""Author: liz772 Time: 27-1-2005 04:45 PM
Amirah - Puteri
Marissa - yg penyantun dan penyabar
ni org tua yg kasi dia carik lam al-quran...""
""Author: marissa_irayu Time: 4-1-2006 01:40 PM
'QUOTE:
Originally posted by pinkeygurl at 12-7-2005 02:58 PM
marissa ade makna x...or arissa mira...please chek kan maknenyer....confuselah.... '
marissa maknanya yg penyantun dan penyabar ""
""Author: pinkeygurl Time: 5-1-2006 11:48 AM
r u sure ker?? marissa ada makna dlm bahasa arab or ur thinking only bcoz ur name??please confirmkan bebetul....""
""Author: marissa_irayu Time: 5-1-2006 12:16 PM
i am very sure .... i read somewhere masa i nak carik nama utk baby i (ingatkan baby i girl rupanya baby boy so tak jdlah nak kasi nama tu.""
Kebetulan saja searching cari nama-nama baby, terjumpa pula makna Marissa tu.

Si kecik Marissa yang baru hendak mencecah 4 tahun umurnya pada October ini telah banyak membuat kejutan terhadap keluarganya. Bayangkan kanak-kanak sekecil ini sudah pandai on off laptop sendiri. Bukan itu sahaja malahan pandai on internet sendiri. Kebetulan ID & paswordd memang tersedia ada. Dia bijak mememilih icon di dekstop untuk on internet. Kami sebagai parents dia tak pernah mengajar cara-cara untuk membuka internet. Malahan dia boleh mencari icon untuk membuka lama web kegemarannya sendiri. Marissa tidak perlu meminta pertolongan dari parents nya.
Pada mulanya kami tidak menyangka si kecik ini bergitu minat dengan komputer. Syukur alhamdulillah setakat ini dia searching benda yang baik saja. Contohnya search website game dan pendidikan serta hiburan saja. Namun bergitu kebanyakan websitenya kami telah pun save as favorite atas nama folder marissa.
Apa yang Marissa Minat?
-melukis dan menconteng.
-belajar sendiri secara online.
-mengeluarkan bakatnya secara praktikal.
-mempelajari byk bahasa selain bahasa ibundanya.
-guna PDA untuk melukis dan bermain game (tau on off).
-lagu Apek (Aspalela),Aliff (Sayang-sayang)
& Che'Nelle (I fell in love with the DJ).
-mengajar sponge bob menyambungkan huruf.
-menyanyi dan menari.
-komputer
"Ibu bapa perlu membiasakan kanak-kanak dengan persekitaran sekolah yang selama ini menakutkan mereka."
PUNCA ANAK ENGGAN KE SEKOLAH
- Masalah dengan kanak-kanak lain seperti diejek atau dipulaukan.
- Masalah dengan guru.
- Ancaman kecederaan fizikal daripada pembuli.
- Malu atau takut setelah diejek atau dibuli.
- Masalah dalam pembelajaran.
- Masalah pergaulan seperti kemahiran bersosial yang rendah dan rasa rendah diri.
- Konflik keluarga.
- Masalah psikiatri seperti kemurungan, Anxiety Disorders, Attention Deficit Hyperactivity Disorder'(ADHD) dan lain-lain lagi.
Tip mengatasi anak enggan ke sekolah
- Fahami punca sebenar mereka enggan ke sekolah.
- Berikan gambaran yang positif tentang sekolah serta kepentingan sekolah kepada masa depan mereka.
- Dalam usaha mengatasi masalah ini, ibu bapa perlu bersikap tegas dan konsisten dalam menangani tingkah laku anak yang negatif.
- Dapatkan kerjasama daripada pihak sekolah dalam menangani masalah yang dihadapi.
- Dapatkan bantuan profesional jika masalah berlarutan.
sumber: Oleh Roslah Othman (roslah.othman@utusan.com.my)
Doa Nabi Yunus "Laa ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz dzalimin" surah Anbiyah.

Tu yang kepala lonjong leher panjang tu pic ayah, si marissa lukis siap nampak jambul kat rambut tu..eheheh

