy keldai...
memang cute..pastu lembik jer..
marissa suka lah dok cium2 keldai tu...

marissa..sekrang umur dia dah 1thn 5bln
semakin aktif,cergas,nakal lak tu...
kengkadang geram betol dengan karenah dia..
asyik nak majok jer..skit2 majok..adui..payah betul..

taapi bila dia buat muka comel dia tu..aduhai cair ati ni...
ishkk budak manja..intan payung buah hati pengarang jantung..

sekarang ni kalau nak minum pandai dah ambik sendiri..
air dia dah tersedia ada kat dlam bekas air..
pasal sejak umur 1thn 3bln dia dah stop susu botol ni..
kalau malam tu susah skit nak tdo..
kena lah dokong ker..tak pun sure dia cari buchuk dia..
pastu terlelap tdo...
kengkadang biorkan jer dia dok main..tgk tv..
bila dah mamai ngantok tertido lah dia..

pakai kasut pun tau dah..ambik kasut serah kat ayah or mommy dia..
angkat kaki nak pakai kasut..faham dah dia..
perkataan yg kerap digunakan marissa.."acih"..(terima kasih)
tak kira lah dia bg org brg, ataupun terima brg..ucapannya still "acih"
ni ayah dia lah ajar...

sekarang ni pun sebok tertonggang tonggeng ikut nak sujud..time ayah or mommy
dia solat..adui..kengkadang gelihati lak dibuatnya...

kalau makan ayam goreng mesti nak seketol pegang sendiri..
suka benor makan ayam goreng 'like father like daughter'..
makn nasi kurang dah...suka makan jem coklat sapu kat roti..
biasanyer dia sendiri ambik botol jem coklat tu..pastu ambik roti..
serah kat mommy dia suruh sapu kat roti tuh..pastu makanlah sekeping..
sambil dok tengok tv..sambil main2..

kalau nampak ayah dia balik keje..sure kejar mintak dokong...
manja benor..kalau pagi2 tetau jer ayah dia nak pi keje..
mula lah mintak dokong.. terpaksa lah ayah dia angkut letak dlm keta..
keta kuar pintu get..angkat marissa bwk masok umah..
pastu mula lah meraung meronta2 nak ikut ayahnya..adui..

lagi apa ekk... kerap lah menari,menyanyi..kalau berckap tu memang laju..
tapi still 'baby talk' lah...

biasa panggil ayah dia 'yah' panggil mommy dia 'mi' oklah lah kan..
kengkadang tu dia panggi ayah dia 'bang' adui...pasal apa tau..
pasal dia ikut aku panggil hubby kan 'bang'..adui gelak je kitaorang..
tu yg aku nak ajor dia panggil aku 'kak' ekekekeke...

sekarang ni pun sebok dok study online...1 2 3..dengan abc dia..
suka lah study cam gini ada music..amat menyeronokkan marissa..

pn-iena

Ewah..ewahh...beryahoo..yahoo! lah yer...
chewahh..seronok ni..hati senang..happy sokmo gitu..
kini tibalah masanya utk berholiday...

Hubby ambik cuti 2 ari..start khamis-jumaat ni..
kitaorang nak pi holiday kat Awana Kijal Golf & Beach Resorts
3 malam 4 ari.. ganu kito....(terengganu) lah wei..
Pasal apa tau aku happy sangat..
pasal aku nak cari ketenangan..
aman dunia..
Nati balik dari sana aku try lah citer kat sini..
tunggu citer yang selanjutnya yer..ehehhe...
pn-iena




Masih ingat lagi tak citer Full House yang pernah di tayangkan di channel 8.
seronok lah tengok citer tu..aku ngan hubby lah tak pernah ketinggalan menontonnyer..
heheehee..bila lah nak tayang semula ekk..windu lak tiba2..

Ringtone aku pun lagu tema full house.. agak2 yang berminat meh masok sini

ok lah..selamat bergumbira..

pn-iena


Surah Yusuf Ayat 4-
Doa mohon dilembutkan hati pasangan terhadap kita
~Izqaala Yusufu Li’abihi Ya’abati Inni Ro’aitu Ahada ‘Asyarakaukaban Walsyamsa Walqamara Ro’aituhum Liisajidiin~
Ertinya:
(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: ‘Wahai Ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku’.
(surah yusuf ini dipetik oleh rakan cyber)
pn-iena
Try pulak gandum madu & susu madu jenama nestle.. aku baru jer cuba utk marissa... campurkan gandum ngan susu tu... gandum(6 susu kecik) + susu (1 sudu kecik) Boleh lah dia telan gak...skit2 pun abis... Dah berbulan2 dia tak minum susu...baru ni nak sebab campur gandum.
perkara penting utk anak2: zat protein,tenaga,vitamin dan garam galian utk membesar...

ps: marissa ni suka madu"honey". Sebab kalau perisa biasa susu vanilla ker coklat dia mmg xsentuh langsung dah...