pn-iena
Marissa & Fadli main basikal.. sewa tu nak naik basikal.. dapat lah main setengah jam, sangat2 sekejap..



Kolam renang budak2 kecik..syok gak kat sini puas betul marissa fadli mandi- manda.. Hahha tu marissa fadli dok gmbr sorang jadi duck sorang jadi badut


Marissa kalau depan camera camnilah jadinya.. hehhee layan jer ler...



sekali betul2 ada badut..apa lagi marissa tak lepaskan peluang mintak bunga belon. s fadli tertido dah dalam air tadi..so tak dapt ler...





Ni lah rupanya fadli tertido sewaktu sedang berendam di dalam kolam besar.. hahahaha menyempat tul fadli ni... kesejukan tidur dengan lena disamping keletihan berenang...



Lovely ps: Okies ni jer nak letak gambr sebagai kenangan, nak pot pet panjang2 kesibukkan pula ni, kalau ada kesempatan kang sambutan coretan lagi....

pn-iena

Marissa menyambut hari jadinya awal seminggu di JB. Kebetulan kami balik beraya di kg budak2 ni, so apa salahnya sambut di sana sekali. Dapatlah nek tok mereka meraikannya sekali. Bukan main suka lah marissa. Kami buat kejutan kat marissa ni yang sibuk dok shoping hadiah birthday dengan mama lela aka makcik dia di Jusco. Bukan main banyak dia rembat hadiah2 tu. Bertuah badan balik2 tengok terhidang kek birthday, melonjak keriangan marissa. Tak sabar meniup lilin terus nak potong kek. Kesian fadli dok tepi kakak jer. Sekali terleka habis dia ketepek! tangan tu ke kek.. ahaha "tu lah siapa suh tak kasi fadli nak pegang kek" heheh agaknya tu lah dalam fikiran fadli.


Ni pula kami meraikannya di rumah. Sambutan diraikan sehari sebelum birthday. Sebabnya Tok papa tok umi dorang kebetulan ada di rumah dan perlu pulang di hari tu juga. Tak dapat tunggu untuk meraikan keesokan harinya. Tapi sambutan ni di lakukan di malam hari kira kenalah birthday marissa pada 11 oct tu kan. Bukan main lagi kek siap dua biji sekali, hahaha.. si birthday girl pula rasa happy sesangat. Yang pastinya bila marissa buka mata esok paginya kompem kek masih sediakala cantek. Boleh lah marissa makan puas2. Fadli pun sibuk mencangkung dok belek kek tu berkenan sungguh dia. Habis doremon tertonggeng ke atas kek macam2 hal budak2 ni. Yang bestnya lagi marissa siap potong2 kan kek , senang lah tinggal amik kek tu letak ke piring untuk kitaorang ni makan kan... kira konon2 dah besar panjang lah tu anak dara lah katakan.. hehehe


"HAPPY BIRTHDAY MARISSA SAYANG!!!.. HAPPY BIRTHDAY YG KE 5 TAHUN!!! MUAH!!!!! Mommy Ayah Adik sayang Kakak!!"

Lovely ps: Bertuah badan tahun ni Kek Birthday Marissa 3 biji wooOOOO.. huhuhuhu byk nya!
pn-iena
Fadli disaluti tuala mandi.. cute! lepas mandi kita bungkus dia..




Aksi nakal..dok atas tv..sabar jer ler..

Bakul dianggap topi perisai.. fadli..fadli

Duduk berdua di seat belakang..


Fadli dan Marissa di ioi mall, puchong



Fadli di pagi raya.. temankan tok papa yg kurang sihat solat di pagi raya di kelantan


Lama sungguh tak update gambar dua beradik si Fadli dan Marissa ni. Sebabanya mommy di0rangnya tak upload2 gambr ke pc, lama dah berkubang dalam N73. Tak apa lah sekali upload terus update gedebok terus. Ni lah aktiviti fadli di rumah. Dan aksi2 marissa fadli di ioi mall semasa nak shopping raya hari tu. Siap bergambar dlm kereta sekali tu.. hehehe.. oklah layan jer gamabr budak2 ni...ops last tu gambr fadli solat masa di pagi raya di kelantan..










siakap masam manis & Kailan Ikan Masin


Eh ! tak pasal2 masukan gambar lauk pauk.. Biasalah dah alang2 upload masukan terus dlm blog.. heeehe..



Lovely ps: Jangan amalkan perap gambar2 anda dlm camera or hp terlalu lama... inilah jadinya sekali tepek ke blog bergelen2 keluar.. huhuhuu