pn-iena

Muhammad Faidhi


Alhamdulillah.. sekarang ni umurnya sudah mencecah 8 bulan. Tapi yg tak bestnya berat terakhir timbang 6kg lebih. Doktor kata dan mencecah garisan kuning, maknanya kurang zat makanan. Sepatutnya berat dalam 7-8kg. Tak apa lah harap kali ni bila timbang naiklah hendaknya berat badan tu. Sekarang ni kasi makan nestum, biskut baby, dan tambahan susu Anmum selain susu ibu. Makan sehari berkali-kali. Nampaknya sudah tembam sikit, makin cerdik dan cergas. Pandai duduk, merangkak, berdiri sambil memegang kerusi dan menunggang basikal dengan jayanya.

Memang sangat manja dengan mommy pantang nampak mesti nak ikut hehehe.. Ayah pun senyum saja senang dia nak buat kerja si kecik ta mengganggu. Tapi kadang-kadang Faidhi cari ayahnya juga nak bermain bersama. Bila melihat si kecik ketawa terbahak-bahak bersama ayahnya terasa sesuatu dihati ini, dan terpancar kegembiraan melihat anak beranak bergurau senda. Bulan 2 ni ada temujanji dengan doktor di klinik swasta untuk cucuk. Bulan 3 pula ada checkup di Hospital Serdang, sebab Faidhi masih di dalam pengawasan doktor untuk melihat kestabilan dan pembesarannya sebagai bayi yang tak cukup bulan. Pemeriksaan telinga dan otak akan dilakukan pada masa itu nanti. Doakan agar semuanya baik seperti biasa... ya! amin.





Muhammad Fadli


Alhamdulillah..semakin matang sebagai Abang. Kadang-kadang suka bahasakan dirinya adik @ abang. Sebabnya si kecik dia panggil 'Baby'. Nampak gayanya macam melekat terus lah gelaran tu. Fadli tetap manja, mengalahkan adiknya. Kadang2 sukar untuk mengalah dengan adiknya. Apa pun dia memang sayang sangat pada adiknya. Boleh lah layan adik bermain membaca buku dan sebagainya sekiranya mommy nya tak cukup kaki tangan dalam sibuk menguruskan kerjarumah. Tapi untuk jangka waktu yang sekejap sajalah.. kalau lama-lama takut dia buli adiknya pula hehehee...