Showing posts with label DiplomaInScience. Show all posts
Showing posts with label DiplomaInScience. Show all posts
pn-iena
Tahniah dan Syabas Kakak Marissa and the geng 😷👍 Sungguh kental hati kalian kerana Berani dan tabah dapat menjalankan tugasan dengan baik. Bedah sana bedah sini 🐀 cik tikus lak tu erk! #mommypitam #mommypengsanjap 🤪
pn-iena
Kakak Marissa di Barisan ke-2 Dari Kiri No 2. Kelas Group 4 Semester 2 Diploma in Sains UiTM T.Perak
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kakak Marissa Masuk Semester 2 dapat Kelas Baru katanya 'Kelas Group 4'. Bermakna dah tak sama kawan sekelas semasa semester pertama. Sebab kakak Marissa terlambat join semasa pendaftaran online pemilihan kelas dah penuh. Tak ada rezeki bersama classmate group 20. Tapi tak mengapa sebab kakak Marissa dapat kawan-kawan baru dan pengalaman baru. Lagi ramai kawan lagi berkembang sel-sel otak berhubung tu. Bak kata perpatah jauh perjalanan luas pengalaman. Mungkin kakak Marissa sedih sikit sebab dah akrab dan dah ada group Assignment yang selesa dan saling memahami kekurangan serta kelebihan masing-masing. Tapi sekarang Kakak Marissa sudah semakin serasi , selesa bersama classmate terbarunya. Namun yang lama tidak dilupa dan masih kekal terus berhubung seperti biasa, masih berkongsi maklumat, buat study group, meluangkan masa bersama dan Hanya kakak Marissa saja lah yang tahu 😁. Apa-apa pun bersyukur sebab dapat classmate group 4 yang juga bijak-bijak belaka dan aktif katanya. Semoga Kakak Marissa dapat teruskan kejayaan dan cemerlang dalam akademik, kokokurikulum dan terus kekalkan dapat Dekan setiap semester. Insyaallah Kami akan sentiasa doakan kejayaan untuk Kakak yang jauh di mata dekat di Hati.
☕ Note: Kakak Marissa Busy banyak Aktiviti, banyak Assignment ¯\_(ツ)_/¯ #UiTMDiHatiku
pn-iena
Kakak Marissa berdiri Tengah di belakang rakan lelaki di hadapan sekali tu.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Gambar Kenangan terakhir Kakak Marissa ketika bersama rakan-rakan seperjuangannya Semasa Semester Pertama dalam 'Kelas Group 20'. Masa ni mereka semua sudah akrab menjalin persahabatan sebagai Mahasiswa Mahasiswi di UiTM T.Perak. Setelah tamatnya SEM SATU. Semuanya nampak gembira dan mesra diantara satu sama lain. Bayangkan semasa Mula-mula nak masuk kelas group 20 ni Kakak Marissa risau sangat kalau tak ada teman. Masing-masing segan malu belum berkenalan, semua dari Sekolah yang berlainan, Negeri yang berlainan, tak tahu perangai masing-masing macam mana, ngam atau tak ngam, itulah persoalan yang selalu berlegar-legar di kepala Kakak Marissa dan Mommy juga. Tapi Syukur Alhamdulillah atas kesabaran dan doa yang selalu dipanjatkan untuk medapat kebaikan dan dipermudahkan segala urusan semuanya berjalan dengan lancar dan semuanya baik-baik belaka. ini adalah sebahagian daripada bermulanya perjalanan kehidupan sebagai Mahasiswi di tempat baru. Berdikari dan jauh daripada keluarga.
Classmate Group 20 . Kakak Marissa Groufie. Muka banyak Happy dah dapat geng ✌(ツ)
☕Note: Selfie=Swafoto, Wefie=Swafoto Bersama, Groufie=Swafoto Berkumpulan ¯\_(ツ)_/¯
pn-iena
Gambar kakak Marissa ketika semester 1 bersama rakan sekelas
لسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Syukur Alhamdulillah Sekarang Kakak Marissa sudah Semester ke 2 di UiTM T.Perak Diploma in Sains, Fakulti Sains Gunaan. Syukur sangat-sangat pada Semester pertama yang lalu kakak Marissa mendapat keputusan yang cemerlang sehingga mendapat Anugerah Dekan iaitu 3.72/ 4 flat . Semasa mendapat Result SPM kakak Marissa membuat keputusan untuk pergi ke Ekspo Selangkah ke UiTM Cawangan Selangor di i-City Convention Centre, Shah Alam. Dari situ akan didedahkan apakah yang bersesuaian dan mengikut minat kita dalam bidang yang ingin diceburi. Untuk course yang kakak Marissa ambil ni perlu membuat keputusan pada Sem ke 4 nanti untuk mengambil aliran Fizikal atau Biologi. Maka ada pilihan lah untuk meneruskan kerjaya di masa hadapan. Apa-apa pun kami sebagai ibubapa akan terima sahaja dan akan terus menyokong apa keputusan pilihan yang kakak Marissa akan pilih nanti. Walaupun sejak kecil lagi cita-cita kakak Marissa ingin menjadi seorang Doktor. Kita nantikan apakah bakat dan kelebihan yang kakak Marissa ada pada diri dia untuk menjalani kehidupan dalam alam kerjayanya nanti. Untuk Permohonan masuk ke UiTM para lepasan SPM perlu memohon di website UPU dan di situ kita pilih IPTA yang kita hendak mohon bersama course sekali. Permohonan akan berdasarkan keputusan SPM yang mana akan terdapat senarai UPU yang kita boleh pilih dan mohon saja. lebih kurang dalam 10 atau 12 pilihan yang perlu kita isi. Macam Kakak Marissa Pilihan pertama yang di isi memang Uitm Diploma in Sains. Dan tak sangka boleh dapat lah. Kerana terdapat banyak lagi senarai pilihan yang di bawah kakak Marissa isi. Memang pening mual semua ada masa nak buat pilihan tu. Kesian kakak Marissa. Kita sama-samalah doakan yang terbaik buat kakak Marissa dan semoga terus cemerlang dan berjaya untuk dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin...
☕Note: kakak Marissa juga mendapat tawaran Matrikulasi Sains tapi intake yg ke 2 masa tu. Selepas menerima tawaran Uitm. Jadi Terpaksa tolak lah ¯\_(ツ)_/¯
``````````````````Kakak (UiTM)``````````
``````Adik(darjah5) AbangChik(form1) Abang(form3)```