pn-iena

Lokasi: Pizza Hut, Giant Kinrara




Alhamdulillah... Marissa Fadli meraikan hari ulangtahun perkahwinan mommy dan ayahnya di Pizza Hut. Rezeki2 kekenyangan betul budak2 menikmati hidangan pizza tu semua. Sampaikan fadli tak larat nak bangun dok terbaring saja di sofa. Fadli pulun abis soup cendawan tu, bukan main lagi sampai hirup dengan selambanya. Kakak pun sama, makan2 tanpa henti sambil makan sambil tanya aiskrim mana tak sampai2? heheheeee... Lepas dah makan2 ajak dorang ni pi tempat permainan pula, layan kan kepala budak2 ni. Gedebak2 gedebuk maunya kul 9 mlm baru nak bertolak balik. Nasib baik kemudahan surau semua ada, so takda masalah lah.




Video fadli dok main game bola sepak.. tapi memang betul2 boleh sepak pakai kaki punya.. jom tengok! hee waktu ni yang marissa lak just nak amik gambr saja.. (sat lagi try masukan lemau jer upload napa ntah!)








Lokasi: Secret Recipe, Jusco Tmn U, Johor



Time ni Raya Aidil Adha kat kg nek tok budak2 ni di Johor. Saja meround di jusco tu, last2 dah letih terus masuk secret recipe ni, layan budak2 nak makan kek. Kebetulan adik ada keje kat sini sementara intake bln jan ni sambung study di politeknik sh.alam. Tapi bukan leh dapat diskaun pun still sama macam customer lain, hampeh kuikuikui.. Yang penting kami betul2 menikmati kek2 tu semua, memang tak larat nak abiskan, rasa muak lak anak tekak.. tapi memang sedap! mantop!!







Lovely ps: Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga adalah memadai dr kawan2 semua.. syukur alhamdulillah...amin
pn-iena

Alhamdulillah..berkat doa kedua ibubapa, keluarga2 besar dan dengan rahmatnya dari Allah.. maka kebahgiaan rumahtangga kami kekal hingga ke hari ini. Genaplah sudah 6 tahun kami bersama menjalani kehidupan sebagai suami isteri, ibu bapa kepada anak kedua kami marissa dan fadli serta yg bakal ditimang akan datang nanti insya'allah. Syukur rezeki semakin melimpah dari Allah yang Maha Esa. Berkat kesabaran menjalani detik2 sebagai satu family yg penuh dugaan dan cabaran membuahkan hasil yang lumayan dan membanggakan. Tiada kata2 yg terungkap setakat ini hanya memanjatkan kesyukuran yg tak terhingga dari illahi yang banyak memberikan sinar harapan untuk meneruskan kehidupan ini...amin... Harapan moga keluarga kami akan berkekalan bahgia untuk selamanya dunia dan akhirat..amin

Daisypath Anniversary Years Ticker


Lovely ps: Wah...hadiah anniversary? ader ler... 2 in 1 biarlah rahsia... yg pasti berbaloi-baloi kuikuikui... Yang penting anak2 adalah segala2nya dalam kehidupan kami, merekalah kekuatan kami dalam menempuhi ranjau kehidupan ini...
pn-iena
Fadli OOo Fadli

Best tau fadli sekarang mudah kiss pp kitaorang ni. Cakap sayang jer laju dia kiss pp. Kalau bersalaman tu comel jer siap bunyi kiss tangan. Tapi bila sekali dah buat maka berulangkali tayangan akan dilakukan si fadli ni.. non-stop. Terpaksalah pujuk baru dia berenti WOoo.

Rajin teramat rajin menolong kita menyapulah angkat barang lah, apa2 saja yang dia nampak kita sedang lakukan ringan tangan betul menolong. Suka menyanyi hah ni pun best dok dia terleka main sorang2 mulah dia menyanyi. Takpun time dia syok tengok tv kuar video klip lagu2 wah wah bukan mainlagi dia ikut rentak menyanyi sambil menari. Terlompat2 berpusing2, rasa pening tengok dia buat pusingan tanpa henti tu. Lepas tu melayang-layang badan tu tersungkur. Naib baik takder apa2 dia tergelak sakan adalah.

