pn-iena
Mula2 assalamualaikum....
Wahh lama betul tak menaip sesuatu kat blog ni. Bukan apa, berdasarkan pada tajuk entry kali ni, kompemlah tahu sebabnya kan. " Bila Mommy Marissa jadi dreba!" Heeeeee.. Start dari awal persekolahan marissa selepas cuti raya cina aritu, mommy marissa terpaksa menjadi dreba marissa. Ulang alik pi sekolah ngantar anak dara manja sorang tu. Nasib baiklah ayah dah belikan kereta antik kecik untuk mommy. Kalau tak nak drive guna apa?. Antik pun antik lah marissa jadi boleh sampai pi balik ke sekolah tu. Sekarang marissa bertambah2 happy lah sebab hajat dia sudah kesampaian. Yelah bila marissa tengok ibu2 mama2 kengkawan dia ambil balik sek. hati marissa sayu... Sebabnya dalam pemikirannya "kenapa mommy tak amik dia cam kengkawan dia yang lain tu" yang sebenanrnya " macam mana mommy nak amik marissa kalau takder keta sayang oiii..." Tapi semuanya telah berlalu, mommy yang dah lama tak pegang stereng keta akhirnya berjaya memberanikan diri drive semata-mata untuk kepuasan hati marissa.. lama tu sejak beranak kan marissa terus tak sentuh keta... maunya cecah 6 thn berlalu..ishkk2 seperti mimpi ajer lah mommy marissa ni... oklay lah kul 11:30pg nak kena amik marissa lak ni.. so nak pi masak sat... daaaaaa..