pn-iena
Novel Cinta Marissa
Epilog
Marissa hanya memerhatikan dari jauh. Ternyata kehadirannya tepat pada waktunya. Ada suatu majlis sedang berlangsung di kediaman Iqbal. Satu majlis perkahwinan! Tiada sebarang kad jemputan yang Marissa terima. Dia tidak dimaklumkan tentang majlis ini dan hatinya tertanya-tanya.
Empat tahun di UK, Marissa kembali penuh harapan. Selama ini Marissa berpegang pada janjinya. Hatinya hanyalah untuk Iqbal. Bukan kepada lelaki lain. Selama di perantauan, Iqbal sentiasa dihubungi dan diutusi. Sesekali apabila bercuti panjang, Marissa akan kembali ke tanah air secara mengejut. Pada Marissa, Iqbal masih seperti dahulu. Setia menantinya.
Masa berlalu. Sedar tak sedar, akhirnya setelah menempuh pelbagai dugaan perasaan dan dugaan kehidupan di rantau orang, Marissa berjaya juga menamatkan pengajiannya. Marissa sengaja tidak menyatakan tarikh kepulangannya. Jika Iqbal masih setia menanti cintanya, sudah tentu dia akan bersedia menerima kepulangan Marissa pada bila-bila masa sahaja.
"Assalamualaikum.. jemput... silakan masuk..."
Sapaan seorang wanita separuh umur, mematikan lamunan Marissa. Dengan senyuman palsu, Marissa terangguk sopan. Bunyi paluan kompang mencuri semua tumpuan para hadirin. Marissa tidak terkecuali. Marissa menoleh ke arah jalan. Dari jauh kelihatan seperti...
Jantung hati Marissa berdegup kencang. Marissa tak sanggup melihat lagi. Segera, Marissa menapak keluar. menyongsang arus perarakan, kembali menuju ke keretanya. Terhenti seketika di muka pintu, air mata Marissa mengalir sederas-derasnya.
"Marissa..."
Marissa menoleh. Di balik pandangannya yang kelam, Marissa mengenali lelaki itu. Iqbal?
"Bila sampai? Ke.. kenapa?"
Menyeka air matanya daripada terus mengalir, Marissa memandang Iqbal dari atas ke bawah. Bukankah Iqbal pengantin lelaki itu? Marissa beralih pandang ke arah pasangan pengantin yang kini sudahpun memasuki perkarangan rumah. Matanya terkelip-kelip seketika.
Iqbal menghampiri Marissa. Disapunya airmata Marissa yang masih berbaki di wajah manis itu. "Kenapa menangis?"
"Riss... ingat... Iqbal pengantin lelaki itu..."
Iqbal hanya tersenyum mendengar kata-kata Marissa. Benarlah, Marissa setia pada janjinya sebagaimana Iqbal juga setia menanti Marissa selama ini. Marissa kini telah kembali ke pangkuannya. Iqbal tidak akan menunggu lebih lama lagi. Esok lusa Marissa akan disuntingnya.
"Siapa yang kahwin?" tanya Marissa setelah tangisnya reda. Iqbal hanya mampu tersenyum.
"Riss tak terima kad undangan mereka?"
"Kad undangan?"
"Ya. Pengantin lelaki sendiri yang tulis kad undangan tu."
Marissa menggeleng-geleng.
"Jom kita ke dalam. Umi Nor dan Saldira pun ada."
Di meja santapan, di sana duduknya pasangan pengantin itu. Muhammad Ishqal dan Adiba.
"Esok kita pula duduk di sana," bisik Iqbal sambil memberikan senyuman abadi buat Marissa.
~~~~ TAMAT ~~~~
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan novel ini boleh menghubungi Alaf 21 Sendirian Berhad di 03-51013839 atau lawati laman web mereka di http://alaf21.com.my/langganan/default.htm
My loving Basz adik terangkat akan pulang ke Malaysia. Harap2 dpt lah bertemu dengannya.. tu pun kalau sudi nak jumpa dengan Akak terangkatnyer ini.. kihkihkihkih \(^_^)/ This is first time bertemu lah kalau jadi bertemu..di Malaysialah, takkan korea kot (cisss berangan nak pi sana ni)
kitaorang kenal pun melalui internet. Tu lah kata orang kalau dah jodoh takkan ke mana. Yang penting otak IT, jiwa IT segalanya IT..Luas pemandangan Luas pengalaman...
Ni pesanan ringkas dr Basz sebelom pulang ke malaysia klik sini
Ps: Baszz..hamboi..hamboi...kalau bab kahwen jer ko serahkan pada kak iena ekk!.. Apa2 hal kita jumpa di PUTRAJAYA.. lorrr ok tak jumpa situ...yolah2 kang kak iena angkut basz dr umah lah..wookay bebeh.. love u..chak! chaw chin chaw..!
kitaorang kenal pun melalui internet. Tu lah kata orang kalau dah jodoh takkan ke mana. Yang penting otak IT, jiwa IT segalanya IT..Luas pemandangan Luas pengalaman...
Ni pesanan ringkas dr Basz sebelom pulang ke malaysia klik sini
Ps: Baszz..hamboi..hamboi...kalau bab kahwen jer ko serahkan pada kak iena ekk!.. Apa2 hal kita jumpa di PUTRAJAYA.. lorrr ok tak jumpa situ...yolah2 kang kak iena angkut basz dr umah lah..wookay bebeh.. love u..chak! chaw chin chaw..!
Opsssss..jangan lupa ole-ole utk kami...Baby marissa nak teddy bear comei dr untie bazs dia ahakss..!
pn-iena
pn-iena