pn-iena
Aksi2 menarik memek muka marissa yg ditangkap sendiri oleh tuan badan persan nak jadi model lah tu. Dan si Fadli yang bergusti dengan teddy bear kesayangannya... Tu gambar sebelum marissa kedemaman. Sekarang ni marissa xberapa sihat tengah demam, agak panas juga badan dia, harap cepat2 kebah lah.. Fadli lak bosan main sorang2... batuk2 pulak dah..
Ni sesi bermain ditepian kolam renang rumah cousin marissa fadli..di temani sedara maranya dan bibik yang menjaga keselamatan budak2 ni... marissa fadli tak berani main tengah2 dalam sangat, so main tepi2 sudah ler...janji kaki berendam air... heee last tu gambar masa marissa pergi majlis pertunangan cik along dia di kluang johor

Ni pulak maklumat penting yang perlu di bawa ketika sesi pendaftaran budak2 tahun 1. Marissa tahun depan masuk sekolah tadika tapi rasanya kena register dulu utk tahun 1 juga kan? Tu pasal dok snap gambar banner ni masa dok ronda2 cari sek mana nak register marissa ni. Dan cari tadika yg berdekatan ngan rumah ni. Kalau ibu bapa yg pening2 lalat nak bawa dokumen apa semasa pendaftaran itu saja yang di mintanya Sila bawa: Sijil lahir, 1 salinan sijil lahir, 1 salinan bil air/elek, 1 salinan slip gaji ibubapa/penjaga (disahkan oleh majikan), 1 sampul surat 4x9 dan stem 50sen. Harap maklumat ini dapat mambantu ibubapa di sana.. heeee





Lovely ps: Apsal semua tak sihat.. camner nak raya ni... selamat menyambut hari raya Aidil Adha..Maaf zahir batin semua...