pn-iena

Congratulations! muhammad fadli! Voice Of Tomorrow & Graduation 2014.. CIC
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Fadli happy kami semua pun happy.. lepas ni mesti rindulah kat cikgu2 dia tu... apa2 pun sesi pembelajaran masih berjalan seperti biasa..convo awal jer hehee... ada kenangan gambar kakak marissa masa konvo pd thn 2010..bekas student cic gak tu hehe..
 — feeling Alhamdulillah at Auditorium Cempaka Sari Kompleks Perbadanan Putrajaya.

pn-iena

Cuti-cuti Malaysia... — feeling relaxed at Mines Wellness Hotel.
Ini adalah sebahagian daripada aktiviti cuti sekolah tempohari. Saja layan budak-budak bermanda manda di Mines Wellness Hotel. Ini adalah pertama kali kami sekeluarga menjejaki kaki di sini. Sangat berpuas hati sebab sangat manarik pantai buatan mereka ini. Terasa damai dan tenang. Kami menginap selama 4 mlm 5 hari. Terasa macam berkampung di situ hehe.. 
pn-iena
Syukur Alhamdulillah tak lama lagi anak kedua kami 'Muhammad Fadli bakal graduate. Convocation day 12th oct 2014. Bertempat di Audotorium Cempaka Sari Kompleks Perbadanan Putrajaya. Memang sejak menghadiri convocation kakak Marissa Muhammad Faisal pada tahun 2010 di Putrajaya..Fadli dah mengimpikan nak belajar di tempat yang sama iaitu Children Islamic Center (CIC. Nah sekarang impiannya menjadi kenyataan.. Tunggu gambar selepas konvo nanti ya...hehee — feeling happy with MFaisal HAband Marissa Muhammad Faisal.
pn-iena
Kek Coklat Kukus~
Ini gambar fist time buat..alhamdulillah menjadi..anak2 teruja..kata sedap.. Rasa pelik pulak tiba-tiba teringin nak buat haha.. nasib menjadi kalau idak..maluss jerk!. Kali kedua buat untuk bawa balik raya di johor. ALHAMDULILLAH semua kata sedap..dapatlah merasakan abah kesayangan kami..kalau lah arwah mak ada..mesti suka! Mana taknya anak sulongnya ni bukan reti sangat bab2 masak2 baking2 ni hahaha..masa semakin meningkat semakin berlalu apa2 pun boleh berubah dan terjadi.. 
Hah bila dah tahu macam mana nak buat..peti penuh lah bahan2 untuk buat kek ni..bila2 teringin terus buat..kan senang.. Cuma masa mengukus tu kena tunggu 1 jam lah baru siap masak..lebih suka kukus2 ni lembab dan gebus.. ;)


pn-iena
Swimming Pool - seronok anak2 bermandi manda di sini. Balik raya aidilfitri haritu menyempatkan diri menyinggah ke sini. Walaupun cuma dihari minggu hehe..taklah lama 2 malam jer..Suasana dalam yang sangat indah bertemakan hari raya..ketupat besar-besar tu hehe..

Gambar kenang-kenangan..entah bila boleh sampai lagi ni hehe..
pn-iena
Syukur Alhamdulillah...
semalam pergi baiki samsung galaxy note 2 pink ni kat samsung service center di pandan indah. Perkhidmatan service sangat bagus..layanan pun ok... dalam masa 3 jam siap dibaiki. Punca note 2 koma disebabkan faktor lcd n crack ciput.. so kena tukar lah. Disebabkan punca nya utk warranty tak boleh guna. Hmm terpaksa melayang rm650 tu..tapi takpa lah janji apa yg terkandung dlm note tu dpt kembali. Terima kasih kepada husband yg sangat memahami wife dia ni. Walaupun garu kepala masa nak membayar tu nampak lah keikhlasan di hatinya..siapa tak sayang binik woiii hahaah..thanks hubby i love u so much!!.

Mula2 dah terasa mcm nak beli hp baru jer tak pun tab sbb harga baiki tu boleh dpt yg baru wooo..huhuhu. tapi disebabkan sayang dan setia pad note 2 tu maka kita redha jer lah..hehehe. bayaran kena cash kalau ikut resit tu..tp kitaorg try tanya boleh guna kredit kad tak.. boleh kena tambah 2%..maknanya rm13 tambahan..pastu tiba2 diberitahu sistem prob so kena cash gak lah jawabnya. Apa2 pun syukur semuanya dah selamt kembali seperti biasa..amin syukur alhamdulillah.. sinar harapan menjadi kenyataan terima kasih ya allah
pn-iena


Note: Rindu ngan note 2 pink.. Cepatlah sembuh dan sihat dari koma.. Ya Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar..amin 
pn-iena

Note: Semoga apa yang dihajati akan tercapai hendakknya..amin
pn-iena
Gambar Hiasan Pakcik Google