Lagi satu kan tak takut dengan kakak dia tu, kalau kakak garang sikit mula lah dia angkat tangan nak balas. Hishh garang juga fadli ni, Kalau dibiarkan abis kakak dia kena gigit budak fadli ni. Sampai luka2 badan kakak dia. Gigi fadli boleh dikatakan dah penuh, tinggal menunggu bunting untuk 4 batang lagi ni. Lepas ni lengkap lah gigi dia tu.


Fadli ni kan kerap bangun malam lah macam biasa mintak " airrr airr airrr..." dia nak air masak aka air kosong jerk, bukannya susu botol pun. Kerap terjaga malam maunya 4-5kali terjaga nak minum. Kadang tu dah tau siapkan air dalam botol air, tapi hampeh gak sebab ajak turun ke dapur nak minum dalam gelas. Cuma tak larat kaki mommy dia lah, semput ulang alik naik turun tangga kuikuikuikui... hah kalau fadli nak minum susu dia akan bunyi " cup cuuup cuuupp!! su...su... " hehehehe sampai mulut tu muncung.

bergayut? hah ni lagi satu aktiviti dia bersenggayut tak kira dlam rumah luar rumah, taman permainan atau dalam kereta. Selagi ada tempat untuk dia bergayut maka dia akan bersenggayut!.. fuhh camni rupanya budak lelaki ek! dalam almari baju pun leh senggayut, kakak dia pulak bagi sokongan padu sabar jer lah. Hah nanti masukan video dan masa dia senggayut, maklumlah kalau nak tunggu upload pic maknaya berkurun nak menaip kat sini, so apa kata taip dulu apa yg patut...bila2 freee kang masukan pic tu ya! eheh!.. rasanya tu jer lah dulu perkembangan si fadli.


Ops tambahan sikit, time fadli 'yak' dia suka tunjuk ponggong menandakan dia yak, pastu tarik tangan suh basuh kat toilet... huuuu bila nak buang pampers ni.. sebab fadli kadang yak cangkuk, pastu siap berangan cuci sendiri..



Lovely ps
: Musim hujan ni... sejuk banget, lapar lapar lapar...mengantuk sokmo..
pn-iena
Kuang2.. gerek sey fadli marissa masuk pagung wayang kat Umall tmn u, johor. Sebenarnya nak tengok cerita bugs (planet 51) tu.. yelah sesuai ngan jiwa budak2 ni kan kan.. tapi takda pula.. so tengok lah cerita 'jalang' ishk ishk! nak wat cam ner tu jer lah yg start awal yang lain lambat bebenor nak tunggu. Tu pun cerita dah start 15minit baru masuk. Maklum lah ada kesilapan teknikal masa menempah tu. Kita beli tiket lain dia bagi lain. Last2 cerita planet 51 tu start kul 7 malam? wo wo sapa nak tunggu lama2 tu tak kuasa. Kami pergi bukan bertiga tapi ditemani makcik marissa fadli.


Fadli masuk2 jer pagung wayang, dia teruja bebenor. Ingat teruja nak tengok wayang rupanya teruja nak tidur. sumbat botol susu terus terlentok cantek saja terlena dengan aman. Padahal punyalah kuat bunyi bunyian dalam tu. Marissa pula asyik lapar lapar. Siap tanya dengan mama lela dia " pagung wayang ni kena sejuk2 eh?" maklumlah anak2 hambo ni first time masuk pagung wayang jakun bebenor ahahaha. Marissa bukan bg tumpuan pada cerita, kalau dia bercerita tu ada ler, membebel sampai abis cerita. Kitaorang ni pun tak berapa fokus pada cerita. Lagi pun tak best lah cerita dia. Entah tak tau lah kalau orang lain kata best. sinopsis sikitlah ya.. -dari menjadi perempuan jalang akhirnya dia bertaubat, tapi watak tu tak menjadi, kaku semacam- ishk ishk suka hati jer komen2 ek.. ahahhaha try belakon kaku ke tak kaku baru tahu.. kuang kuang....

Lovely ps: ayah budak2 ni tak join pasal dia meronda dengan adik ipar dia.. adik hambo lah tu biasalah kaum adam kan...