Budak2 ni kalau dia nak solat biar dia sendiri buat, jangan dipaksa.Yang penting tunjukkan benda baik depan dia mcm ni lah hasilnya.
Ikut mood marissa:
-Solat sendirian entah berapa kali sehari
-solat bersama ayahnya dlm sehari
-solat bersama mmy nya dlm sehari
(campur semua tu mmg byk kali dia mengerjakan solat dlm sehari)
~Tak bagi peluang cousin dia nak main game ikan tu tengok jer lah..
~Permintaan si Teha nak tangkap gambr ngan marissa..tunai kan jer lah..Sempat merakam detik2 bersama sebagai kenangan. Marissa & Teha, cousin yang sebaya dengannya. Ketika ni berada di rumah nek tok marissa di KB. Terpaksa ambil cuti emergency untuk melawat nenek Teha yg koma di hospital. Harap masih ada harapan..dan semoga cepat sembuh!..
Ni sewaktu first time menjejakkan kaki ke tesco baru di KB. Sempat lah diorang ni main beberapa game. Jarang berjumpa sesekali tu layankan ajer karenah mereka.
Tengoklah teruja betul Marissa dok menyambungkan titik2 huruf H. Maklum lah time ni baru nak berjinak-jinak menulis. Marissa study sendiri tu, mmy dia tak ngajor pun cara nak menulis tu. Memang firts time tengok dia buat rasa terkejut. Biasa dia menyambungkan huruf secara online. Kiranya dia boleh perturunkan ilmu tu melalui praktikal pula. Syabas!Marissa!... sekarang ni semua huruf dia dah boleh tulis siap belikan buku baru lagi yang hurufnya Aa-Zz tu..
Marissa sekarang ni kuat mengada-ngada atau manja sangat!? rasa2nya macam sama saja. Selalu merenggek nak minta dokong lah itulah inilah, adui betul2 tak larat nak layan perangai dia tu. Bukan tak nak layan, tapi kerap sangat buat hal! Bukan tak sayang, tapi dah penat! Betul ke kalau nak dapat adik perangai anak sulong akan jadi macam tu. Takut nanti tak dapat nak bermanja puas-puas!, takut kena pulaukan atau takut kena suruh itu ini tolong mommy jaga baby? Eheh jaga baby? Yup! nanti kenalah tolong mommy jagakan baby tu, tolong tengok2 kan time nak masak, mengemas dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Maklumlah surirumah sepenuh masa.
Yang bestnyaMarissa suka berkomunikasi dengan baby dlm perut ni. Suka bertanya itu ini "Apa! baby nak aiskrim?" sambil melekatkan telinga kat perut mommy. "Kakak nak masak, baby nak apa?". Ayat power " Ala.. laa.. sayang baby" dan banyak lagi lah suruh baby tidur lah itu ini lah. Bila ditanya sayang baby ke? jawabnya "sayang!!". Si baby pulak bukan main lai dok tendang2 dlm perut tu. Bukan main lagi melayan kakak dia. Tak padan kecik boleh tahan dok tendang2! eheh!
Yang tak bestnyaSuka kata marissa ni baby. Mommy dia kata "kakak baby besar, dlm perut ni baby kecik". Amboi bukan main suka, bukan main ceria riak wajahnya. Kadang2 tersasul gak panggil marissa ni adik takpun baby..maklumlah memang dah terbiasa panggil sebelum ni. Apa-apa pun nampak gayanya marissa faham yang dia bakal mendapat seorang adik. Semoga dia menjadi kakak yang bertanggung jawab. Satu lagi sekarang kerap menulis sambung abjad Aa-Zz. Tapi tulah suka sangat tulis melompat-lompat pages lain..padahal tak siap lagi page sebelum2nya. Tak apalah marissa janji buat, nak buat pun kena ikut mood baik dia. Kalau tidak jangan haraplah.
Macam tak percaya saja apa yang berlaku semalam petang. Bagaikan mimpi dan ia berlalu pergi bergitu saja. Bayangkan ini lah first time rumah kami banjir. Tayar kereta pun separuh tenggelam. Cepat2 kuarkan kereta letak di tanah tinggi skit. Rupanya Parit kecik depan umah ni dah tak boleh menampung air yang deras dek hujan yang lebat tanpa hentinya. Amat2 bernasib baik sebab hujan berhenti sebelum air mula melimpah masuk ke rumah kami. Barang2 mommy marissa laju saja angkut ke tingkat atas. Huh! kalau lah terjadinya banjir besar-besaran bagaimana lah nasib kami. Syukur alhamdulillah semua selamat tiada apa2 berlaku. Yang peliknya time air naik melimpah2 tak perasan pulak. Nasib baik ada jiran yg perihatin talipon ayah bg tau. Last2 bila air mula surut ayah teruslah malakukan kerja pembersihan secara emergency. Marissa pun sibuk tolong sekali, sambil tu basah kuyup lah sebab masih hujan renyai2. Lepas selesai semua tu bawa marissa mandi cepat2 sebab takut gatal2 pulak. Waktu tengah menulis ni pun hujan kat luar tu dr petang tadi. Doakan agar semuanya selamat..amin
Ahah! perkembangan terbaru anak kesayangan (yg bakal masuk 4 tahun oktober ni) dah pandai menulis. Syukur alhamdulillah..pandai sendiri rupanya. Sebabnya kami memang tak ajar pun cara nak menulis tu. Cuma 'suapkan' buku-buku saja setiap kali pergi membeli belah atau jalan-jalan. Memang sengaja biasakan dia dengan buku-buku ni, kasi dia minat sikit. Maksud pandai menulis tu besar maknanya tu, kena jelaskan di sini. Chewah! marissa dah pandai mencantumkan titik-titik pada abjad Aa-Zz besar dan kecil dengan pensil kalernya. Sambil tu mana ada gambar tu dia mewarna sekali lah. Buku melambak dok beli, pensil kaler pun sama, jadinya masukkan saja kat bag khas dia tu. Kalau tidak berterabur hilang satu-satu.
Mommy bodek Marissa!!
-Bodek untuk kasi galakkan saja eheh!
Cakap banyak2 kat marissa pandainya!
Cakap banyak2 kat marissa rajinnya!
Cakap banyak2 kat marissa nanti ajar baby menulis yer? Marissa jawab "hah, okay!"
Cakap banyak2 cantiknya! walaupun hakikatnya senget benget, kaler pun cam bom meletup.
Cakap banyak2 wahhhh..dah siap!..walaupun byk lagi tak siap!
Cakap banyak yeaa.. mommy tepuk bila dah siap! walaupun terpaksa tepuk tangan setiap satu kali dia meyambungkan titik2 untuk jadi setiap abjad
Cakap banyak2 wahhh jadi pun cepat tunjuk ayah..sampaikan ayah pun naik bosan kena layan..kah kah kah
Cakap banyak2 lepas tulis kaler simpan semua barang2 ni yer!