Dalam kegembiraan pasti ada kedukaan. Sudah pasti semua ini ada hikmah disebaliknya. Amat mendukacitakan bila note pink mengalami kerosakan LDC nya itu. Oh tidak! dikatakan kalau hendak menukarnya pasti menelan belanja dalam anggaran RM500-700 ke atas. Dugaan sungguh! walau dijaga rapi kalau sudah ketentuannya pasti terjadi juga. Walaupun bukan dari kesilapan kita hati ini terpaksa redha.. Bila kita punyai si anak telah melempar wristlet tersebut, waduh jatuh kecepuk! disangkakan tiada perkara buruk berlalu rupanya si pink hampir koma..dan akhirnya koma terus tak nampak apa gambar atau tulisan di skrin gelap gelita hitam gundah gulana. Dalam dilema masih belum pergi baikinya lagi..cuma adakah harapan untuk guna warranty samsung tersebut.. glurpp! sabtu ni try tanya dulu...sob sob sob... sedih... semoga ada sinar harapan menanti di hujung cahaya kegelapan ini... amin
pn-iena

pn-iena

pn-iena

Amboi.. meriah tengok gelagat anak beranak sakan memetik buah rambutan di kg Muar, Johor. Nak petik buah manggis tinggilah pulak hahaaha. Yang gambar tengah tu semasa di Skudai sebelum bertolak ke kg..




Raya kedua..masih teruja mahu petik buah rambutan. Sanggup adik dokong abang ipar dia tu..nak petik rambutan punya pasal..hahaha anak-anak apa lagi serbu!!
pn-iena
Aktiviti hujung minggu jalan-jalan cari makan di Starbucks Coffee ioi mall puchong. Saja amik angin petang bawa anak-anak meronda. Pantang diajak keluar budak2 ni memang sentiasa teruja dan gembira. Waktu macam ni lah dapat merapatkan lagi siratulrahim diantara kami anak beranak..terutama ayahnya yang sibuk kerja tu kan. Macam mommy dia ni tak kisah lah sangat pasal memang housewife. Runtin harian hantar dan amik anak sekolah hehehe. Kalau kat rumah kadang-kadang mommy dorang ni sibuk sikit layan customer nak order beg coach dan set pinggan corelle.. itulah satu-satunya pengubat peneman ketika keboringan..maklumlah kalau buat sesuatu benda yang sama kadang-kadang bosan juga.

Inilah ragam anak-anak ketika hendak memilih makanan kegemaran diorang. Rambang mata pun ya! tengok Kek donat muffin yg dlm raga tu rasanya kacang kot dengan air botol mineral. Selepas makan-makan ronda- ronda sekejap dalam ioi mall ty. Masuk tempat kegemaran en.suami Daiso kedai jepun rm5 tu. Layan anak-anak beli mainan pulak..hahaha .. ok tu jer lah kot yg sempat membebelkan hari ni..ok daaa
pn-iena
The original break and chip resistant glass dinnerware. Trust that it can stand up to the rigors of everyday life and still look great.
  • 76-pc set includes 12 each: 
    10-1/4" Dinner Plates, 
    15-oz Rimmed Soup / Salad Bowl, 
    6-3/4" Bread & Butter Plates, 
    10-oz Dessert Bowls, 6" Saucers, 
    6-oz Stoneware Cups,
  • 2 each: 
    12-1/4" Platters, 
    1-qt Serving Bowls (Cups & Saucers not shown in photo)
  • Dishwasher safe for long lasting patterns
  • Microwave and oven use for versatility
  • Patterns won’t wash, wear or scratch off
  • Break and chip resistance for carefree durability
  • Stackability for cupboard space efficiency
Kredit Gambar pak google

Sebenarnya hati dah terpaut sangat dengan set pinggan CORELLE® LIVINGWARE™ PROVINCIAL BLUE 76-PC SET.. Macam nak amik pre-order..tapi tapi.. waduh! bagaimana ya mahu kasi tahu.. hahahaa~ Dah tergoda sangat2 ni... Insyaallah kalau ada rezeki memang nak sangat rembat satu set... Mengikut jangkaan ETA August ni akan sampai ke Malaysia dari USA. Tapi kenalah pre order dulu. Banyak sangat pilihan desigan corelle sebenarnya.. dari 16pcs, 18pcs, 30pcs dan 76pcs.

*Kadang-kadang bila terfikir sendiri jual sendiri pun nak merasa pakai ya hahaha.. kalau ada yang nak order boleh lah terjah fanpage Falling In Love Corelle Collections
pn-iena
Muhammad fadhil
Inilah anak bongsu kami..sudah masuk 1 tahun 3 bulan..birthday dia pada 29 Dec 2012. Sekrang ni dah pandai dok pot pet pot pet. Hari ni pi klinik cucuk yang setahun punya tu. Alhamdulillah tak nangis pun siap gelak-gelak dengan doktor. Timbang berat nampaknya tak banyak naik dari 10.3 kg ke 10.8 kg sahaja..ringan jer tak berat tapi orangnya gebuss hehehe geram memang hari-hari kena cium..cubit pipi hehehe. Kalau kat pasaraya memang nak berlari sana sini..tak nak didukung dah..aduhai fadhil aka adik. Anak ke 4 ni memang manja dengan kakak dan abang-abangnya. kalau main mesti nak berebut mainann dengan abang chik..selalu abang chik kalah ahahaha..garang si kecik ni nak menang jer tahunya. oklah sampai di sini dulu cerita si kecik ni..lain kali sambung lai..daaaa
pn-iena

MINI TANNER IN SAFFIANO LEATHER


OH tidak! Macam mana boleh terjatuh cinta dengan si MINI TANNER IN SAFFIANO LEATHER! 

Tersangat-sangat tersuka dan tergoda! Boleh dikatakan cinta pandang pertama. Tidur tak lena, mandi tak basah. Asyik terbayang-bayang.. termimpi-mimpi gitu. Akhirnya terpaksalah menghadiahkan untuk diri sendiri hehehe. Jauh diterbangkan khas dari USA ke Malaysia. Kebetulan Saya sendiri menjual produk Original Jenama Coach ni..kata orang sambil menyelam minum air hehe.. Kalau ada yang tersudi nak jenguk atau melawat fanpage saya silalah ke https://www.facebook.com/FallingInLoveCoachCollections atau blog http://fallinginlovecollections.blogspot.com/

Alhamdulillah.. rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari... insyaallah boleh menggayakannya di hari raya nanti. Wahh! lambat lagi nak raya dah berangan ek!  sabar jer lah..hahha. 

Jangan tak tahu pertama kali beli handbag warna merah gini. Kebiasaanya warna coklat, hitam tu jer.. Sesekali nak juga tukar warna. Baru best! tak gitu hehehe..

Setahun sekali kena  cari new design baru ok tak? harap-harap si dia tak bising. Apa yang penting wife dia happy tak gitu..huhuhu suka hati jerk eh..sabar jer lah..macam ni lah kalau orang dah angau. oklah apa lah membebel tak habis-habis ni. Lama betul tak update apa-apa kat blog ni.. rindulah pulak.. okaylah sampai sini sahaja bebelan saya.. hehehe 

pn-iena
Assalamualaikum. . Teman2 blogger yang dikasihi. Kalau masih ada yang ingat pn iena syukur alhamdulillah. Maklumlah tuan punya blog pena mata bulat ini sibuk dengan urusan perniagaan online yang dah beberapa tahun diceburi dan sejak itu juga ketiadaan masa untuk update blog peribadi yang dah semakin ditelan zaman ini.. hehehe. tapi sejak ada note 2 ni sudah semakin senang utk update blog menerusinya. Pn iena berazam akan mengupdate semula blog ini sekurang-kurangnya 1 post sehari hehehe.. rasa terubat bila dapat menaip sesuatu di blog ini..syukur alhamdulillah
pn-iena
Gambar kenangan Marissa bersama Rakan- rakannya semasa menyambut majlis maulidur rasul. Tahun ini merupakan tahun ke-dua marissa belajar di situ. Syukur alhamdulillah mendapat ustazah-ustazah yang baik dan sangat penyayang. Tidak disangka tahun ini merupakan tahun permulaan marissa melangkah darjah 4 sek agama dan keb. Apa yang paling terujanya di sek keb marissa dilantik sebagai pen.ketua kelas manakala di sek agama sebagai ketua kelas.. syukur alhamdulillah nampak seperti marissa mempunyai sikap dan ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya hehehe..  Untuk badan beruniform pula marissa memilih untuk memasuki bulan sabit merah sekurang-kurangnya menghampirkan diri dengan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor pakar suatu hari nanti..amin  ;)
pn-iena
Syukur alhamdulillah.. akhirnya impian menjadi kenyataan untuk memiliki note 2 pink ni. Terima kepada si dia yang sudi menghadiahkan note 2 pink ini sempena annivesary kami yang ke 10 tahun. 

Walaupun design baru terkini note 3 telah berada di pasaran, namun entah mengapa hati ini masih terpaut dengan note 2. Apa yang penting kita gembira. 
Kalau nak tahu sejak note 2 diperkenalkan di pasaran hati ini mmg melonjak-lonjak hendak memilikinya. Cuma dalam hati berkata biarlah satu hari nanti pasti akan ku milikinya hehe. Nah akhirnya telah terbukti. 


pn-iena
Hari ni baru tergerak nak buka blog yang dah lama terbengkalai ni. Masa tak ada nak menaip kat sini. Kesian tgk blog ni tak terurus sudah huhuhu~ tapi bila nak view blog ni tak boleh pula. Ada apa yang tak kena ya? huhuhu